KENYATAAN KETUA PENERANGAN PAS PUSAT BERKAITAN ISU PERTUKARAN CIKGU MAAROF KE SMK TANJUNG PENGELIH, KOTA TINGGI,JOHOR.
>> Thursday, April 28, 2011
Buru Guru Sokong Pembangkang, Kebajikan Guru Terabai. | | | |
Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad | |||
FRIDAY, 22 APRIL 2011 11:18 | |||
Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin dan Dr Fuad kena turun ke padang melihat sendiri kebajikan guru-guru yang dibebankan dengan berbagai tugas. Pendedahan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengenai tuntutan perjalanan yang dibuat oleh guru-guru di yang pergi kursus anjuran Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah sejak bulan Mac 2010 masih tidak dapat. Begitu juga lambakan guru Sains dan Metematik seramai 26,000 satu lagi ukuran gagal Tan Sri Muhyiddin dan Dr Fuad Zarkashi untuk membuat unjuran keperluan guru-guru di sekolah-sekolah. Akhirnya guru ini terpaksa mengajar mata pelajaran lain daripada pengkhususannya. Apabila keadaan ini berlaku yang menjadi mangsanya ialah murid-murid. Sedangkan Tan Sri Muhyiddin begitu lantang mengkritik tawaran Pakatan Rakyat kepada guru-guru, imbuhan bulanan RM500.00, sehingga menuduh negara akan hancur dan bankrap. Nampaknya sekarang siapa yang bangkrap? Sehingga peruntukan untuk Kementerian beliau tidak cukup. Akhirnya kita ingin mengingatkan kepada Tan Sri Muhyiddin janganlah kamu melakukan kezaliman, kerana doa orang yang zalim tidak ada hijab dengan Allah. Ingatlah bahawa kamu ada anak isteri dan keluarga, kalau kamu tidak suka dizalimi, cikgu Maaruf dan Cikgu Normala juga tidak suka dizalimi. Peringatan khas untuk Datuk Fuad Zarkashi mengenai kata-kata Assyahid Syed Qutb buku yang dibaca sewaktu bersama PAS dahulu" Kezaliman walaupun nampak kuat, ia tidak kekal, Sedangkan kebenaran walaupun nampak lemah, ia akan menang"
|
0 comments:
Post a Comment