KRONOLOGI ISU SEKOLAH MURID MENGANDUNG
>> Thursday, August 12, 2010
Salam ukhuwwah dan Salam Ramadhan untuk pengunjung blog yang dirahmati Allah...Sebagaimana yang dijanjikan saya akan mengulas isu Penubuhan Sekolah Mengandung mengikut kronologi peristiwa..Mohon maaf atas kelewatan update blog ini yang mungkin membuatkan para pengunjung yang melayari blog ini menatapnya dengan penuh perasaan hampa..Sesungguhnya kesibukan rutin harian membataskan segalanya...Tetapi, berazimatkan azam yang tidak pernah luntur..Akhirnya dapat juga saya update blog ini pada 2 Ramadhan yang penuh beerti...Alhamdulillah...
Akhbar Sinar Harian pada hari Sabtu 24 Julai 2010 menggemparkan dunia pendidikan negara dengan kenyataan Datuk Seri Ali Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka yang mahu menubuhkan Sekolah Murid Mengandung. Yang melucukan katanya " Jika sudah tidak boleh tahan nafsu, mereka boleh kahwin awal dan Kerajaan Negeri akan beri RM500 untuk menaja pernikahan ringkas mereka.."
Ulasan Saya : Hujah ini cukup melucukan dan membuktikan bahawa beliau ketandusan idea...Golongan pendidik melihat idea ini sebagai retorik politik yang sekadar menjadi 'projek mee segera' kerana penubuhan sekolah ini dibuat dengan alasan yang cukup tidak relevan dan boleh dipertikaikan..
Akbar yang sama juga memetik kenyataan Datuk Dr. Mashitah Ibrahim , Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata "..dengan hanya menyediakan tempat untuk bayi dibuang,pihak yang bertanggungjawab tidak akan menyelesaikan masalah tersebut..Hujahnya lagi " seperti masalah gatal pada kulit, ia tidak cukup dengan menyapu minyak pada bahagian yang gatal... Akhbar Sinar Harian hari Ahad bertarikh 25 Julai 2010 mengulas kenyataan Datuk Wee Ka Siong yang mengatakan " cadangan Mohd Ali tidak relevan .... Datuk Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran 11 pula berkata ,.." cadangan itu tidak praktikal seolah- olah menggalakkan pelajar perempuan mengandung pada usia muda " ...
Ulasan Saya : Lihatlah percanggahan pendapat antara pimpinan parti pemerintah yang menggubal dasar dan program mengikut logik akal mereka tanpa memikirkan implikasinya kepada wang rakyat yang bakal dikorbankan untuk membina sekolah seperti itu.. Mereka sedang dinilai oleh pengundi dengan penuh 'hati- hati'..Yakinilah... Akhbar Sinar Harian bertarikh 26 Julai 2010 di muka hadapan mengeluarkan kenyataan yang cukup menyentap perasaan golongan pendidik di seluruh Malaysia..Kata Datuk Ali Rustam "Jika kahwin muda, mereka boleh lakukan hubungan halal dan jika tidak dibenarkan ke sekolah kerana hamil, mereka boleh masuk Sekolah Murid Mengandung yang kerajaan Melaka mahu tubuhkan.."
Ulasan saya : Persoalannya, kalau kahwin muda tetapi jahil dalam memimpin rumahtangga akibat berkawin muda dan menganggap perkahwinan hanya untuk berseronok sahaja apa gunanya?Akan tinggilah kadar perceraian akibat mempermainkan soal perkahwinan..
Ulasan saya : Itu pandangan pemimpin yang ketandusan idea...Cari punca penyelesaian..bukan menyediakan suatu ruang 'escapism' bagi masyarakat agar melarikan diri dari budaya zina yang telah berleluasa...
0 comments:
Post a Comment