KRONOLOGI ISU SEKOLAH MURID MENGANDUNG

>> Thursday, August 12, 2010

Salam ukhuwwah dan Salam Ramadhan untuk pengunjung blog yang dirahmati Allah...Sebagaimana yang dijanjikan saya akan mengulas isu Penubuhan Sekolah Mengandung mengikut kronologi peristiwa..Mohon maaf atas kelewatan update blog ini yang mungkin membuatkan para pengunjung yang melayari blog ini menatapnya dengan penuh perasaan hampa..Sesungguhnya kesibukan rutin harian membataskan segalanya...Tetapi, berazimatkan azam yang tidak pernah luntur..Akhirnya dapat juga saya update blog ini pada 2 Ramadhan yang penuh beerti...Alhamdulillah...


Akhbar Sinar Harian pada hari Sabtu 24 Julai 2010 menggemparkan dunia pendidikan negara dengan kenyataan Datuk Seri Ali Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka yang mahu menubuhkan Sekolah Murid Mengandung. Yang melucukan katanya " Jika sudah tidak boleh tahan nafsu, mereka boleh kahwin awal dan Kerajaan Negeri akan beri RM500 untuk menaja pernikahan ringkas mereka.."

Ulasan Saya : Hujah ini cukup melucukan dan membuktikan bahawa beliau ketandusan idea...Golongan pendidik melihat idea ini sebagai retorik politik yang sekadar menjadi 'projek mee segera' kerana penubuhan sekolah ini dibuat dengan alasan yang cukup tidak relevan dan boleh dipertikaikan..

Akbar yang sama juga memetik kenyataan Datuk Dr. Mashitah Ibrahim , Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata "..dengan hanya menyediakan tempat untuk bayi dibuang,pihak yang bertanggungjawab tidak akan menyelesaikan masalah tersebut..Hujahnya lagi " seperti masalah gatal pada kulit, ia tidak cukup dengan menyapu minyak pada bahagian yang gatal...

Akhbar Sinar Harian hari Ahad bertarikh 25 Julai 2010 mengulas kenyataan Datuk Wee Ka Siong yang mengatakan " cadangan Mohd Ali tidak relevan .... Datuk Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran 11 pula berkata ,.." cadangan itu tidak praktikal seolah- olah menggalakkan pelajar perempuan mengandung pada usia muda " ...





Ulasan Saya : Lihatlah percanggahan pendapat antara pimpinan parti pemerintah yang menggubal dasar dan program mengikut logik akal mereka tanpa memikirkan implikasinya kepada wang rakyat yang bakal dikorbankan untuk membina sekolah seperti itu.. Mereka sedang dinilai oleh pengundi dengan penuh 'hati- hati'..Yakinilah...






Akhbar Sinar Harian bertarikh 26 Julai 2010 di muka hadapan mengeluarkan kenyataan yang cukup menyentap perasaan golongan pendidik di seluruh Malaysia..Kata Datuk Ali Rustam "Jika kahwin muda, mereka boleh lakukan hubungan halal dan jika tidak dibenarkan ke sekolah kerana hamil, mereka boleh masuk Sekolah Murid Mengandung yang kerajaan Melaka mahu tubuhkan.."

Ulasan saya : Persoalannya, kalau kahwin muda tetapi jahil dalam memimpin rumahtangga akibat berkawin muda dan menganggap perkahwinan hanya untuk berseronok sahaja apa gunanya?Akan tinggilah kadar perceraian akibat mempermainkan soal perkahwinan..






Akbar Sinar Harian bertarikh Khamis, 29 Julai 2010 telah melaporkan bahawa Datuk Mohd Ali Rustam tetap akan meneruskan penubuhan Sekolah Hamil walaupun mendapat bantahan Kementeria Pelajaran.Datuk Ab Rahaman Ab Karim ,ADUN Pantai Kundor bakal di lantik menjadi Pengerusi Sekolah Mengandung.Hujahnya " Peningkatan kes buang bayi amat membimbangkan"....sebab itu mahu menubuhkan Sekolah Murid Mengandung untuk membantu",katanya.."
Ulasan saya : Lihatlah betapa singkatnya kaedah penyelesaian dibuat.. Alasan mengapa mahu ditubuhkan cukup tidak relevan..Percanggahan pendapat antara Kementerian Pelajaran dan Kerajaan Melaka sedang 'dinilai' oleh masyarakat..Tunggulah kesannya..

Akhbar Sinar Harian pada Jumaat, 30 Julai 2010 melaporkan bahawa YB.Salahuddin Ayub ,Naib Presiden PAS mempersoalkan "Apakah Kerajaan Negeri Melaka boleh berbangga dengan bilangan yang ramai jika sekolah itu ditubuhkan kelak.?." Hujahnya lagi,"Apa yang lebih dibimbangkan ianya akan menjadi tempat ibu bapa dan masyarakat melepaskan tanggungjawab dengan menempatkan mereka di sekolah berkenaan.."
Ulasan saya : Kenyataan beliau adalah tepat dan saya sependapat dengannya.Bagi saya, cari punca penyelesaian di peringkat akar umbi..Melentur buluh biarlah dari rebungnya...Selaku Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat,saya berpendapat bahawa mulakanlah dengan mendidik masyarakat dengan kembali kepada agama Islam yang merupakan fitrah yang suci..Bukan menyediakan ruang untuk masyarakat berasa dalam keadaan 'zon yang selesa' ketika melakukan zina..





Akhbar Sinar Harian bertarikh 5 Ogos 2010 melaporkan sokongan Datuk Rosnah Abdul Rashid, Ketua Puteri UMNO yang menyatakan bahawa "konsep sekolah khas untuk pelajar hamil yang dicadangkan oleh Kerajaan Melaka harus dipertimbangkan di peringkat nasional.."
Ulasan saya : Di peringkat nasional? Banggakah Malaysia jika kadar penubuhan sekolah ini ditubuhkan seantero Malaysia...Adakah ini membuktikan Malaysia boleh..? Semuannya Boleh???

Akhbar Sinar bertarikh 9 Ogos 2010 menyiarkan liputan bahawa Sekolah ini akan diteruskan dan akan bermula pada 1 September.Kata Datu Seri Mohd. Ali Rustam.."penubuhan sekolah hamil ini sudah ada permintaan....Antara lain dia menyatakan.."Justeru saya merasakan penubuhan sekolah ini bertepatan dengan keperluan semasa..."

Ulasan saya : Itu pandangan pemimpin yang ketandusan idea...Cari punca penyelesaian..bukan menyediakan suatu ruang 'escapism' bagi masyarakat agar melarikan diri dari budaya zina yang telah berleluasa...








0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP