KONVENSYEN GURU- GURU WANITA ISLAM MALAYSIA 3
KONVENSYEN GURU- GURU WANITA ISLAM MALAYSIA 2
>> Monday, March 29, 2010
Alhamdulillah...Setinggi - tinggi kesyukuran dirafakkanke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA ,Konvensyen Guru- Guru Wanita Islam Malaysia buat julung- julung kalinya telah diadakan pada 28 Mac 2010 yang lalu bertempat di Perpustakaan Raja Tun Uda , Persiaran Bandaraya Shah Alam Selangor.Buat kali pertamanya,program ini telah diadakan anjuran Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat Pas Pusat dengan kerjasama Dewan Muslimat Pas Negeri Selangor.Hampir 200 peserta sebagaimana yang telah disasarkan telah hadir .Majlis perasmian pembukaan telah disempurnakan oleh YB Pn. Hjh. Siti Zailah Bt. Mohd. Yusuf , Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat .Negeri Sebanyak 4 pembentangan kertas kerja telah dibentangkan iaitu :
1. Sistem Pendidikan di Malaysia:Satu Analisa Kritis
2. Konsep Sistem Pendidikan Holistik : Satu lontaran Inovatif
3.Program Pembangunan Modal Insan SPIES
4.Penubuhan Sukarelawan Pendidikan Rakyat (Kawan Didik)
Yang paling sekali ialah Pelancaran Sukarelawan Pendidikan Rakyat (Kawan Didik) yang telah disempurnakan oleh Ustaz Abu Bakar Chik ,Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas Pusat .Beliau juga telah merasmikan majlis penutup Konvensyen Guru - Guru Wanita Islam Malaysia buat kali yang pertama dalam sejarah penubuhan Dewan Muslimat Pusat. Syukran dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang hadir danAJK Pelaksana Program yang terlibat dalam menjayakan program ini. Selaku pengarah Program merangkap Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat Pas Pusat, saya ingin memohon jutaan kemaafan seandainya sepanjang perjalanan program, tedapat sebarang kesilapan dan kekurangan.Sesungguhnya segala kesempurnaan adalah milik Allah s.w.t jua.
KONVENSYEN GURU- GURU WANITA ISLAM MALAYSIA 1
>> Saturday, March 27, 2010
Antara objektif Konvensyen ini ialah :
1.Menghimpunkan tenaga pendidik Guru- Guru Wanita Islam.
2.Menyediakan platform untuk menyuarakan pandangan terhadap misi dan visi serta halatuju pendidikan negara secara holistik.
3.Menigkatkan kesedaran terhadap peranan dan tanggungjawab terhadap peranan dan tanggungjawab sebagai penjana modal insan gemilang.
4.Menjalinkan ukhuwwah, kesefahaman dan kerjasama antara golongan pendidik di seluruh Malaysia.
Program bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.Semua pendidik tidak kira yang bertugas di bawah kelolaaan Kementerian Pelajaran Malaysia,PASTI, Sekolah Agama Rakyat, NGO ABIM, JIM dan lain- lain dipersilakan hadir.Syukran..
KONVENSYEN GURU- GURU WANITA ISLAM MALAYSIA 2010
Pada hari ini, akan berlangsung suatu program yang cukup bersejarah iaitu Konvensyen Guru- Guru Wanita Islam Malaysia anjuran Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat Pas Pusat dengan kerjasama Dewan Muslimat Pas Negeri Selangor.Berikut maklumat lanjut mengenai program yang bakal diadakan:
Tarikh: 28 Mac 2010
Hari : Ahad
Tempat: Perpustakaan Raja Tun Uda, Persiaran Bandaraya Shah Alam Selangor.
Tema :Pendidik Pencetus Transformasi Modal Insan
Edaran Kad Tahun Baru Cina 10
>> Friday, March 26, 2010
Edaran Kad Tahun Baru Cina 9
>> Monday, March 22, 2010
Edaran Kad Tahun Baru Cina 7
Edaran Kad Tahun Baru Cina 6
Edaran Kad Tahun Baru Cina diteruskan lagi pada hari yang lain di suatu perkampungan pinggir bandar. Mereka juga menunjukkan respon yang sungguh positif. Ketika kami berbusana merah mengedar kad di premis kedai,suasana sungguh harmoni dan terasa semangat muhibbah bersemarak di hati.Kini,mengedar kad dari rumah ke rumah dan di kedai runcit juga kedai membaiki motosikal,kami menerima respon yang cukup baik sekali.
Meskipun hanya sekeping edaran kad dan dua buah limau Mandarin, bagi mereka itu bukanlah menjadi persoalan. Yang penting rupanya bagi mereka ialah 'nilai penghargaan' dan 'tanda ingatan' masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Alhamdulillah..petugas muslimat dan muslimin bersemangat sekali ketika menjalankan aktiviti ini.