IZINKAN SAYA MERIAHKAN PROSES PEMILIHAN MUKTAMAR KALI INI
>> Thursday, May 26, 2011
Salam ukhuwwah dan dalam perjuangan..
Muktamar PAS Kali ke 57 tahun ini bakal melakar buat diri saya....Sepanjang usia kedewasaan ini dan dalam menongkah arus perjuangan, kali inilah saya dicalonkan ke peringkat tertinggi kepimpinan parti. Suatu penghormatan buat negeri Johor khususnya muslimat.Selaku mantan calon PRK DUN Tenang dalam siri pilihanraya kecil kali ke 14, 'aura Cikgu Mala' sentiasa membara dalam diri. Lebih- lebih lagi, momentum kebangkitan perjuangan itu sentiasa dipaparkan di banner ketika saya memenuhi undangan berceramah di serata negeri. Istilah ' Ikon Baru Pas' yang dipaparkan di banner ceramah juga semakin menguatkan azam saya untuk terus berbakti kepada parti selagi diri ini diperlukan. Terasa kerdilnya diri ini, dan penuh dengan segala kelemahan dan kekurangan diri..tetapi, kalaulah 'aura' dan 'semangat' itu diperlukan, hanya kesyukuran ke hadrat Allah swt sahajalah mampu saya lafazkan..
Agak lama juga saya mengambil keputusan untuk memberikan jawapan terhadap pencalonan tersebut. Hinggalah pada hari ini, 26 Mei 2011 saya akhirnya membuat keputusan nekad tanpa mahu menoleh ke belakang. Perjalanan perjuangan ini perlu diteruskan jua.Antara sebab saya membuat keputusan ini ialah :
1. Pencalonan ini merupakan suatu pengiktirafan tertinggi sepanjang PAS menongkah arus perjuangan khususnya bagi srikandipejuang muslimat di Negeri Johor yang perlu dihargai.Kalah atau menang bukan persoalan, tetapi menghargai mereka dengan memberi peluang seluasnya untuk mereka membuat pilihan menjadi keutamaan saya.
2. Saya yang sentiasa beriltizam untuk ' menginfakkan diri 'dan ingin ' mewakafkan diri ' dalam perjuangan pastinya tidak mudah untuk 'menarik diri' sebelum waktunya kerana berhasrat untuk melihat bagaimana corak kepimpinan yang dimahukan oleh perwakilan seantero Malaysia.Terpulanglah bagi mereka untuk meletakkan di mana posisi untuk saya memberikan sumbangan kepada parti.
3. Saya tidak mahu 'menyekat' hak perwakilan untuk memilih dan 'menafikan' hasrat kawasan yang mencalonkan diri saya.Sebab itulah, saya tidak mahu menarik diri dari sebarang jawatan yang dicalonkan..Itu tanda saya menghormati peluang yang ada pada mereka..
4. 'Menarik diri' sebelum tibanya waktu pemilihan seakan ' membunuh semangat' dan aura 'Cikgu Mala' yang ada dalam diri saya. jadi, bagaimanakah saya mahu meniupkan obor semangat dan momentum perjuangan khususnya dalam diri muslimat di seluruh tanah air jika diri saya sendiri sudah hilang semangat itu?
5.Tanpa menafikan wibawa calon yang lain, saya ingin meriahkan Muktamar PAS kali ini sempena hari Ulangtahun Kelahiran yang ke 38 pada 6 Jun akan datang iaitu, sehari selepas Muktamar Kali ke 57 berlangsung.Semua ini pasti meninggalkan kenangan manis buat saya..
6. Muktamar Dewan Muslimat ialah pada 2 Jun 2011. Manakala Muktamar PAS Kali ke 57 ialah pada 3-5 Jun 2011. Jadi pada 6 Jun 2011 yang merupakan hari Ulangtahun kelahiran saya akan di raikan bersama obor yang membara dan momentum perjuangan yang sepulangnya diri ini selepas menjadi perwakilan muktamar.
7. Apa pun, kalah atau menang dalam pemilihan ini bukanlah persoalan. Apa yang penting hasrat 'Fastabiqul Khairat' iaitu berlumba- lumba membuat kebajikan dalam apa jua situasi. Pengalaman semasa PRK DUN Tenang terlalu mahal dan cukup bermakna.Segala persiapan fizikal dan mental juga jiwa yang 'pasrah' atas apa jua ketentuan Illahi mengajar saya agar meletakkan 'pergantungan' kepada Allah swt dalam menghadapi serangan peribadi dalam pilihanraya kecil pada Januari yang lalu .Jadi, kini saya juga redha atas apa jua ketentuan Illahi..
Setelah saya menerima pandangan suami, Dato' Pesuruhjaya Pas Negeri Johor,Harian Muslimat Negeri di samping mengambil kira pandangan pimpinan Dewan Ulamak Negeri Johor dan beberapa pandangan Harian Perhubungan Negeri Johor Maka , saya ingin meriahkan proses pemilihan muktamar tahun ini.
Semoga niat suci untuk terus berjuang membawa obor perjuangan yang suci ada nilaianNYA di sisi Allah swt...Amin Ya Allah..
0 comments:
Post a Comment