Belum pun reda isu Tadika Permata Islamiyyah Pasir Gudang ditutup oleh
Umno; Tadika Islam PASTI Taman Aman Senai, Johor pula diceroboh malam
semalam.
Ia dilakukan oleh Ketua Umno Cawangan Taman Aman,
Norazman Hasbollah. Beliau juga adalah SU Kerja Umno Bahagian Kulaijaya
dan Ahli Majlis Perbandaran Kulaijaya(MDK).
Norazman telah datang ke premis PASTI jam 8.13 mlm dengan merobohkan
Signboard PASTI dan menurunkan serta membuang banner 'TAWARAN PAKATAN
RAKYAT' . Beliau dipercayai amat marah dengan kewujudan banner tersebut
yg baru dinaikkan sehari sebelum itu.
Secara tidak berakhlak
beliau dengan nada tinggi memarahi guru PASTI yg tinggal di premis
tersebut, Cik Zuraidah Beeran. Beliau turut mengugut guru Pasti
berkenaan sehingga menimbulkan ketakutan sesuatu yg buruk boleh berlaku.
Norazman terjerit-jerit sambil mengoncang pintu pagar PASTI.
Cik
Zuraida telah membuat laporan Polis di Balai Polis Senai pada pukul 10
mlm kejadian itu diiringi beberapa pimpinan PAS Kawasan Kulaijaya dan
pengurusan PASTI.
Sebagai seorang pimpinan Umno dan masyarakat,
tindakan beliau adalah tidak wajar samasekali. Adakah beliau tidak
mengetahui bahawa PASTI terletak di bawah kelolaan PAS menerusi Dewan
Pemuda PAS?
Jikapun beliau tidak berpuashati tentang kewujudan banner tersebut, kenapa tidak melalui saluran yg betul?
Apa rasionalnya mengancam seorang guru yg dikaitkan pula status guru yg bujang dan tinggal seorang diri?
Beliau mengenali pimpinan PAS dan boleh mendesak agar banner tersebut
diturunkan. Jika permintaannya munasabah, bukan masalah sangat banner
tersebut dipindahkan ke lokasi lain. PAS berdepan kesukaran menaikkan
banner milik parti kerana terlalu kerap hilang. Premis PASTI antara
lokasi yg dikira selamat. Rupa-rupanya premis itu pun dianggap mengganggu
ketenteraman awam!
Kalau pimpinan Umno berhujah premis PASTI
adalah untuk tujuan pendidikan yg tidak boleh dipolitikkan; adakah
dengan merosakkan harta dan mengugut guru cara yg betul?
Kalau itu logiknya; kenapa Umno sesuka hati menggunakan Sekolah, Masjid dan premis awam buat program Umno?
Umno buat mesyuarat agung di sekolah, naikkan bendera dan syiar Umno
sebanyak-banyaknya, kemudian di arah guru-guru dan kakitangan hadir, ucapan
perasmian dan perbahasan mencerca Pakatan Rakyat, memfitnah Ketua
Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.....adakah beradab cara tersebut?
Umno buat kerja yg tidak beretika ini puluhan tahun. Perbuatan UMNO
tentulah menimbulkan rasa tidak senang PAS dan pembangkang sejak sekian
lama, UMNO anggap semua premis macam dia yang punya. Sekalipun PAS dan
pembangkang tidak puashati, adakah kami datang ke program UMNO lalu
memaki hamun, mengugut serta merosakkan syiar Umno?
Dalam
Sidang Media petang ini, Norazman di desak mohon maaf kepada Yang Di
Pertua PAS Kawasan Kulaijaya dalam tempoh 7 hari,,jika tidak mahu
berdepan tindakan undang-undang. Majlis Perbandaran Kulaijaya juga seharusnya
mengambil tindakan tertentu kpd Norazman yg tentunya mencemarkan nama
baik MDKu.
Nampaknya pemimpin Umno semakin ketara samsengnya.
Ada kawan- kawan kata perangai pemimpin UMNO ini ibarat ' orang yg buang tabiat nak mati'....
Adakah ini angkara 'syaitan yang dikenali?
Adakah ini petanda Umno nak berkubur selepas PRU 13?
Read more...