Himpunan Pendidik Islam 2012

>> Sunday, September 2, 2012


“Guru adalah nadi utama pendidikan negara. Berbekalkan azam dan semangat inilah maka, bakti disemai bermula dari awal pra persekolahan sehinggalah ke menara gading demi merealisasikan aspirasi melahirkan generasi pelapis ummah yang bermaruah, soleh dan solehah. Mereka lebih sinonim sebagai ‘Arkitek Pembangunan Negara’ atas jasanya membangunkan, mencorakkan dan mewarnakan halatuju pendidikan negara bagi melahirkan generasi pelapis masa depan negara. Natijahnya, banyak kejayaan telah diraih oleh mereka dalam usaha memajukan pencapaian akademik, kokurikulum, kepimpinan, akhlak dan multi disiplin ilmu murid.”Demikian kata Pn. Normala Sudirman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Mala yang merupakan Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan(NGO PENDIDIK).
“Justeru itu, selari dengan pengorbanan mereka itu, inisiatif bagi menghimpun dan meraikan warga pendidik dalam satu himpunan mega amat wajar diadakan sebagai refleksi ucapan terima kasih kepada insan yang amat berjasa kepada umat dalam menabur dan mencurahkan bakti mendidik modal insan di negeri ini”,katanya lagi.

Antara objektif Program Himpunan Pendidik Islam 2012 diadakan adalah bertujuan untuk mencapai objektif dan matlamat dalam usaha membina rangkaian hubungan yang rapat antara para pendidik di seluruh Malaysia .Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meraikan guru-guru, tokoh-tokoh pendidik dan pengurus pendidikan pelbagai institusi dan pelbagai bangsa dari seluruh Selangor dan seluruh Malaysia yang telah menaburkan bakti, mencurahkan jasa membangunkan modal insan serta mengangkat martabat pendidikan negara.
“Dengan memilih tema himpunan "Guru Menjana Kebijaksanaan", adalah diharapkan agar warga pendidik seluruh Malaysia terus beriltizam untuk terus berbakti dan mencurah tenaga demi memacu halatuju pendidikan negara”,katanya dengan penuh berkeyakinan dan optimis.
Himpunan Pendidik Islam 2012 ini  bakal diadakan pada hari Sabtu,bersamaan  8 September 2012  bertempat di Dewan Unisel, Shah Alam ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Negeri Selangor dengan kerjasama Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (NGO PENDIDIK Malaysia), dan MAPPIS(Majlis Permuafakatan Pendidikan Islam Selangor) .Pusat .
Pihak penganjur menyasarkan penyertaan  lebih 1,000 orang warga pendidik dan pengurus pendidikan dari seluruh negeri Selangor yang akan hadir untuk memeriahkan majlis. Antara kelompok sasaran adalah 1000 warga pendidik dari Negeri Selangor dari pelbagai institusi  dan 300 orang warga pendidik jemputan dari negeri-negeri seluruh Malaysia. Program bersejarah ini juga bakal membariskan tokoh – tokoh dan ikon pendidik di Malaysia termasuk pesara professional pendidikan seperti Dato’ Adnan Bin Ibrahim ( Mantan Pengarah Pelajaran Negeri Perak) dan lain lain.
Majlis ini akan diserikan lagi dengan kehadiran YAB Dato Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat( Mursyidul Am PAS) yang akan menyampaikan ucaptama seterusnya akan  menerima anugerah dan bakal dinobatkan sebagai ‘Tokoh Pendidik Nusantara’. Selain daripada itu, beberapa anugerah akan disampaikan sebagai menghargai jasa pendidik yang telah mencurahkan bakti mendidik anak bangsa seperti Anugerah Tokoh Pendidik Muda kategori lelaki dan wanita sebagai suatu suntikan semangat .Kehadiran  Sasterawan Negara A.Samad Said yang bakal mendeklamasikan  puisi juga dijangka bakal mencuri tumpuan hadirin warga pendidik yang hadir.

Selain daripada kehadiran dari seluruh Malaysia dan guru-guru di  Selangor dari pelbagai institusi (Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah, Kolej Komuniti, Kolej Matrikulasi, Institut Perguruan (IPG),Sekolah Swasta dan Persendirian),ramai tokoh pendidik (berkhidmat dan bersara)  serta tokoh pendidik jemputan,aktivis pendidikan dari NGO PENDIDIK  dan NGO KAWAN juga akan hadir bagi memeriahkan dan menjayakan majlis yang cukup berprestij ini.

Program akan bermula seawal jam 8.30 pagi dan dijangka tamat jam 12.30 tengahari. “Antara tokoh yang akan menyampaikan ucaptama adalah saya sendiri selaku Presiden Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (NGO PENDIDIK), Al- Fadhil Ustaz Dato’ Abu Bakar Chik selaku Mustasyar NGO PENDIDIK dan YB Dr. Hajjah Halimah Ali selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Negeri Selangor merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor,”katanya lagi.
Adalah diharapkan agar Program Himpunan Pendidik Islam 2012 ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif seperti yang diharapkan dengan kerjasama warga pendidik dan para jemputan yang hadir. Semoga dengan kehadiran warga pendidik  dari seluruh pelusuk tanah air ,khususnya dari negeri Selangor ke majlis ini menyuntik semangat penganjur untuk terus mengangkat kredibiliti warga pendidik di seluruh Malaysia.
“Selaku Presiden NGO PENDIDIK , saya menyeru agar semua warga pendidik dan tokoh pendidik seluruh Malaysia agar dapat hadir untuk memeriahkan dan menjayakan program ini untuk menzahirkan iltizam yang padu dalam usaha memacu halatuju dan masa depan pendidikan negara” ,kata Cikgu Mala lagi dengan penuh harapan.



Read more...

Jamuan AidilFitri Pas Lawasan Alor Gajah Melaka.

Nantikan kemunculan saya ,Insya- Allah..Syukran atas undangan...

Read more...

Ucapan Selamat Menyambut AidilFitri Daripada NGO PENDIDIK

>> Monday, August 27, 2012



Salam ukhuwwah dan salam perjuangan..

Selamat Menyambut AidilFitri dan Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan Yang Ke 55. Selaku Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan( NGO PENDIDIK),saya sangat berharap kita dapat membebaskan diri kita dari sebarang bentuk penjajahan alaf baru yang merugikan negara Malaysia.Jangan biarkan minda dan jiwa guru dikongkong,sedangkan dalam masa yang sama kita diamanahkan untuk melahirkan golongan cendiakawan seperti Perdana Menteri, Peguam,Mufti dan ramai lagi bijak pandai yang akan meneruskan kelangsungan generasi pelapis pada masa akan datang.  " Bangkit Pendidik Memimpin Perubahan".

Read more...

Menyantuni Pengunjung Bazar Ramadhan Di Parlimen Sekijang




Bulan Ramadhan merupakan peluang terbaik untuk kepimpinan Pakatan Rakyat  Parlimen Sekijang melaksanakan usaha menyantuni rakyat melalui program kebajikan dan bertemu pengunjung di Bazar Ramadhan Segamat. Dengan semangat setiakawan dalam kepimpinan Pakatan Rakyat, pada 29 Julai lalu mereka telah mengunjungi Bazar Ramadhan di Taman Utama Segamat untuk beramah mesra dengan pengunjung sempena Ramadhan pada tahun ini.

     Suasana meriah dan ceria jelas kelihatan apabila Pn. Normala Bt. Sudirman (Cikgu Mala) , Exco Dewan Muslimat PAS Pusat merangkap Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Johor menyapa dan bersalaman dengan penjual dan pembeli yang berada di Bazar Ramadhan Segamat baru- baru ini. Turut bersama dalam program ini adalah Pn. Hjh Natrah Bt. Ismail , Ketua Wanita Keadilan Johor merangkap Timbalan Ketua Cabang PKR Sekijang bersama kepimpinan PKR yang lain. Sebelum itu pada waktu pagi , mereka telah mengunjungi premis perniagaan,Pasar Awam Bukit Siput, Pasar Awam Segamat Baru, penduduk di Kg. Abdullah, Kg.Tengah dan Kg. Jabi untuk menyantuni rakyat sambil memberikan risalah penerangan. Sambutan mereka amat baik dan sangat menggalakkan.


Cikgu Mala yang juga merupakan Penyelia Pusat Aduan Rakyat DUN Pemanis juga telah bertanya khabar dan melihat perkembangan tentang perjalanan perniagaan di Bazar Ramadhan .Selain menghulurkan salam dan mengucapkan Selamat Berpuasa kepada pengunjung bazar,edaran risalah diberikan untuk informasi pengunjung yang datang membeli juadah dan makanan untuk berbuka puasa. Program ini turut diserikan denga kehadiran Mr. Steven Choong yang merupakan Timbalan Setiausaha PKR Pusat merangkap Kepimpinan PKR Negeri Johor.

     ” Pendirian politik yang berbeza bukan alasan untuk kita saling membenci dan bermusuhan hingga meleraikan ikatan siturrahim sepanjang Bulan Ramadhan”. 


Kami ingin tawarkan perkhidmatan yang lebih baik tanpa mengira bangsa dan agama demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat. Ini adalah kerana Pakatan Rakyat sentiasa ingin menjiwai denyut nadi rakyat dan membantu insan yang memerlukan bantuan walau di mana mereka berada” Kata Cikgu Mala.

     Beliau juga yang merupakan Penyelia Pusat Aduan Rakyat DUN Pemanis berkata, PAR DUN Pemanis akan mengedarkan barang keperluan dapur untuk seramai 80 buah keluarga yang kurang berkemampuan dan memerlukan sumbangan sempena menyambut Syawal yang menjelang pada tahun ini. Selain daripada menghulurkan sumbangan kewangan, PAR DUN Pemanis bertekad akan terus melaksanakan program kebajikan untuk fasa seterusnya secara berperingkat sehingga ke penghujung Ramadhan tahun ini.



     ” Semoga Aidilfitri yang bakal menjelang pada tahun ini akan membawa seribu erti kepada mereka yang kurang berkemampuan, anak yatim , ibu tunggal dan warga emas yang memerlukan perhatian” katanya lagi.


” Pendirian politik yang berbeza bukan alasan untuk kita saling membenci dan bermusuhan hingga meleraikan ikatan siturrahim sepanjang Bulan Ramadhan”. Kami ingin tawarkan perkhidmatan yang lebih baik tanpa mengira bangsa dan agama demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat. Ini adalah kerana Pakatan Rakyat sentiasa ingin menjiwai denyut nadi rakyat dan membantu insan yang memerlukan bantuan walau di mana mereka berada” Kata Cikgu Mala.


Beliau juga yang merupakan Penyelia Pusat Aduan Rakyat DUN Pemanis berkata, PAR DUN Pemanis akan mengedarkan barang keperluan dapur untuk seramai 80 buah keluarga yang kurang berkemampuan dan memerlukan sumbangan sempena menyambut Syawal yang menjelang pada tahun ini. Selain daripada menghulurkan sumbangan kewangan, PAR DUN Pemanis bertekad akan terus melaksanakan program kebajikan untuk fasa seterusnya secara berperingkat sehingga ke penghujung Ramadhan tahun ini.


Kami ingin tawarkan perkhidmatan yang lebih baik tanpa mengira bangsa dan agama demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat. Ini adalah kerana Pakatan Rakyat sentiasa ingin menjiwai denyut nadi rakyat dan membantu insan yang memerlukan bantuan walau di mana mereka berada” Kata Cikgu Mala.


Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP