Edaran Kad Tahun Baru Cina 7

>> Monday, March 22, 2010




Saya abadikan potret perjuangan ini untuk tatapan pengunjung blog yang cintakan kebenaran dan ingin menegakkan keadilan.Semoga membangkitkan momentum perjuangan dan suntikan motivasi yang berterusan demi menegakkan daulah Islamiyyah di muka bumi ini.


Sesungguhnya perjuangan ini menjadi indah andainya tanggungjawab dalam perjuangan dapat digalas bersama.Pasti kemanisan berjamaah dapat dirasai dan terasa mengalir di hati.Takbir!!

Read more...

Edaran Kad Tahun Baru Cina 6

Edaran Kad Tahun Baru Cina diteruskan lagi pada hari yang lain di suatu perkampungan pinggir bandar. Mereka juga menunjukkan respon yang sungguh positif. Ketika kami berbusana merah mengedar kad di premis kedai,suasana sungguh harmoni dan terasa semangat muhibbah bersemarak di hati.Kini,mengedar kad dari rumah ke rumah dan di kedai runcit juga kedai membaiki motosikal,kami menerima respon yang cukup baik sekali.
Meskipun hanya sekeping edaran kad dan dua buah limau Mandarin, bagi mereka itu bukanlah menjadi persoalan. Yang penting rupanya bagi mereka ialah 'nilai penghargaan' dan 'tanda ingatan' masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Alhamdulillah..petugas muslimat dan muslimin bersemangat sekali ketika menjalankan aktiviti ini.

Read more...

Edaran Kad Tahun Baru Cina 5











Perkongsian pengalaman ini saya dedikasikan kepada semua muslimat di seluruh Malaysia. Sesungguhnya usaha kami ini hanyalah sekelumit cuma jika dibandingkan dengan pejuang kebenaran dan tokoh pimpinan PAS yang berada di persada perjuangan tanahair masa kini. Kami sentiasa berdoa agar usaha 'kecil' ini ada nilainya di sisi Allah s.w.t
Ujian dalam perjuangan pasti datang bagi hamba- hambaNYA yang ikhlas dalam berjuang. Justeru,usahlah mudah mengalah dengan tekanan dan cabaran.Pergantungan dengan Allah s.w.t adalah sebaik- baik senjata untuk menempuh tribulasi perjuangan.
Bertemu dengan masyarakat merupakan medan dakwah yang cukup ampuh dalam menangani persepsi negatif mereka selama ini.Kita cukup bertuah kerana gelombang sokongan non- muslim berpihak kepada kita.Janganlah kita hanya mengharap kemenangan di depan mata tanpa berusaha dan berjuang untuk meraih kemenangan. Semoga kita terus istiqamah dalam perjuangan.Selamat berjuang!

Read more...

Edaran Kad Tahun Baru Cina 4




Salam ukhuwwah dan salam perjuangan kepada semua pegunjung blog ini.Apa khabar? Semoga sentiasa di dalam rahmat dan lindungan kasih sayang Illahi. Agak lama rasanya saya tidak 'update 'blog ini.Kerinduan untuk mencoretkan pengalaman dalam berjuang sememangnya sentiasa membara di hati. Tetapi,kesibukan dalam menjalani rutin seharian sering membataskan segalanya.


Ingin saya menyambung semula coretan pengalaman ketika 'Edaran kad Tahun Baru Cina' bersama petugas muslimin dan muslimat. Walaupun telah agak terlewat untuk berkongsi dan menyambung cerita tetapi biarlah kenangan ini terpahat dalam lipatan sejarah perjuangan seorang srikandi untuk dihayati oleh semua pengunjung blog ini.


Apa pun,segalanya masih segar dalam ingatan. Moga menjadi panduan dan gambaran awal kepada muslimat yang baru dalam gelanggang masyarakat dan medan perjuangan.

Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP