Sekilas Kenangan Siri Jelajah Merdeka Rakyat di Johor
>> Monday, September 24, 2012
Bas yang telah disimbah dengan cat merah ketika Ummat Islam menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Tangkak.Kami mengabadikan kenangan pada Jamuan Makan Malam malam di Sutera Mall Johor Bahru..
Kami dikhabarkan bas ini juga telah ditabur dengan paku payung sebelum sampai di Sutera Mall ,Johor Bahru..Mujur semua rombongan selamat.. Tak sangka bertemu sahabat yang sangat istiqamah dalam perjuangan. Beliau mengabadikan kenangan sebelum pulang . Bertemu teman seperjuangan, Saudari Yeeling Chua dari PKR. Suami juga hadir memberikan sokongan membuatkan saya semakin bersemangat untuk terus berjuang dengan penuh sabar dan istiqamah. Read more...Di Sebalik Tabir : Nadi Penting Himpunan Pendidik Islam 2012
Al- Fadhil Ustaz Dato' Abu Bakar Chik, Mustasyar NGO PENDIDIK menyampaikan ucapan..
Prof. Zainal Abidin Bin Kidam turut menyampaikan ucapan seterusnya membacakan biodata Anugerah Tokoh Pendidik Nusantara 2012.
YB Hjh. Dr. Halimah Ali, merupakan nadi penting kelancaran program kami.Beliau menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis Himpunan Pendidik Islam ini.
Wakil media dan wartawan terpegun melihat Video klip Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.
Read more...
Lakaran Indah Himpunan Pendidik Islam 2012 (3)
Himpunan Pendidik Islam 2012 juga menyaksikan Anugerah Tokoh Pendidik Muda (Lelaki) dinobatkan kepada Al- Fadhil Ustaz Ahmad bin Yahya .
Manakala Anugerah Tokoh Pendidik Muda (Wanita ) pula dinobatkan kepada Ustazah Khairiah Bt. Ahmad.
Selaku yang diamanahkan sebagai Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (NGO PENDIDIK), saya telah menyampaikan ucapan.

Antara intipati penting dalam ucapan saya adalah menyeru warga pendidik agar berani membuat perubaan dan jangan biarkan 'minda' dan 'jiwa' kita dijajah dengan bentuk penjajahan alaf baru yang merugikan mereka.
YB Dr. Hjh Halimah Bt. Ali selaku Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan juga turut menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Himpunan pendidik Islam 2012.
Read more...

Lakaran Indah Himpunan Pendidik Islam 2012 (2)
Kehadiran tetamu yang dinanti sekian lama , Dato' Bentara Setia Tuan Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am merangkap Menteri Besar Kelantan)bersama isteri tersayang Datin Sabariah serta rombongannya.Syukur Ya Rabb!
Tenang wajahnya membuat kami terharu di Dewan UNISEL yang bersejarah ini.Setenang itulah hati kami apabila beliau dapat hadir ke Himpunan yang telah melakar sejarah ini Detik yang paling dinantikan telahpun tiba.Beliau dinobatkan sebagai 'Tokoh Pendidik Nusantara'dengan menerima sehelai jubah berwarna keemasan,wang tunai RM30,ooo ringgit, dan sijil penganugerahan serta sejumlah dinar dan dirham yang diabadikan di dalam frame kenangan.Alhamdulillah.. Anugerah yang telah melakar sejarah ini pasti terpahat dalam ingatan warga pendidik buat selama - lamanya. Beliau menyampaikan ucaptama yang cukup membekas di hati. Kenangan kami bersama Datin Sabariah, isteri Mursyidul Am yang cukup setia di saat sukar dan senang. Read more...Lakaran Indah Himpunan Pendidik Islam 2012(1)
Alhamdulillah..Syukur YaRabb! Pada hari Sabtu bersamaan 8 September 2012, suatu Himpunan Pendidik Islam telah diadakan di Dewan UNISEL, Shah Alam Selangor.
Himpunan ini boleh dilayari seluruh dunia sebagaimana yang tertera di atas Persiapan sehari sebelum rancak dijalankan oleh pihak pelaksana program. Anugerah Tokoh Pendidik Nusantara , Tokoh Pendidik Muda (Lelaki) dan Tokoh Pendidik Muda (Wanita)bakal melakar sejarah indah dalam persada pendidikan negara. Antara kehadiran guru yang berdedikasi dan berjiwa mulia Kehadiran para pendidik seluruh Malaysia kalangan muslimin. Kehadiran Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said yang bakal mendeklamasikan sajak ditemani oleh Saudara Hasni Abas. Sajak yang telah dideklamasikan cukup memukau hadirin yang mendengar. Read more...
Subscribe to:
Posts (Atom)


















































