Sekilas Kenangan Siri Jelajah Merdeka Rakyat di Johor

>> Monday, September 24, 2012

Bas yang telah disimbah dengan cat merah ketika Ummat Islam menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Tangkak.Kami mengabadikan kenangan pada Jamuan Makan Malam malam di Sutera Mall Johor Bahru..

Kami dikhabarkan bas ini juga telah ditabur dengan paku payung sebelum sampai di Sutera Mall ,Johor Bahru..Mujur semua rombongan selamat..
Tak sangka bertemu sahabat yang sangat istiqamah dalam perjuangan.
Beliau mengabadikan kenangan sebelum pulang .
Bertemu teman seperjuangan, Saudari Yeeling Chua dari PKR.
Suami juga hadir memberikan sokongan membuatkan saya semakin bersemangat untuk terus berjuang dengan penuh sabar dan istiqamah.

Read more...

Di Sebalik Tabir : Nadi Penting Himpunan Pendidik Islam 2012

Merekalah nadi penting di sebalik tabir Program Himpunan Pendidik Islam 2012.

Al- Fadhil Ustaz Dato' Abu Bakar Chik, Mustasyar NGO PENDIDIK menyampaikan ucapan..

Prof. Zainal Abidin Bin Kidam turut menyampaikan ucapan seterusnya membacakan biodata Anugerah Tokoh Pendidik Nusantara 2012.

YB Hjh. Dr. Halimah Ali, merupakan nadi penting kelancaran program kami.Beliau menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis Himpunan Pendidik Islam ini.

Cikgu Azrin Bin Abd. Majid  bersama Al- Fadhil Ustaz Dato ' Abu Bakar Bin Chik dan urusetia program yang cukup berdedikasi dan komited dalam apa jua yang program yang bakal dijalankan. 

Wakil media dan wartawan terpegun melihat Video klip Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.



Read more...

Lakaran Indah Himpunan Pendidik Islam 2012 (3)

Himpunan Pendidik Islam 2012 juga menyaksikan Anugerah Tokoh Pendidik Muda (Lelaki) dinobatkan kepada Al- Fadhil Ustaz Ahmad bin Yahya .

Manakala Anugerah Tokoh Pendidik Muda (Wanita ) pula dinobatkan kepada Ustazah Khairiah Bt. Ahmad.
Selaku yang diamanahkan sebagai Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (NGO PENDIDIK), saya telah menyampaikan ucapan.
Antara intipati penting dalam ucapan saya adalah menyeru warga pendidik agar berani membuat perubaan dan jangan biarkan 'minda' dan 'jiwa' kita dijajah dengan bentuk penjajahan alaf baru yang merugikan mereka.
YB Dr. Hjh Halimah Bt. Ali selaku Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan juga turut menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Himpunan pendidik Islam 2012.

Read more...

Lakaran Indah Himpunan Pendidik Islam 2012 (2)

Kehadiran tetamu yang dinanti sekian lama , Dato' Bentara Setia Tuan Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am merangkap Menteri Besar Kelantan)bersama isteri tersayang Datin Sabariah serta rombongannya.Syukur Ya Rabb!

Tenang wajahnya membuat kami terharu di Dewan UNISEL yang bersejarah ini.Setenang itulah hati kami apabila beliau dapat hadir ke Himpunan yang telah melakar sejarah ini
Detik yang paling dinantikan telahpun tiba.Beliau dinobatkan sebagai 'Tokoh Pendidik Nusantara'dengan menerima sehelai jubah berwarna keemasan,wang tunai RM30,ooo ringgit, dan sijil penganugerahan serta sejumlah dinar dan dirham yang diabadikan di dalam frame kenangan.Alhamdulillah..
Anugerah yang telah melakar sejarah ini pasti terpahat dalam ingatan warga pendidik buat selama - lamanya.
Beliau menyampaikan ucaptama yang cukup membekas di hati.
Kenangan kami bersama Datin Sabariah, isteri Mursyidul Am yang cukup setia di saat sukar dan senang.

Read more...

Lakaran Indah Himpunan Pendidik Islam 2012(1)

Alhamdulillah..Syukur YaRabb! Pada hari Sabtu bersamaan 8 September 2012, suatu Himpunan Pendidik Islam telah diadakan di Dewan UNISEL, Shah Alam Selangor.

Himpunan ini boleh dilayari seluruh dunia sebagaimana yang tertera di atas
Persiapan sehari sebelum rancak dijalankan oleh pihak pelaksana program.
Anugerah Tokoh Pendidik Nusantara , Tokoh Pendidik Muda (Lelaki) dan Tokoh Pendidik Muda (Wanita)bakal melakar sejarah indah dalam persada pendidikan negara.
Antara kehadiran guru yang berdedikasi dan berjiwa mulia
Kehadiran para pendidik seluruh Malaysia kalangan muslimin.
Kehadiran Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said yang bakal mendeklamasikan sajak ditemani oleh Saudara Hasni Abas.
Sajak yang telah dideklamasikan cukup memukau hadirin yang mendengar.

Read more...

Sekilas Kenangan Rumah Terbuka AidilFitri PAR DUN Pemanis & PAS Sekijang 16 September 2012


Read more...

Biar Gambar Berbicara:Bantahan Video Innocence Of Muslims Peringkat Negeri Johor


Read more...

Tadika Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Taman Aman, Senai Johor diceroboh?




Belum pun reda isu Tadika Permata Islamiyyah Pasir Gudang ditutup oleh Umno; Tadika Islam PASTI Taman Aman Senai, Johor pula diceroboh malam semalam.

Ia dilakukan oleh Ketua Umno Cawangan Taman Aman, Norazman Hasbollah. Beliau juga adalah SU Kerja Umno Bahagian Kulaijaya dan Ahli Majlis Perbandaran Kulaijaya(MDK).


Norazman telah datang ke premis PASTI jam 8.13 mlm dengan merobohkan Signboard PASTI dan menurunkan serta membuang banner 'TAWARAN PAKATAN RAKYAT' . Beliau dipercayai amat marah dengan kewujudan banner tersebut yg baru dinaikkan sehari sebelum itu.

Secara tidak berakhlak beliau dengan nada tinggi memarahi guru PASTI yg tinggal di premis tersebut, Cik Zuraidah Beeran. Beliau turut mengugut guru Pasti berkenaan sehingga menimbulkan ketakutan sesuatu yg buruk boleh berlaku. Norazman terjerit-jerit sambil mengoncang pintu pagar PASTI.

Cik Zuraida telah membuat laporan Polis di Balai Polis Senai pada pukul 10 mlm kejadian itu diiringi beberapa pimpinan PAS Kawasan Kulaijaya dan pengurusan PASTI.

Sebagai seorang pimpinan Umno dan masyarakat, tindakan beliau adalah tidak wajar samasekali. Adakah beliau tidak mengetahui bahawa PASTI terletak di bawah kelolaan PAS menerusi Dewan Pemuda PAS?

Jikapun beliau tidak berpuashati tentang kewujudan banner tersebut, kenapa tidak melalui saluran yg betul?
Apa rasionalnya mengancam seorang guru yg dikaitkan pula status guru yg bujang dan tinggal seorang diri?

Beliau mengenali pimpinan PAS dan boleh mendesak agar banner tersebut diturunkan. Jika permintaannya munasabah, bukan masalah sangat banner tersebut dipindahkan ke lokasi lain. PAS berdepan kesukaran menaikkan banner milik parti kerana terlalu kerap hilang. Premis PASTI antara lokasi yg dikira selamat. Rupa-rupanya  premis itu pun dianggap mengganggu ketenteraman awam!

Kalau pimpinan Umno berhujah premis PASTI adalah untuk tujuan pendidikan yg tidak boleh dipolitikkan; adakah dengan merosakkan harta dan mengugut guru cara yg betul?

Kalau itu logiknya; kenapa Umno sesuka hati menggunakan Sekolah, Masjid dan premis awam buat program Umno?

Umno buat mesyuarat agung di sekolah, naikkan bendera dan syiar Umno sebanyak-banyaknya, kemudian di arah guru-guru dan kakitangan hadir, ucapan perasmian dan perbahasan mencerca Pakatan Rakyat, memfitnah Ketua Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.....adakah beradab cara tersebut?

Umno buat kerja yg tidak beretika ini puluhan tahun. Perbuatan UMNO tentulah menimbulkan rasa tidak senang PAS dan pembangkang sejak sekian lama, UMNO anggap semua premis macam dia yang punya. Sekalipun PAS dan pembangkang tidak puashati, adakah kami datang ke program UMNO lalu memaki hamun, mengugut serta merosakkan syiar Umno?

Dalam Sidang Media petang ini, Norazman di desak mohon maaf kepada Yang Di Pertua PAS Kawasan Kulaijaya dalam tempoh 7 hari,,jika tidak mahu berdepan tindakan undang-undang. Majlis Perbandaran Kulaijaya juga seharusnya mengambil tindakan tertentu kpd Norazman yg tentunya mencemarkan nama baik MDKu.

Nampaknya pemimpin Umno semakin ketara samsengnya.
Ada kawan- kawan kata perangai pemimpin UMNO  ini  ibarat ' orang yg buang tabiat nak mati'....
Adakah ini angkara 'syaitan yang dikenali?
Adakah ini petanda Umno nak berkubur selepas PRU 13?

Read more...

Lawatan ke Tadika Permata Islamiyyah,Johor


.Selain, Tn Hj Aminol Huda mewakili kepimpinan PAS Johor menghulurkan sumbangan , saya juga telah mewakili NGO PENDIDIK memberikan sumbangan agar dapat meringankan beban Pn. Mariam.
 
Pada hari Jumaat,21 September 2012, sekitar jam 10.20 pagi ini saya bersama , En. Mazlan Aliman dan Tuan Hj Aminulhuda Hassan,mewakili kepimpinan PAS Johor serta En. Syed Othman Syed Abdullah, Penyelia Pusat Aduan Rakyat DUN Permas Jaya telah mengunjungi premis sementara TADIKA PERMATA ISLAMIYYAH di No 1, Jln Suria, Bandar Sri Alam,Pasir Gudang Johor.

Kami telah berpeluang menziarahi Pn Mariam Sarian, pemilik Tadika Permata Islamiyyah yang gigih berusaha menabur jasa kepada anak bangsa.Beliau berusia 48 tahun dan suaminya Aldam bin Amarani, 61 tahun berasal dari Kota Kinabalu Sabah. Mereka berhijrah  ke Johor sekitar tahun 1991. Telah memiliki 10 orang anak yang g sebahagiannya masih bersekolah. Minatnya cukup mendalam untuk membuka pusat pendidikan bagi membimbing anak bangsanya terutama perantau Sabah yg berada di Johor.
Umno Bahagian Pasir Gudang tidak perlu bersandiwara sebab sebenar Tadika Permata Islamiyyah ditutup sejak 10 sept lalu. Ia bukan soal penambahbaikan atau keselesaan sekolah seperti kenyataan Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad dlm Sinar Harianpada 21 September 2012.
Hakikat sebenarnya ialah mereka marah dan tidak puashati kerana pihak pengurusan sekolah membenarkan Sdr Syed Othman Syed Abdullah, Penyelia Pusat Aduan Rakyat Permas Jaya datang berkunjung dan memberi duit raya kepada 42 pelajar di Tadika tersebut. Syed Othman adalah bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pasir Gudang, yang juga bekas calon PAS Dun Permas Jaya Pru 12 lalu.
Dendam kesumat Umno kepada Syed Othman sudah lama. Bekas Calon PAS ini begitu proaktif membantu masyarakat berbagai kaum. Ia menjadi ancaman kpd BN. Adalah diramalkan, jika Syed Othman kekal bertanding PRU 13 ini,,Insya- Allah.. beliau akan menang. Justeru, pemimpin Umno dikerah menyekat pengaruh Syed Othman dalam apa jua keadaan.


Namun, terserlah ketidakcerdikkan Umno yang gagal membezakan antara pertembungan politik dan hak pendidikan bagi rakyat. YB Khalid Nordin selaku Menteri Pengajian Tinggi gagal mendidik anak buahnya supaya waras dlm sebarang tindakan. Sejak bila Umno ada kuasa menutup sekolah hanya dengan hujah penambahbaikkan?
Hatta, kalau Tadika Kemas sekalipun, betul ke tindakan Ketua Umno Cawangan datang ke Sekolah dan mangga premis tersebut atas alasan penambahbaikkan?
Dah hilang akal ke?

Syabas saya ucapkan kepada pemilik Tadika dan guru, Pn Mariam Sarian yg sangat bertanggungjawab demi kepentingan pendidikan anak bangsa. Beliau dengan dedikasinya meneruskan operasi pembelajaran di rumahnya di Jln Suria Bandar Seri Alam. Walau serba kekurangan, kegigihannya saya sanjung tinggi.
Sempena 55 tahun sambutan Kemerdekaan, Pn Mariam dan pengurusan Tadika Permata Islamiyyah adalah contoh rakyat yg berjiwa patriotik!

Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP