Lawatan ke Tadika Permata Islamiyyah,Johor

>> Monday, September 24, 2012


.Selain, Tn Hj Aminol Huda mewakili kepimpinan PAS Johor menghulurkan sumbangan , saya juga telah mewakili NGO PENDIDIK memberikan sumbangan agar dapat meringankan beban Pn. Mariam.
 
Pada hari Jumaat,21 September 2012, sekitar jam 10.20 pagi ini saya bersama , En. Mazlan Aliman dan Tuan Hj Aminulhuda Hassan,mewakili kepimpinan PAS Johor serta En. Syed Othman Syed Abdullah, Penyelia Pusat Aduan Rakyat DUN Permas Jaya telah mengunjungi premis sementara TADIKA PERMATA ISLAMIYYAH di No 1, Jln Suria, Bandar Sri Alam,Pasir Gudang Johor.

Kami telah berpeluang menziarahi Pn Mariam Sarian, pemilik Tadika Permata Islamiyyah yang gigih berusaha menabur jasa kepada anak bangsa.Beliau berusia 48 tahun dan suaminya Aldam bin Amarani, 61 tahun berasal dari Kota Kinabalu Sabah. Mereka berhijrah  ke Johor sekitar tahun 1991. Telah memiliki 10 orang anak yang g sebahagiannya masih bersekolah. Minatnya cukup mendalam untuk membuka pusat pendidikan bagi membimbing anak bangsanya terutama perantau Sabah yg berada di Johor.
Umno Bahagian Pasir Gudang tidak perlu bersandiwara sebab sebenar Tadika Permata Islamiyyah ditutup sejak 10 sept lalu. Ia bukan soal penambahbaikan atau keselesaan sekolah seperti kenyataan Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad dlm Sinar Harianpada 21 September 2012.
Hakikat sebenarnya ialah mereka marah dan tidak puashati kerana pihak pengurusan sekolah membenarkan Sdr Syed Othman Syed Abdullah, Penyelia Pusat Aduan Rakyat Permas Jaya datang berkunjung dan memberi duit raya kepada 42 pelajar di Tadika tersebut. Syed Othman adalah bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pasir Gudang, yang juga bekas calon PAS Dun Permas Jaya Pru 12 lalu.
Dendam kesumat Umno kepada Syed Othman sudah lama. Bekas Calon PAS ini begitu proaktif membantu masyarakat berbagai kaum. Ia menjadi ancaman kpd BN. Adalah diramalkan, jika Syed Othman kekal bertanding PRU 13 ini,,Insya- Allah.. beliau akan menang. Justeru, pemimpin Umno dikerah menyekat pengaruh Syed Othman dalam apa jua keadaan.


Namun, terserlah ketidakcerdikkan Umno yang gagal membezakan antara pertembungan politik dan hak pendidikan bagi rakyat. YB Khalid Nordin selaku Menteri Pengajian Tinggi gagal mendidik anak buahnya supaya waras dlm sebarang tindakan. Sejak bila Umno ada kuasa menutup sekolah hanya dengan hujah penambahbaikkan?
Hatta, kalau Tadika Kemas sekalipun, betul ke tindakan Ketua Umno Cawangan datang ke Sekolah dan mangga premis tersebut atas alasan penambahbaikkan?
Dah hilang akal ke?

Syabas saya ucapkan kepada pemilik Tadika dan guru, Pn Mariam Sarian yg sangat bertanggungjawab demi kepentingan pendidikan anak bangsa. Beliau dengan dedikasinya meneruskan operasi pembelajaran di rumahnya di Jln Suria Bandar Seri Alam. Walau serba kekurangan, kegigihannya saya sanjung tinggi.
Sempena 55 tahun sambutan Kemerdekaan, Pn Mariam dan pengurusan Tadika Permata Islamiyyah adalah contoh rakyat yg berjiwa patriotik!

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP