Ucapan Selamat Menyambut AidilFitri Daripada NGO PENDIDIK

>> Monday, August 27, 2012



Salam ukhuwwah dan salam perjuangan..

Selamat Menyambut AidilFitri dan Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan Yang Ke 55. Selaku Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan( NGO PENDIDIK),saya sangat berharap kita dapat membebaskan diri kita dari sebarang bentuk penjajahan alaf baru yang merugikan negara Malaysia.Jangan biarkan minda dan jiwa guru dikongkong,sedangkan dalam masa yang sama kita diamanahkan untuk melahirkan golongan cendiakawan seperti Perdana Menteri, Peguam,Mufti dan ramai lagi bijak pandai yang akan meneruskan kelangsungan generasi pelapis pada masa akan datang.  " Bangkit Pendidik Memimpin Perubahan".

Read more...

Menyantuni Pengunjung Bazar Ramadhan Di Parlimen Sekijang




Bulan Ramadhan merupakan peluang terbaik untuk kepimpinan Pakatan Rakyat  Parlimen Sekijang melaksanakan usaha menyantuni rakyat melalui program kebajikan dan bertemu pengunjung di Bazar Ramadhan Segamat. Dengan semangat setiakawan dalam kepimpinan Pakatan Rakyat, pada 29 Julai lalu mereka telah mengunjungi Bazar Ramadhan di Taman Utama Segamat untuk beramah mesra dengan pengunjung sempena Ramadhan pada tahun ini.

     Suasana meriah dan ceria jelas kelihatan apabila Pn. Normala Bt. Sudirman (Cikgu Mala) , Exco Dewan Muslimat PAS Pusat merangkap Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Johor menyapa dan bersalaman dengan penjual dan pembeli yang berada di Bazar Ramadhan Segamat baru- baru ini. Turut bersama dalam program ini adalah Pn. Hjh Natrah Bt. Ismail , Ketua Wanita Keadilan Johor merangkap Timbalan Ketua Cabang PKR Sekijang bersama kepimpinan PKR yang lain. Sebelum itu pada waktu pagi , mereka telah mengunjungi premis perniagaan,Pasar Awam Bukit Siput, Pasar Awam Segamat Baru, penduduk di Kg. Abdullah, Kg.Tengah dan Kg. Jabi untuk menyantuni rakyat sambil memberikan risalah penerangan. Sambutan mereka amat baik dan sangat menggalakkan.


Cikgu Mala yang juga merupakan Penyelia Pusat Aduan Rakyat DUN Pemanis juga telah bertanya khabar dan melihat perkembangan tentang perjalanan perniagaan di Bazar Ramadhan .Selain menghulurkan salam dan mengucapkan Selamat Berpuasa kepada pengunjung bazar,edaran risalah diberikan untuk informasi pengunjung yang datang membeli juadah dan makanan untuk berbuka puasa. Program ini turut diserikan denga kehadiran Mr. Steven Choong yang merupakan Timbalan Setiausaha PKR Pusat merangkap Kepimpinan PKR Negeri Johor.

     ” Pendirian politik yang berbeza bukan alasan untuk kita saling membenci dan bermusuhan hingga meleraikan ikatan siturrahim sepanjang Bulan Ramadhan”. 


Kami ingin tawarkan perkhidmatan yang lebih baik tanpa mengira bangsa dan agama demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat. Ini adalah kerana Pakatan Rakyat sentiasa ingin menjiwai denyut nadi rakyat dan membantu insan yang memerlukan bantuan walau di mana mereka berada” Kata Cikgu Mala.

     Beliau juga yang merupakan Penyelia Pusat Aduan Rakyat DUN Pemanis berkata, PAR DUN Pemanis akan mengedarkan barang keperluan dapur untuk seramai 80 buah keluarga yang kurang berkemampuan dan memerlukan sumbangan sempena menyambut Syawal yang menjelang pada tahun ini. Selain daripada menghulurkan sumbangan kewangan, PAR DUN Pemanis bertekad akan terus melaksanakan program kebajikan untuk fasa seterusnya secara berperingkat sehingga ke penghujung Ramadhan tahun ini.



     ” Semoga Aidilfitri yang bakal menjelang pada tahun ini akan membawa seribu erti kepada mereka yang kurang berkemampuan, anak yatim , ibu tunggal dan warga emas yang memerlukan perhatian” katanya lagi.


” Pendirian politik yang berbeza bukan alasan untuk kita saling membenci dan bermusuhan hingga meleraikan ikatan siturrahim sepanjang Bulan Ramadhan”. Kami ingin tawarkan perkhidmatan yang lebih baik tanpa mengira bangsa dan agama demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat. Ini adalah kerana Pakatan Rakyat sentiasa ingin menjiwai denyut nadi rakyat dan membantu insan yang memerlukan bantuan walau di mana mereka berada” Kata Cikgu Mala.


Beliau juga yang merupakan Penyelia Pusat Aduan Rakyat DUN Pemanis berkata, PAR DUN Pemanis akan mengedarkan barang keperluan dapur untuk seramai 80 buah keluarga yang kurang berkemampuan dan memerlukan sumbangan sempena menyambut Syawal yang menjelang pada tahun ini. Selain daripada menghulurkan sumbangan kewangan, PAR DUN Pemanis bertekad akan terus melaksanakan program kebajikan untuk fasa seterusnya secara berperingkat sehingga ke penghujung Ramadhan tahun ini.


Kami ingin tawarkan perkhidmatan yang lebih baik tanpa mengira bangsa dan agama demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat. Ini adalah kerana Pakatan Rakyat sentiasa ingin menjiwai denyut nadi rakyat dan membantu insan yang memerlukan bantuan walau di mana mereka berada” Kata Cikgu Mala.


Read more...

Cikgu Mala Santuni Pengunjung Bazar Ramadhan


Cikgu Mala Menyantuni Pengunjung Bazar Ramadhan 
Gambar 1 : Cikgu Mala bersalaman dan mengucapkan Selamat Berpuasa serta bertanya khabar kepada penjual di Bazar Ramadhan Segamat. 

1. Cikgu Mala bersalaman dan mengucapkan Selamat Berpuasa serta bertanya khabar kepada penjual di Bazar Ramadhan Segamat. 
Gambar 2 : Cikgu Mala bersama Cikgu Natrah berjalan di sepanjang gerai untuk menyantuni rakyat. 
2. Cikgu Mala bersama Cikgu Natrah berjalan di sepanjang gerai untuk menyantuni rakyat. 
Gambar 3 : Selain bertanya khabar, edaran risalah diberi untuk informasi pengunjung. 
Selain bertanya khabar, edaran risalah diberi untuk informasi pengunjung.  
Gambar 4 : Ramadhan bukan penghalang untuk menjiwai denyut nadi rakyat walau di mana mereka berada. 
Ramadhan bukan penghalang untuk menjiwai denyut nadi rakyat walau di mana mereka berada.  
Gambar 5 : Senyuman manis pengukuh silaturrahim. 

Read more...

Lensa Semarak Kasih Ramadhan 2012



Berjalan menuju ke rumah warga DUN Pemanis. Bulan Ramadhan bukanlah alasan untuk kami berhenti dari melaksanakan program kebajikan .

.   
Saya (bertudung hijau) bersama Yb Zailah (bertudung coklat),Hjh Atiah (bertudung cream) mengabadikan kenangan bersama Unit Amal &Kepimpinan DMPNJ sempena Program Semarak Kasih Ramadhan 2012 .
Menyantuni pasangan suami isteri  di Kg Tengah Segamat yang memiliki rumah yang cukup dhaif, mengambil upah bekerja di ladang tebu dan menghantar anaknya dengan berbasikal ke sekolah pukul 6 pagi.Mereka cukup gembira dengan kunjungan kami.

 .Berjalan untuk misi menyantuni rakyat. Ramadhan bukan penghalang untuk melaksanakan program kebajikan.
YB Zailah menghadiahi seorang warga emas yang sakit sebuah buku yang cukup menarik untuk dibaca bertajuk 'Tundukkan Hati',karya Mursyidul Am PAS . .



Read more...



"Bulan Ramadhan meninggalkan pengalaman yang cukup menginsafkan untuk kita muhasabah diri apabila menziarahi golongan yang kurang berkemampuan ,warga emas dan fakir miskin sambil menghulur sumbangan. Tanpa disedari , adakalanya kehidupan diri kita ini masih jauh lebih bertuah jika dibandingkan dengan ujian yang diterima oleh golongan yang kurang berkemampuan dan ibu tunggal serta anak yatim di dalam Bulan Ramadhan.Dalam keadaan hampir seminggu Aidilfitri kian menjelang, sudah pasti mereka berasa sedih kerana akan menyambut AidilFitri dalam keadaan serba kekurangan dan tidak berkemampuan untuk melengkapkan persiapan keluarga dan anak- anak". Demikian kata Cikgu Mala, Penyelia Pusat Aduan Rakyat Dun Pemanis, Parlimen Sekijang Johor baru- baru ini.
           Menyedari hal itulah, maka Pas Kawasan Sekijang dengan kerjasama Dewan Muslimat Pas Negeri Johor telah mengadakan 'Program Semarak Kasih Ramadhan 2012' ke DUN Pemanis untuk menyantuni rakyat . Program yang dikhususkan untuk menyantuni rakyat itu diserikan lagi dengan kehadiran YB Hjh Siti Zailah Bt. Muhd. Yusuf,Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat merangkap Ahli Parlimen Rantau Panjang, Kelantan Darul Naim. Bersama Skuad Prihatin Pusat Aduan Rakyat DUN Pemanis, mereka mengunjungi rumah kediaman rakyat yang dhaif dan kurang berkemampuan , menziarahi warga emas yang sakit serta meninjau kehidupan rakyat. Atas dasar keprihatinan yang tinggi juga,PAR DUN Pemanis menghulurkan sumbangan berupa beras dan barang keperluan dapur dan sumbangan kewangan untuk meringankan beban mereka.

          "Semoga ketibaan AidilFitri kali ini akan memberi seribu makna dan membawa kegembiraan dalam hidup mereka  walaupun berada dalam keadaan yang kurang berkemampuan. Ujian yang menimpa kita adalah dugaan hidup yang perlu dihadapi dengan tabah dan sabar , kerana itu tandanya ALLAH SWT mengasihi hambaNYA yang redha dengan ujian,qada' dan qadar ALLAH SWT..Menginsafi situasi inilah, maka kami turun untuk menyantuni rakyat dan menyelami denyut nadi kesusahan mereka agar dapat meringankan beban yang mereka hadapi" Kata Cikgu Mala lagi.

         Dengan memilih lokasi  Kg. Gubah, Kg.Tengah dan Kg. Tungku Tiga, kehadiran YB Zailah Cikgu Mala dan Skuad Prihatin Pusat Aduan Rakyat DUN Pemanis menimbulkan rasa terharu sehingga ada yang menitiskan airmata. Rasa sebak menyelubungi suasana di Kg. Gubah ketika YB Zailah dan Cikgu Mala menziarahi warga emas yang telah terlantar sakit hampir 7 bulan.Pn.Normah Bt. Muhammad,70 tahun yang menghidap sakit stroke dan  memerlukan pampers serta hanya minum susu melalui tiub salur getah sebagai makanan hariannya .Bukan sekadar menziarahi warga emas, mereka juga meninjau permasalahan rumah rakyat yang agak dhaif di Kg Tungku Tiga  dengan menghulurkan sumbangan selain bertanya khabar dan menasihati agar tabah menempuh ujian.

         "Sumbangan yang diberi walaupun tidak dapat menampung sepenuhnya keperluan hidup mereka ,sekurang- kurangnya dapat menggembirakan hati mereka yang berpuasa dan menghiburkan hati insan yang kurang berkemampuan. Lebih - lebih lagi, bagi warga emas yang diziarahi, sudah pasti terasa diri mereka dihargai selain dapat menimbulkan keinsafan dalam diri kami sendiri." Tegasnya lagi dengan penuh harapan.

          "Kami sentiasa bertekad untuk menjuarai isu kebajikan rakyat tanpa mengira perbezaan idealogi politik,bangsa dan agama di kalangan rakyat di DUN Pemanis ini kerana inilah ajaran Islam kepada ummatnya .Kami percaya ,keikhlasan yang lahir dari hati, akan jatuh ke hati mereka Insya- Allah..kami akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat sekiranya diberi mandat dalam PRU 13 nanti" Kata Cikgu Mala dengan penuh optimis.   

Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP