JOM BERSAMA SAYA KE HIMPUNAN BERSIH 2

>> Thursday, June 23, 2011

Read more...

IZINKAN SAYA MERIAHKAN PROSES PEMILIHAN MUKTAMAR KALI INI

>> Thursday, May 26, 2011


Salam ukhuwwah dan dalam perjuangan..

Muktamar PAS Kali ke 57 tahun ini bakal melakar buat diri saya....Sepanjang usia kedewasaan ini dan dalam menongkah arus perjuangan, kali inilah saya dicalonkan ke peringkat tertinggi kepimpinan parti. Suatu penghormatan buat negeri Johor khususnya muslimat.Selaku mantan calon PRK DUN Tenang dalam siri pilihanraya kecil kali ke 14, 'aura Cikgu Mala' sentiasa membara dalam diri. Lebih- lebih lagi, momentum kebangkitan perjuangan itu sentiasa dipaparkan di banner ketika saya memenuhi undangan berceramah di serata negeri. Istilah ' Ikon Baru Pas' yang dipaparkan di banner ceramah juga semakin menguatkan azam saya untuk terus berbakti kepada parti selagi diri ini diperlukan. Terasa kerdilnya diri ini, dan penuh dengan segala kelemahan dan kekurangan diri..tetapi, kalaulah 'aura' dan 'semangat' itu diperlukan, hanya kesyukuran ke hadrat Allah swt sahajalah mampu saya lafazkan..

Agak lama juga saya mengambil keputusan untuk memberikan jawapan terhadap pencalonan tersebut. Hinggalah pada hari ini, 26 Mei 2011 saya akhirnya membuat keputusan nekad tanpa mahu menoleh ke belakang. Perjalanan perjuangan ini perlu diteruskan jua.Antara sebab saya membuat keputusan ini ialah :

1. Pencalonan ini merupakan suatu pengiktirafan tertinggi sepanjang PAS menongkah arus perjuangan khususnya bagi srikandipejuang muslimat di Negeri Johor yang perlu dihargai.Kalah atau menang bukan persoalan, tetapi menghargai mereka dengan memberi peluang seluasnya untuk mereka membuat pilihan menjadi keutamaan saya.

2. Saya yang sentiasa beriltizam untuk ' menginfakkan diri 'dan ingin ' mewakafkan diri ' dalam perjuangan pastinya tidak mudah untuk 'menarik diri' sebelum waktunya kerana berhasrat untuk melihat bagaimana corak kepimpinan yang dimahukan oleh perwakilan seantero Malaysia.Terpulanglah bagi mereka untuk meletakkan di mana posisi untuk saya memberikan sumbangan kepada parti.

3. Saya tidak mahu 'menyekat' hak perwakilan untuk memilih dan 'menafikan' hasrat kawasan yang mencalonkan diri saya.Sebab itulah, saya tidak mahu menarik diri dari sebarang jawatan yang dicalonkan..Itu tanda saya menghormati peluang yang ada pada mereka..

4. 'Menarik diri' sebelum tibanya waktu pemilihan seakan ' membunuh semangat' dan aura 'Cikgu Mala' yang ada dalam diri saya. jadi, bagaimanakah saya mahu meniupkan obor semangat dan momentum perjuangan khususnya dalam diri muslimat di seluruh tanah air jika diri saya sendiri sudah hilang semangat itu?

5.Tanpa menafikan wibawa calon yang lain, saya ingin meriahkan Muktamar PAS kali ini sempena hari Ulangtahun Kelahiran yang ke 38 pada 6 Jun akan datang iaitu, sehari selepas Muktamar Kali ke 57 berlangsung.Semua ini pasti meninggalkan kenangan manis buat saya..

6. Muktamar Dewan Muslimat ialah pada 2 Jun 2011. Manakala Muktamar PAS Kali ke 57 ialah pada 3-5 Jun 2011. Jadi pada 6 Jun 2011 yang merupakan hari Ulangtahun kelahiran saya akan di raikan bersama obor yang membara dan momentum perjuangan yang sepulangnya diri ini selepas menjadi perwakilan muktamar.

7. Apa pun, kalah atau menang dalam pemilihan ini bukanlah persoalan. Apa yang penting hasrat 'Fastabiqul Khairat' iaitu berlumba- lumba membuat kebajikan dalam apa jua situasi. Pengalaman semasa PRK DUN Tenang terlalu mahal dan cukup bermakna.Segala persiapan fizikal dan mental juga jiwa yang 'pasrah' atas apa jua ketentuan Illahi mengajar saya agar meletakkan 'pergantungan' kepada Allah swt dalam menghadapi serangan peribadi dalam pilihanraya kecil pada Januari yang lalu .Jadi, kini saya juga redha atas apa jua ketentuan Illahi..

Setelah saya menerima pandangan suami, Dato' Pesuruhjaya Pas Negeri Johor,Harian Muslimat Negeri di samping mengambil kira pandangan pimpinan Dewan Ulamak Negeri Johor dan beberapa pandangan Harian Perhubungan Negeri Johor Maka , saya ingin meriahkan proses pemilihan muktamar tahun ini.

Semoga niat suci untuk terus berjuang membawa obor perjuangan yang suci ada nilaianNYA di sisi Allah swt...Amin Ya Allah..

Read more...

HIMPUNAN WARGA FELDA PAHANG 2011



Read more...

SELAMAT HARI GURU 2011

>> Wednesday, May 18, 2011

Read more...

PERUTUSAN HARI GURU 2011 DARIPADA LAJNAH PENDIDIKAN DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT

>> Monday, May 16, 2011

BANGKIT GURU UNTUK RAKYAT


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Perjuangan...



Saban tahun, detik bersejarah tanggal 16 Mei merupakan tarikh istimewa yang cukup bermakna bagi insan bergelar ’guru’. Hampir 360,000 golongan pendidik akan diraikan sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini. Selaku Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat, saya ingin mengucapkan ’Selamat Menyambut Hari Guru’ kepada semua barisan pendidik yang telah mencurahkan bakti bagi menggalas tanggungjawab dan amanah dalam memacu halatuju pendidikan negara.

Sesungguhnya, cabaran sistem pendidikan semasa dan gejala sosial yang kian meruncing di kalangan pelajar memerlukan kesediaan pemantapan rohani yang kuat dan kesabaran yang tinggi di kalangan pendidik. Perjuangan para guru dalam merealisasikan pendidik berjiwa rabbani amat penting demi kelangsungan generasi masa hadapan. Saya juga ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan barisan pendidik dari peringkat awal pendidikan kanak- kanak hinggalah ke peringkat IPT. Sudah pasti penghargaan ini ditujukan khususnya kepada golongan wanita yang bergelar ’muslimat’ dan mendominasi bidang pendidikan negara dalam memacu halatuju modal insan agar lahir generasi yang seimbang dan berbahagia di dunia dan akhirat.


Sesungguhnya, amat disedari bahawa golongan wanita yang bergelar ’muslimat ’ merupakan insan yang cukup istimewa. Mereka dianugerahi ’sifat keibuan’ yang penuh kelembutan dan kasih sayang melebihi kaum lelaki. Justeru, profesion perguruan amat sesuai dan cukup sinonim dengan golongan bergelar wanita. Kitalah ibu, kitalah isteri, kitalah pekerja, kitalah pendidik, kitalah pendakwah, kitalah pemimpin dan kitalah juga penggerak dalam parti dan masyarakat. Di tangan kitalah, tergalas amanah dan tanggungjawab untuk mendidik pelajar yang suatu ketika nanti akan berada di gelanggang masyarakat.



Dewasa ini, gejala sosial yang sedang melanda sangat membimbangkan dan kian membarah dalam masyarakat. Kes jenayah, zina, isu buang bayi, sumbang mahram, kelahiran bayi luar nikah, jenayah ragut, kes bunuh dan bermacam-macam lagi sangat mendukacitakan. Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat melihat seolah- olah suatu keruntuhan nilai yang amat dahsyat sedang berlaku mutaakhir ini. Apalah gunanya negara memiliki bangunan pencakar langit dan menjulang tinggi tetapi dalam masa yang sama jati diri generasi pewaris masa hadapan bergelar ’pelajar’ yang disandarkan segala harapan untuk menerajui kepimpinan negara kian rapuh ditelan zaman. Justeru, hanya Islam yang syumul sebagai wadah penyelesaian terbaik dalam menangani isu pendidikan negara yang semakin meruncing.




Firman Allah yang bermaksud: “Dan sesiapa yang mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang”.(Al-Maidah: ayat 56)



Nasib dan kebajikan para guru juga kian diabaikan dan tiada pembelaan. Dalam masa yang sama, mereka berdepan dengan tekanan dari pelbagai sudut untuk terus mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Apa yang paling menyedihkan, hanya kepada para guru seolah- olah dibebankan segala tanggungjawab ini. Sebahagian pihak berperanan sebagai ’pembina’ malangnya sebahagian pihak pula menjadi ’peruntuh’ masa depan. Manakala peranan pihak kerajaan, media bercetak dan media elektronik selain institusi kekeluargaan seolah-olah semakin dikesampingkan. Sedangkan mereka juga berperanan mendidik masyarakat bagi melahirkan insan berjiwa rabbani. Bukankah tanggungjawab mendidik masyarakat mesti digalas secara kolektif dan bersepadu?



Justeru, penghargaan dan pengiktirafan daripada masyarakat melalui kad ucapan, menaikkan banner atau majlis perayaan kepada golongan pendidik amat penting untuk membangkitkan momentum perjuangan ke arah ’mendidik masyarakat’ demi mencari keredhaan llahi.



Tema yang dipilih di peringkat Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat pada tahun ini ialah ’Bangkit Guru Untuk Rakyat’.. Tema ini dipilih berdasarkan hasrat, visi dan misi Lajnah Pendidikan DMPP untuk melahirkan generasi yang seimbang dari aspek spiritual, intelektual, emosi dan fizikal melalui sistem pendidikan yang bersifat holistik dan global.Jika, pada tahun lepas, Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS telah memilih tema yang bertajuk “Guru Pencetus Transformasi Modal Insan”.Maka, tema yang dipilih pada tahun 2011 ini merupakan kesinambungan rantaian usaha untuk menyeru para pendidik terus ikhlas, sabar dan tabah dalam profesionalisme keguruan dan terus membela rakyat Malaysia menerusi bidang pendidikan iaitu dengan tema “ Bangkit Guru Untuk Rakyat .” Di tangan para gurulah, terletaknya peranan untuk melahirkan pelajar yang memiliki sahsiah unggul dan berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa bersumberkan sistem ’Pendidikan Rabbani”.




Tentunya, ’kebangkitan semangat guru untuk terus membela rakyat ‘ yang diperjuangkan oleh para guru di seluruh Malaysia bakal melahirkan modal insan yang berbahagia hidup di dunia dan di akhirat.


Memang tidak dapat dinafikan, dalam kegembiraan meraikan Hari Guru yang cukup bermakna ini, para guru berdepan dengan kebajikan yang diabaikan dan hak guru yang semakin dinafikan. Atas nama ’dasar penjimatan ’ golongan guru pada tahun ini sering dinafikan dari segi tuntutan perjalanan semasa berkursus dan aktiviti pendidikan yang dikurangkan.Pendedahan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan(KPPK) mengenai tuntutan elaun guru yang berkursus dan masih belum lagi dibayar sejak Mac 2011 menimbulkan tanda tanya.Begitu juga dengan statistik lambakan guru Sains dan Matematik seramai 26,000 akibat kegagalan dalam membuat unjuran keperluan guru semakin menjadi persoalan.Dalam masa yang sama, mereka berdepan dengan dasar-dasar pendidikan yang bercelaru. Umpamanya kesan yang kini dirasai berikutan dasar PPSMI 6 tahun dahulu yang membazirkan duit rakyat serta meminggirkan pelajar luar bandar.


Ura-ura dasar PPSMI yang akan dimansuhkan menjelang 2011 seolah-olah hanyalah ’gula- gula’ yang diumpan kepada anak-anak kecil walhal pada hakikatnya pemansuhan secara berperingkat dengan alasan ’soft landing’ memakan masa yang lama. Persoalannnya, bagaimana pula dengan mudah RM100 juta dibazirkan untuk Program Permata Negara dan puluhan ribu dicurahkan kepada hanya 20 buah sekolah berprestasi tinggi? Pelbagai projek kononya atas nama dan slogan ’pendidikan anak bangsa dilaburkan dengan begitu mudah, tetapi dalam masa yang sama meminggirkan kebajikan kaum guru adalah sangat dikesali.



Terkini, isu pertukaran guru yang menjadi mangsa kezaliman UMNO Barisan Nasional tanpa sebab dan alasan menjadi pertikaian. Sebenarnya sudah sekian lama guru – guru yang dianggap cenderung kepada Pakatan Rakyat ditukar hanya kerana ‘dendam politik’ UMNO Barisan Nasional.Demi mengekalkan survival politik UMNO Barisan Nasional, mereka sanggup mengadai prinsip perjuangan mereka dan melakukan kezaliman untuk melemahkan daya juang penyokong Pas dan Pakatan Rakyat agar untuk memisahkan guru- guru ini dengan anak dan keluarganya.


Baru- baru ini, suami mantan Calon PRK DUN Tenang ,Pn. Normala Bt. Sudirman iaitu En. Maarof Bin Abd. Mutalib. telah ditukarkan ke SMK Tanjung Pengelih , Pengerang Kota Tinggi.Isu pertukaran ini , merupakan ‘pembongkaran isu’ yang telah sekian lama ‘membarah’ di Malaysia di mana para guru ditukarkan di Sabah ,Sarawak dan di pendalaman hanya semata- mata untuk memberi tekanan politik kepada ahli penggerak PAS khususnya. Spekulasi akhbar yang melakukan pembohongan agar masyarakat Malaysia percaya sebab pertukaran tersebut, hanyalah ‘retorik politik ‘ semata- mata. Kita percaya, mana- mana guru yang dizalimi akan mendapat pembelaan . .Doa insan yang difitnah dan dizalimi tiada hijab di sisi Allah swt.


Oleh itu, bangkitlah para guru demi perjuangan mendidik dan membela rakyat disamping menjaga kebajikan para guru. Jangan biarkan kita ditindas dan dizalimi hanya kerana dendam politik mereka.Para guru memiliki minda dan jiwa yang merdeka dan isu pertukaran guru dan kebajikan guru yang terabai merupakan ‘penghinaan’ kepada golongan pendidik di seluruh Malaysia.Bangkitlah para guru untuk membela rakyat!


Sesungguhnya, guru adalah ’agen’ perubahan masyarakat. Gurulah insan yang suatu ketika dahulu berada di barisan hadapan dalam meniupkan kesedaran untuk mencapai ’kemerdekaan’ tanah air. Gurulah yang membentuk ’jiwa dan minda merdeka’ dari segala belenggu pemikiran negatif di kalangan masyarakat suatu ketika dahulu. Justeru, saya ingin menyeru kepada barisan pendidik di seluruh negara agar ’berani’ membuat anjakan paradigma demi melihat perubahan iklim pentadbiran negara agar masa depan pelajar yang bakal menjadi pewaris kepimpinan negara tidak diperjudikan dengan sewenang-wenangnya. Bangkitlah wahai para guru dalam mempertahankan hak dan kebajikan yang kian diabaikan. Beranilah menyuarakan pendapat melalui ’lisan dan mata pena’ demi melihat kelangsungan masa depan anak bangsa menjadi lebih terarah dan memiliki halatuju yang jelas. Mantapkanlah jati diri selaku pendidik dari aspek pembangunan rohani dan pemantapan spiritual demi menghadapi cabaran pendidikan semasa dalam era globalisasi.




Sekali lagi, saya mewakili Lajnah Pendidikan DMPP ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru tahun 2010 kepada:


1. Guru-guru yang bertugas di institusi pendidikan yang dimiliki oleh ahli-ahli PAS

2. Guru-guru yang bertugas di institusi pendidikan yang dimiliki oleh NGO Islam

3. Guru-guru yang bertugas di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia

4. Guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti)


5. Guru-guru/pensyarah/pegawai yang bertugas di Institusi Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

6. Pesara atau bekas guru yang pernah berkhidmat dalam bidang pendidikan.

Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Guru dengan tema ’Bangkit Guru Untuk Rakyat”.


Daripada :

Normala Bt. Sudirman


Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat Pas Pusat

Read more...

KENYATAAN KETUA PENERANGAN PAS PUSAT BERKAITAN ISU PERTUKARAN CIKGU MAAROF KE SMK TANJUNG PENGELIH, KOTA TINGGI,JOHOR.

>> Thursday, April 28, 2011

Buru Guru Sokong Pembangkang, Kebajikan Guru Terabai.


Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad
FRIDAY, 22 APRIL 2011 11:18


Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal terhadap sikap Kementerian Pelajaran dibawah kendalian Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Dr Fuad Zarkashi yang sibuk memburu guru-guru yang terlibat dengan pembangkang sebaliknya mengabaikan kebajikan guru-guru di sekolah.



Terkini tindakan pertukaran Cikgu Maaruf Mutalib daripada Sekolah Menengah Tenang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pengelih Pengerang Kota Tinggi, adalah satu contoh "politik babarian" yang diulang semula di Kementerian Pelajaran. Pertukaran kerana surat cuti sakit Cikgu Maaruf semasa pilihanraya kecil Tenang. Persoalannya surat sakit yang dikemukakan ialah daripada doktor hospital kerajaan, bukan daripada dukun.



Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin dan Dr Fuad kena turun ke padang melihat sendiri kebajikan guru-guru yang dibebankan dengan berbagai tugas. Pendedahan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengenai tuntutan perjalanan yang dibuat oleh guru-guru di yang pergi kursus anjuran Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah sejak bulan Mac 2010 masih tidak dapat. Begitu juga lambakan guru Sains dan Metematik seramai 26,000 satu lagi ukuran gagal Tan Sri Muhyiddin dan Dr Fuad Zarkashi untuk membuat unjuran keperluan guru-guru di sekolah-sekolah. Akhirnya guru ini terpaksa mengajar mata pelajaran lain daripada pengkhususannya. Apabila keadaan ini berlaku yang menjadi mangsanya ialah murid-murid.



Sedangkan Tan Sri Muhyiddin begitu lantang mengkritik tawaran Pakatan Rakyat kepada guru-guru, imbuhan bulanan RM500.00, sehingga menuduh negara akan hancur dan bankrap. Nampaknya sekarang siapa yang bangkrap? Sehingga peruntukan untuk Kementerian beliau tidak cukup.
Jika inilah watak menteri yang menguruskan kilang yang melahirkan modal insan maka negara akan hancur kerana meritnya bukan kebolehan tetapi ketaksuban kepada Umno. Kenapa Pengarah Pendidikan Johor Tuan Haji Markom Giran tidak diambil tindakan kerana berkempen kepada guru-guru ketika pilihanraya kecil Tenang.



Akhirnya kita ingin mengingatkan kepada Tan Sri Muhyiddin janganlah kamu melakukan kezaliman, kerana doa orang yang zalim tidak ada hijab dengan Allah. Ingatlah bahawa kamu ada anak isteri dan keluarga, kalau kamu tidak suka dizalimi, cikgu Maaruf dan Cikgu Normala juga tidak suka dizalimi. Peringatan khas untuk Datuk Fuad Zarkashi mengenai kata-kata Assyahid Syed Qutb buku yang dibaca sewaktu bersama PAS dahulu" Kezaliman walaupun nampak kuat, ia tidak kekal, Sedangkan kebenaran walaupun nampak lemah, ia akan menang"



Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat


Read more...

KENYATAAN KETUA DMPP BERHUBUNG ISU PERTUKARAN CIKGU MAAROF BIN ABD. MUTALIB

SIKAP UMNO SEJAK DULU, TAK DAPAT TANDUK

TELINGA DIPULAS!



Pada minggu lepas, Cikgu Maarof bin Abdul Mutalib, seorang guru di SMK Tenang Stesen, Segamat, Johor telah mendapat surat arahan tukar ke SMK Tanjung Pengelih, Pengerang, Kota Tinggi, Johor. Surat arahan daripada Pengarah Pelajaran Johor, Haji Markom bin Giran itu bertarikh pada 28 Mac 2011 di terima oleh Guru Besar SMK Tenang Stesen pada 19 April, sedangkan arahan tukar itu berkuatkuasa pada 16 April.


Tidak pula dinyatakan sebab apa arahan perpindahan itu dilakukan, tetapi umum mengetahui bahawa Cikgu Maarof adalah suami calon PAS pada PRK DUN Tenang yang lalu, Normala binti Sudirman atau Cikgu Mala. Tidak juga diketahui bahawa SMK Tanjung Pengelih ada terdapat kekurangan guru. Kita juga tahu bahawa Cikgu Maarof mendapat cuti sakit yang sah daripada sebuah Klinik Kerajaan semasa kempen PRK Tenang yang lalu.

Apakah sebenarnya motif Jabatan Pelajaran Johor bertindak sedemikian? Jika atas dasar tindakan disiplin kerana Cikgu Maarof dikatakan telah berkempen untuk isterinya, kenapa tindakan disiplin yang sama tidak diambil terhadap Haji Markom bin Giran kerana jelas beliau juga menyokong dan berkempen untuk calon UMNO kepada guru-guru seperti yang tertera pada video U-tube di internet. Malah PAS telah menghantar notis bantahan kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya.


Tindakan “double standard” ini jelaslah bermotifkan politik balas dendam seperti kata pepatah – tak dapat tanduk telinga dipulas. Tindakan ini sebenarnya ditujukan untuk Cikgu Mala. Tindakan ini juga boleh ditafsirkan sebagai tindakan amaran kepada semua guru-guru supaya tidak terlibat dan menyokong parti-parti pembangkang. UMNO sebenarnya sangat bimbang dengan tawaran imbuhan RM500 yang akan diberi oleh Pakatan Rakyat, seperti yang tertera di dalam Buku Jingga.

DMPP tidak terkejut dengan tindakan tidak bertamadun ini. Tindakan yang kuat dipengaruhi UMNO ini bukan satu kes baru dan terasing. Malah telah menjadi lumrah kepada para penyokong PAS dari kalangan guru-guru sejak dulu lagi. Lebih dahsyat lagi ada beberapa penyokong PAS yang telah ditukarkan ke Sabah dan Sarawak semata-mata di atas inisiatif mereka terlibat dengan PAS.


Sesungguhnya telah menjadi pengetahuan umum bahawa ramai para guru yang terlibat dengan UMNO di peringkat Bahagian dan Negeri. Bahkan terdapat mereka yang memegang jawatan-jawatan penting dalam UMNO duduk dengan selesa. Mereka juga tidak pernah termimpi akan diambil tindakan disiplin. Anehnya UMNO menabik dada bahawa mereka adalah sebuah parti yang sentiasa membela rakyat. Sedangkan tindakan penganiyaan terhadap guru-guru tersebut dicemuh oleh semua yang mempunyai pemikiran yang waras.

DMPP amat kesal dengan tindakan UMNO yang tidak demokratik ini. DMPP juga mendesak agar tindakan ini ditarik balik. Adalah satu tindakan yang mulia untuk berpatah balik jika kita tersilap melakukan sesuatu tindakan. Sebagai warga Malaysia yang merdeka kita mempunyai hak-hak kebebasan untuk menyokong mana-mana parti politik. Hak-hak ini dijamin oleh Perlembagaan. Tindakan penganiyaan ini tidak direstui oleh rakyat dan lambat laun rakyat yang sedar akan menghukum UMNO dengan menolak mereka di dalam PRU akan datang.

Petikan kenyataan:: Ustazah Nuridah Bt. Mohd. Salleh

Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat

(Rabu 27 April 2011)

Read more...

ISU PERTUKARAN CIKGU MAAROF BIN ABD. MUTALIB KE SMK TANJUNG PENGELIH, KOTA TINGGI,JOHOR

>> Sunday, April 24, 2011

Pada 17 April 2011, akhbar Sinar, Mingguan Malaysia dan Berita Minggu dan akhbar lain memaparkan isu pertukaran suami mantan calon PRK DUN Tenang ke SMK Tanjung Pengelih ,Kota Tinggi,Pengerang Johor. Datuk Puad Zarkashi ,Timbalan Menteri Pelajaran telah membuat liputan kononnya sebab berkempen di DUN Tenang dan menyalahgunakan cuti sakit. Alasan itulah, kononnya menyebabkan beliau ditukarkan jauh 275 km ke Selatan Tanah air iaitu Tanjung Pengelih. Sekolah itu berdekatan dengan pantai yang boleh nampak Singapura dan memiliki jumlah pelajar sekolah menengah iaitu 125 orang pelajar.Guru 17 orang, dan tandas lebih banyak dari murid iaitu 135 buah tandas....Apa rasionalnya menukarkan guru begitu jauh ?Atas keperluan pendidikan atau tekanan politik?

Sedangkan di daerah Segamat dan sekolah SMK Tenang Stesen Segamat berlaku kekurangan guru terutama dari opsyen Pengajian Melayu .Surat arahan pertukaran itu tidak menyatakan sebab mengapa beliau ditukarkan seperti yang diwar- warkan di akhbar, media elektronik dan media bercetak. Persoalannya,Puad Zarkashi menyatakan kononnya ditukarkan bermula 1 April tetapi mengapa surat baru sahaja diterima 19 April 2011?. Tn. Hj. Markom Bin Giran ,Pengarah Pelajaran pada waktu itu menandan tangani surat pertukaran itu ,dan kini ketika surat itu dikeluarkan ..beliau telah bersara. Ini cubaan kali ke 2, untuk menukarkan suami mantan calon PRK DUN Tenang . Apakah tindakan ini tidak zalim namanya?
Kalau atas disabitkan isu berkempen, bagaimana tindakan Pengarah Pelajaran yang berkempen di DUN Tenang sepanjang Pilihanraya Kecil secara terang- terangan?Salahkah suami menemani isteri terutama pada waktu malam dalam keadaan provokosi BLOGGER UPAHAN UMNO terlalu melampau?.
Tindakan ini sebenarnya atas dasar dan unsur politik kepartian .Mengapa setelah PRK DUN Tenang telah lama berlalu, PRK Merlimau dan Kerdau pun dah lama selesai.Keputusan PRU Sarawak telah diistiyharkan , mengapa keesokan harinya pula iaitu pada 17 April ,semua akhbar milik mereka membuat liputan kepada suami bekas calon DUN Tenang??
Kronologi ceritanya begini :
Laporan perubatan doktor jelas membuktikan mengapa surat cuti dari hospital kerajaan diberikan...Atas nasihat doktor pada waktu itu, 'terapi' yang paling baik adalah melakukan aktiviti yang mengembirakan dan jangan berada dalam 'keadaan kemurungan' dan jangan berada dalam 'situasi bersendirian'. Puncanya, kerana pada awal sesi persekolahan 2011 suami mahu ditukarkan 24 jam ke sekolah Taman Daya, Johor Bahru tanpa sebarang sebab dan alasan.Sedangkan dalam rekod perkhidmatan , suami tidak pernah ada rekod tatatertib,menerima anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2007 dan banyak memberi sumbangan dalam mengharumkan nama sekolah dan daerah serta negeri Johor dalam pertandingan Hoki termasuk terlibat menjayakan sukan PSKPP .Suami juga tidak pernah mengambil cuti sakit sepanjang 14 tahun berkhidmat kecuali benar- benar tidak boleh bangun apabila demam dan sebagainya. Sudah pastilah,kesan pertukaran pada awal tahun itu meninggalkan kesan yang mendalam di hati suami apabila Pengarah Pelajaran sendiri datang ke sekolah dan memberikan surat secara 'by hand' kepada pengetua sekolah. Sudah pastinya sebab pertukaran itu kerana 'demam' pilihanraya kecil ' walaupun pada awal sesi persekolahan itu nama calon belum dimuktamadkan lagi. Barangkali spekulasi nama calon yang disenarai pendek itulah yang menjadi ukuran..
Jadi, atas tanggungjawab sebagai seorang suami, beliau pada waktu itu memilih untuk sesekali mengiringi isteri ke acara atau program bertemu pengundi .Bukannya beliau berceramah di atas pentas atau berkempen..Terutama apabila isu bersalaman di sensasikan dan provokasi UMNO yang mengupah seseorang meluru terus ke hadapan saya kononnya untuk bersalaman dan banyak lagi serangan jahat UMNO Barisan Nasional pada waktu itu. Tetapi isu itu telah disensasikan sedangkan tindakan penyalahgunaan kuasa Pengarah Pelajaran berkempen di PRK DUN Tenang dan menukarkan guru ke sana sini dikesampingkan.Di manakah keadilan????
Dan kini , beliau mahu ditukarkan buat kali ke dua dengan alasan 'politik murahan UMNO Barisan Nasional'.Apakah golongan guru di seluruh Malaysia akan percaya?Apakah dengan cara ini dirasakan akan 'menakutkan' guru-guru di seluruh Malaysia?Percayalah, ini akan menambahkan lagi 'kebencian' para guru seantero Malaysia.Saat kejatuhan UMNO Barisan Nasional akan hampir..Tunggulah pembalasan atas kezaliman ini....
PAS Pusat dan Pas Johor berkemungkinan akan mengambil tindakan yang sewajarnya termasuk tindakan guaman dan laporan SPRM juga Himpunan Kebangkitan Guru- Guru Malaysia jika rayuan pertukaran ini tidak dipertimbangkan oleh Jabatan Pelajaran Johor . Yang paling penting ialah, persoalan mengapa surat cuti dan dokumen sulit seorang penjawat awam boleh keluar dengan begitu mudah dan dipaparkan di media elektronik dan media bercetak seterusnya dispekulasikan dengan taburan fitnah yang melampau...
Doa orang yang dizalimi tiada hijab di sisi Allah swt...Kezaliman ini akan berbalik kepada sesiapa yang bersekongkol untuk bersubahat terhadap insan yang mahu dizalimi. Telah lama guru - guru di seluruh Malaysia ini teraniaya ditukarkan di Sabah, Sarawak dan ulu pendalaman hanya untuk mengekalkan survival politik UMNO Barisan Nasional.
Percayalah..Jika inilah caranya yang dilakukan untuk menzalimi rakyat, UMNO akan tersungkur di Johor dalam PRU Ke 13 nanti...

Read more...

SELAMAT HARI LAHIR BUAT SUAMIKU

Selamat hari ulangtahun kelahiran buat Cikgu Maarof Bin Abd. Mutalib pada 20 April yang lalu. Semoga tabah mengharungi ujian dan tribulasi dalam perjuangan ini..Semoga berbahagia di dunia dan akhirat..Terima kasih atas dorongan dan semangat dan sumber inspirasi yang diberi.Moga kita terus istiqamah dalam perjuangan...
Aura suami amat dekat di hati isteri..Jiwa perjuangan isteri akan sentiasa membara jika suami sentiasa membakar obor semangat dan dayajuang seorang muslimat yang menjadi suri hidup di hati suami..
Malam Pengistiyharan Calon PRK DUN Tenang. Apakah DUN Tenang ini 'setenang' hati kami?

Read more...

KEMPEN CALON BERSAMA YB NURUL IZZAH DALAM PRK DUN TENANG

Dua ikon wanita muda penerus kelangsungan perjuangan berganding bahu semasa Kempen Calon untuk memenangkan PAS & Pakatan Rakyat dalam PRK di DUN Tenang.

Ya Allah..eratkan ukhuwwah antara kami..Moga cita- cita ke arah 'Pakatan Rakyat Menggantikan UMNO Barisan Nasional akan tercapai..Amin Ya Allah...


Read more...

KENANGAN INDAH BERSAMA DATO' BENTARA SETIA TN.GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Bersama Dato' Seri Bentara Setia Tn . Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.. Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan semasa PRK DUN Tenang.

Bersama Datin Sabariah..isteri Tuan Guru...Segalanya abadi dalam kenangan



Kenangan indah ini akan terpahat kekal di ingatan dan diari perjuangan..Syukur Ya Allah...





Read more...

FACEBOOK & BLOG CALON PRK DUN TENANG

Boleh dilayari http://cikgunormala.blogspot.com
facebook : Cikgu Mala
PRK 05 Tenang
PRK DUN Tenang
Normala Sudirman

Sebenarnya saya juga ada blog lama yang tak sempat di update...

http://srikandipejuang.blogspot.com

Read more...

NORMALA SUDIRMAN CALON PRK N 05 DUN TENANG

Antara gambar yang digunakan untuk PRK DUN Tenang.

Suasana di hari penamaan calon pada 22 Januari 2011



2 pasangan suami isteri menjadi tumpuan PAS vs UMNO




Antara suntikan motivasi yang dipaparkan di facebook.


Antara semangat juang yang dikongsikan kepada saya daripada rakan sefikrah ,sejamaah dan seperjuangan.



















Read more...

CALON PRK N 05 DUN TENANG

Salam ukhuwwah dan salam perjuangan buat peminat blog tanah air seantero Malaysia....Sekian lama , saya membiarkan blog ini sepi tanpa berita dan pastinya pengunjung blog menatapnya dengan penuh hampa..Sesungguhnya, keterbatasan waktu dan pelbagai rintangan membataskan segalanya..Tapi, hasrat untuk update blog ini tidak pernah kunjung padam. Alhamdulillah..,dengan keazaman yang tinggi saya dapat melakukannya dengan izin Allah swt..Saya kira, sudah pasti, semua sedia telah mengetahui bahawa PRK DUN Tenang telah berlangsung Januari yang lalu....Tidak pernah terduga, Allah swt telah mentakdirkan DUN Tenang menjadi 'medan jihad' untuk seluruh jentera seantero Malaysia berkumpul bagi memenangkan Pas dan Pakatan Rakyat.


Siapakah calonnnya?Saya kira..semua telah mengetahui...

Sayalah muslimat itu....

Subhanallah! Tidak pernah terduga dalam hidup ini ..begini rupanya laluan perjuangan seorang srikandi kerdil seperti saya yang penuh dengan kelamahan diri...

Suatu pengiktirafan pimpinan tertinggi PAS dan pimpinan Pakatan Rakyat untuk menggalas cabaran bagi menghadapi PRK N 05 Dun Tenang.

Siri pilihanraya kecil kali ke 14 yang telah mencatat suatu lembaran baru dalam persada politik tanah air..

NORMALA BT. SUDIRMAN, muslimat yang telah diamanahkan...

Sayalah srikandipejuang dan muslimat itu ....Apa pun , saya hanya mampu melafazkan kata - kata ...Syukur Ya Rabb atas pilihan yang ditakdirkan ini...
Semoga segala pengorbanan yang sekelumit ini ada nilaannya di sisi Mu..Amin Ya Allah...

Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP