ISU PERTUKARAN CIKGU MAAROF BIN ABD. MUTALIB KE SMK TANJUNG PENGELIH, KOTA TINGGI,JOHOR

>> Sunday, April 24, 2011

Pada 17 April 2011, akhbar Sinar, Mingguan Malaysia dan Berita Minggu dan akhbar lain memaparkan isu pertukaran suami mantan calon PRK DUN Tenang ke SMK Tanjung Pengelih ,Kota Tinggi,Pengerang Johor. Datuk Puad Zarkashi ,Timbalan Menteri Pelajaran telah membuat liputan kononnya sebab berkempen di DUN Tenang dan menyalahgunakan cuti sakit. Alasan itulah, kononnya menyebabkan beliau ditukarkan jauh 275 km ke Selatan Tanah air iaitu Tanjung Pengelih. Sekolah itu berdekatan dengan pantai yang boleh nampak Singapura dan memiliki jumlah pelajar sekolah menengah iaitu 125 orang pelajar.Guru 17 orang, dan tandas lebih banyak dari murid iaitu 135 buah tandas....Apa rasionalnya menukarkan guru begitu jauh ?Atas keperluan pendidikan atau tekanan politik?

Sedangkan di daerah Segamat dan sekolah SMK Tenang Stesen Segamat berlaku kekurangan guru terutama dari opsyen Pengajian Melayu .Surat arahan pertukaran itu tidak menyatakan sebab mengapa beliau ditukarkan seperti yang diwar- warkan di akhbar, media elektronik dan media bercetak. Persoalannya,Puad Zarkashi menyatakan kononnya ditukarkan bermula 1 April tetapi mengapa surat baru sahaja diterima 19 April 2011?. Tn. Hj. Markom Bin Giran ,Pengarah Pelajaran pada waktu itu menandan tangani surat pertukaran itu ,dan kini ketika surat itu dikeluarkan ..beliau telah bersara. Ini cubaan kali ke 2, untuk menukarkan suami mantan calon PRK DUN Tenang . Apakah tindakan ini tidak zalim namanya?
Kalau atas disabitkan isu berkempen, bagaimana tindakan Pengarah Pelajaran yang berkempen di DUN Tenang sepanjang Pilihanraya Kecil secara terang- terangan?Salahkah suami menemani isteri terutama pada waktu malam dalam keadaan provokosi BLOGGER UPAHAN UMNO terlalu melampau?.
Tindakan ini sebenarnya atas dasar dan unsur politik kepartian .Mengapa setelah PRK DUN Tenang telah lama berlalu, PRK Merlimau dan Kerdau pun dah lama selesai.Keputusan PRU Sarawak telah diistiyharkan , mengapa keesokan harinya pula iaitu pada 17 April ,semua akhbar milik mereka membuat liputan kepada suami bekas calon DUN Tenang??
Kronologi ceritanya begini :
Laporan perubatan doktor jelas membuktikan mengapa surat cuti dari hospital kerajaan diberikan...Atas nasihat doktor pada waktu itu, 'terapi' yang paling baik adalah melakukan aktiviti yang mengembirakan dan jangan berada dalam 'keadaan kemurungan' dan jangan berada dalam 'situasi bersendirian'. Puncanya, kerana pada awal sesi persekolahan 2011 suami mahu ditukarkan 24 jam ke sekolah Taman Daya, Johor Bahru tanpa sebarang sebab dan alasan.Sedangkan dalam rekod perkhidmatan , suami tidak pernah ada rekod tatatertib,menerima anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2007 dan banyak memberi sumbangan dalam mengharumkan nama sekolah dan daerah serta negeri Johor dalam pertandingan Hoki termasuk terlibat menjayakan sukan PSKPP .Suami juga tidak pernah mengambil cuti sakit sepanjang 14 tahun berkhidmat kecuali benar- benar tidak boleh bangun apabila demam dan sebagainya. Sudah pastilah,kesan pertukaran pada awal tahun itu meninggalkan kesan yang mendalam di hati suami apabila Pengarah Pelajaran sendiri datang ke sekolah dan memberikan surat secara 'by hand' kepada pengetua sekolah. Sudah pastinya sebab pertukaran itu kerana 'demam' pilihanraya kecil ' walaupun pada awal sesi persekolahan itu nama calon belum dimuktamadkan lagi. Barangkali spekulasi nama calon yang disenarai pendek itulah yang menjadi ukuran..
Jadi, atas tanggungjawab sebagai seorang suami, beliau pada waktu itu memilih untuk sesekali mengiringi isteri ke acara atau program bertemu pengundi .Bukannya beliau berceramah di atas pentas atau berkempen..Terutama apabila isu bersalaman di sensasikan dan provokasi UMNO yang mengupah seseorang meluru terus ke hadapan saya kononnya untuk bersalaman dan banyak lagi serangan jahat UMNO Barisan Nasional pada waktu itu. Tetapi isu itu telah disensasikan sedangkan tindakan penyalahgunaan kuasa Pengarah Pelajaran berkempen di PRK DUN Tenang dan menukarkan guru ke sana sini dikesampingkan.Di manakah keadilan????
Dan kini , beliau mahu ditukarkan buat kali ke dua dengan alasan 'politik murahan UMNO Barisan Nasional'.Apakah golongan guru di seluruh Malaysia akan percaya?Apakah dengan cara ini dirasakan akan 'menakutkan' guru-guru di seluruh Malaysia?Percayalah, ini akan menambahkan lagi 'kebencian' para guru seantero Malaysia.Saat kejatuhan UMNO Barisan Nasional akan hampir..Tunggulah pembalasan atas kezaliman ini....
PAS Pusat dan Pas Johor berkemungkinan akan mengambil tindakan yang sewajarnya termasuk tindakan guaman dan laporan SPRM juga Himpunan Kebangkitan Guru- Guru Malaysia jika rayuan pertukaran ini tidak dipertimbangkan oleh Jabatan Pelajaran Johor . Yang paling penting ialah, persoalan mengapa surat cuti dan dokumen sulit seorang penjawat awam boleh keluar dengan begitu mudah dan dipaparkan di media elektronik dan media bercetak seterusnya dispekulasikan dengan taburan fitnah yang melampau...
Doa orang yang dizalimi tiada hijab di sisi Allah swt...Kezaliman ini akan berbalik kepada sesiapa yang bersekongkol untuk bersubahat terhadap insan yang mahu dizalimi. Telah lama guru - guru di seluruh Malaysia ini teraniaya ditukarkan di Sabah, Sarawak dan ulu pendalaman hanya untuk mengekalkan survival politik UMNO Barisan Nasional.
Percayalah..Jika inilah caranya yang dilakukan untuk menzalimi rakyat, UMNO akan tersungkur di Johor dalam PRU Ke 13 nanti...

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP