ADUN N05 DUN TENANG KEMBALI KE RAHMATULLAH

>> Thursday, December 16, 2010

Dari Allah kita datang, kepadaNYA jua kita kembali..Al- Fatihah buat Allahyarham Dato Sulaiman Hj. Taha, Ahli Dewan Undangan Negeri DUN N05 Tenang. Beliau meninggal dunia jam 1.10 pagi tadi.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..Moga keluarganya diberikan ketabahan.Saya mewakili Dewan Muslimat PAS Pusat, Dewan Muslimat Negeri Johor dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Labis merakamkan ucapan takziah.
Pemergian beliau sekaligus menandakan kemungkinan berlaku Pilihanraya Kecil N05 DUN Tenang..Kini Dun Tenang sudah tidak' tenang' dan 'bergelora'. Peribahasa Melayu ada mengatakan, air yang 'tenang' jangan disangka tak ada 'buaya'.'Tenang' nya mungkin mampu menyebabkan 'gelora'.Dun Tenang yang dah tak 'tenang', buat masa ini..
Johor bakal menyaksikan satu pilihanraya kecil yang menjadi tumpuan seluruh Malaysia dan juga dunia.Apakah Johor bakal melakar sejarah baru dalam landskap politik Malaysia?
Ya Allah, apa pun kami pasrah hanya padaMU...PAS Kawasan Labis bakal menjadi tumpuan umum dari seluruh pelusuk tanah air..
Bermulalah cabaran bagi Labis dan DUN Tenang.Selaku Ketua Muslimat Labis merangkap Penyelia Pusat Aduan Rakyat DUN Tenang,saya mengucapkan Ah Lan Wassah Lan Wamarhaban Bikum..ke Labis dan DUN Tenang..Selamat datang ke negeri Johor Darul Takzim..
Selamat berjuang dan Selamat berkorban untuk Islam!!Takbir!!

Read more...

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA PENYELIA PUSAT ADUAN RAKYAT


Salam ukhuwwah dan salam perjuangan...
Agak lama saya tidak dapat berkongsi cerita tentang pengalaman dalam perjuangan..
Kesibukan tugas membataskan segalanya..
Alhamdulillah..berkat penghulu segala hari iaitu Jumaat, 17 Disember 2010 saya berpeluang 'update' blog ini..Alhamdulillah..
Pada 27 Oktober yang lalu, Program Mesra Rakyat Bersama Penyelia Pusat Aduan Rakyat telah berlangsung dengan jayanya..Kaunter Pusat Aduan Rakyat telah dibuka khusus untuk menerima aduan,dan permasalahan berkaitan kebajikan masyarakat FELDA Chempelak.
Kami juga bersama muslimin dan muslimat PAS Kawasan Labis telah pergi ke rumah - rumah dalam lawatan ziarah untuk bertanya latar belakang dan masalah kumpulan sasaran..Penerimaan yang diberi cukup baik dan kedatangan kami disambut dengan senang hati..Banner yang 'mesra pengguna' (Cuma perlu ubah tarikh dan masa , bila laksanakan program ) dan banting di pasang di hadapan kaunter dalam lokasi yang strategik iaitu di lokasi kedai makan..
Saya berpeluang beramah mesra dan meninjau permasalahan mereka secara' face to face' apabila mencatat borang aduan rakyat yang dibawa..Isu Felda dan kebajikan mereka perlu dibela.Penghujung program, saya berpeluang menyampaikan ucapan kepada semua yang hadir pada petang tersebut..Saya melahirkan rasa gembira atas respon baik yang diberi dan berjanji akan datang lagi berkunjung di Felda Chempelak jika di izinkan Allah swt..Wajah mereka kelihatan ceria dan gembira menerima kunjungan kami..
Jutaan terima kasih kepada pihak AJK Pusat Aduan Rakyat,MTD Kawasan Labis dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.Hanya Allah swt jua yang dapat membalasnya...

Read more...

HIJRAH DEMI KETUANAN ISLAM

>> Tuesday, December 7, 2010



HIJRAH DEMI KETUANAN ISLAM.

Oleh Pemuda Dun Kota Putera pada pada 07hb Disember 2010 pukul 10.14 pagi.


Firman Allah SWT, maksudnya: “Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui. (Iaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal..”

(Surah an-Nahl 16: 41-42)
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumi-Nya ini. Kini kita menyambut tahun baru 1432 Hijrah maka setahun lagi usia kehidupan kita bertambah. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak.
Sesuai dengan kedatangan tahun baru Hijrah ini, maka ada baiknya kita memperingati Peristiwa Hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW dan ia selari dengan perintah al-Quran sendiri. Allah SWT berulang kali di dalam al-Quran memerintahkan supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh umat-umat yang terdahulu sebagai iktibar dan peringatan untuk semua.
Firman Allah SWT, maksudnya: “Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) ia bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.” (Surah Yusoff 12:111)
Justeru, memperingati Peristiwa Hijrah ertinya membelek semula lembaran sejarah untuk melihat dan mempelajari bagaimana pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan ketuanan Islam di muka bumi ini seperti mana di perintahkan oleh Allah SWT.
Hari ini, setelah 1432 tahun ia berlalu, kisah hijrah Rasulullah SAW masih kekal segar dan terpahat kukuh dalam ingatan kita. Persoalannya, adakah cukup sekadar ia diingati dan disebut tanpa dihayati semangatnya? Tentulah tidak. Justeru, saya mengajak diri saya dan semua pihak agar sama-sama melakukan gerak kerja berhijrah untuk menjadi manusia yang lebih baik pegangan dan perilakunya selepas ini.

Lakukanlah hijrah ke arah kebaikan dalam semua aspek. Di bidang ekonomi, berhijrahlah dari ekonomi riba kepada ekonomi yang diredhai oleh Allah SWT. Di dalam bidang pendidikan, berhijrahlah dari sistem pendidikan yang hanya mengutamakan merit dan sijil semata-mata kepada sistem pendidikan yang benar-benar berteraskan wahyu dan berorientasikan pembentukan minda dan akhlak yang baik. Di dalam bidang politik, tinggalkanlah politik sekular dan berhijrah kepada politik Islam sebenar yang mengambil kira soal dosa dan pahala. Seterusnya di dalam semua bidang di dalam kehidupan, selaraskanlah semua aktiviti hidup kita agar selari dengan tuntutan mencari keredhaan Allah SWT. Insya-Allah, jika semangat ini dapat dihayati dengan sebaik mungkin, maka kita tidak akan berdepan dengan pelbagai masalah untuk mengurus tadbir kehidupan ke arah masyarakat yang aman dan sejahtera.
Semoga kehadiran tahun 1432 Hijrah ini memperkukuhkan keimanan dan ketakwaan demi memartabatkan ketuanan Islam dalam kehidupan kita di dunia menuju akhirat.
Sekian.
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM
* KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN *
Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh: 1 Muharam 1432H / 7 Disember 2010M

Read more...

Hijrah: Tegak negara, daulat syariat

>> Monday, December 6, 2010

Hijrah: Tegak negara, daulat syariat

Read more...

SALAM MAAL HIJRAH 1432H



Salam Maal Hijrah 1432H kepada semua pengunjung blog yang dirahmati Allah swt...Semoga ketibaan lembaran Maal Hijrah pada kali ini membawa seribu erti dalam tujuan kita mengabdikan diri kepada Illahi..Semoga ketakwaan kita semakin tinggi disulami dengan nilai pengorbanan yang pastinya penuh dengan mehnah dan tribulasi..

Sesungguhnya peristiwa' Hijrahtur Rasul' ini penuh dengan iktibar yang cukup besar buat umat Islam..Bermula dengan baginda dikepung oleh musuh untuk dibunuh ketika hendak berhijrah sehinggalah Saidina Ali Karamallahu wajhah menggantikan tempat tidur baginda.Persembunyian di Gua Thur sebagai suatu strategi dalam berdakwah, kerjasama dengan golongan bukan Islam dalam proses penghijrahan dan akhirnya berjaya mendirikan sebuah negara Islam yang mengamalkan Perundangan Al- Quran dan Sunnah di Madinah Al- Munawwarah.

Semoga ianya dapat membangkitkan momentum perjuangan dalam diri muslimat khususnya agar teguh pendirian dan istiqamah dalam perjuangan.Hayatilah peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad saw untuk memantapkan daya juang dalam diri..Bagaimana peranan muslimat dalam membantu perjuangan untuk mendirikan sebuah negara Islam .Realisasikanlah semangat itu untuk diterjemahkan melalui tindakan dalam amal jamai'e....Merdekanlah minda dan jiwa kita demi izzah kemuliaan Islam..Semoga landskap politik Malaysia akan berubah suatu hari nanti .Amin Ya Allah..

Read more...

ISU PELAKSANAAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN SEKS DI SEKOLAH

>> Sunday, November 21, 2010

PENGENALAN SUBJEK PENDIDIKAN SEKS DI SEKOLAH PERLU DIKAJI.

Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat tidak bersetuju subjek ‘Pendidikan Seks ‘ dijadikan mata pelajaran di sekolah rendah .Ini adalah kerana konotasi atau istilah ‘Pendidikan Seks’ itu sendiri boleh menimbulkan stigma dan persepsi negative di kalangan masyarakat Malaysia yang kaya dengan tatasusila dan budaya Timur yang cukup bersopan. Lebih – lebih lagi,sebagai individu Muslim ramai guru kebanyakannya berpendapat tidak perlu di namakan subjek ‘Pendidikan Seks’ kerana seolah- olah pelajar di sekolah rendah mahu diajar kaedah hubungan seks yang selamat agar tidak hamil atau melahirkan anak luar nikah.

Selain itu, isi kandungan mata pelajaran itu perlu dikaji dengan teliti serta perlu mendapat pandangan daripada ahli akademik dan tokoh pendidik serta guru yang merupakan ‘pelaksana dasar’ agar masa depan pelajar tidak ‘dikorbankan ‘sekali lagi sebagaimana langkah kerajaan memperkenalkan PPSMI tahun 2003 .
Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat lebih bersetuju subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan(PJK) yang telah sedia ada ‘dimurnikan’ dan beberapa buah sekolah dijadikan ‘sekolah rintis’sebagai permulaan untuk melihat keberkesanan kandungan mata pelajarannya.
Tegasnya,kalau sekadar untuk menjelaskan soal kitaran haid,bahaya pergaulan bebas,hubungan terlarang,asal usul kejadian embrio serta aspek perkembangan biologi jantina lelaki dan wanita,tidak perlu ia dijenamakan sebagai subjek ‘Pendidikan Seks’. Sebaliknya,unsur nilai murni atau kaedah pencegahan maksiat untuk mendidik masyarakat yang bermoral dan beretika boleh dilaksanakan dengan memasukkan kandungan matapelajaran tersebut dalam Subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) yang telah sedia ada di sekolah . Cukuplah mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan(PJK) sebagai wadah atau saluran untuk menyalurkan ilmu yang bermanfaat dalam mendidik pelajar.

Kita tidak mahu melihat sistem pendidikan yana sering berubah dan tidak konsisten yang akhirnya menyebabkan pelajar menjadi mangsa ‘eksperimen’ golongan ‘pembuat dasar’ yang lebih banyak duduk di kerusi empuk di pejabat tanpa meninjau suasana sistem persekolahan pelajar di peringkat ‘grassroot’ atau akar umbi khususnya di pendalaman dan luar Bandar.Kita juga perlu melihat senario dan suasana pelajar di bandar dan di luar bandar di samping mengkaji sejauhmana mereka boleh mengadaptasi cabaran pendidikan semasa.
Persoalannya, mengapakah matapelajaran Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral tidak dijadikan sebagai subjek dalam peperiksaan UPSR untuk menjadi benteng bagi menangani gejala sosial pada masa kini ?Yang menghairankan, matapelajaran yang baru pula hendak dilaksanakan tanpa dibuat kajian teliti terlebih dahulu.
Tuntasnya,Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat mendesak Kementerian Pelajaran Malaysia mengkaji sedalam- dalamya langkah dan cadangan untuk memperkenalkan Subjek Pendidikan Seks di sekolah rendah agar tidak mengundang implikasi negatif terhadap modal insan yang hendak dibina.

Daripada:
Pn. WardatulJannah As Soffea
Penerusi Lajnah Pendidikan
Dewan Muslimat PAS Pusat

Read more...

MUNAQASHAH UCAPTAMA KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT DI NEGERI SELANGOR

>> Tuesday, November 16, 2010

Pada hari Ahad,14 November 2010, bertempat di Kolej Inpens Selangor telah diadakan Munaqashah Ucaptama Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Selangor. Pada kali ini, saya dijemput sebagai pembentang bagi pihak Dewan Muslimat Pas Pusat. Selaku AJK DMPP merangkap Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat Pas Pusat, saya hadir bagi menjayakan program yang telah diatur rapi oleh Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor.Kehadiran para peserta sangat menggalakkan dan saya cukup teruja melihat kesungguhan para peserta mengikuti program ini. Bertemakan Muslimat Pengerak Kemenangan Penyelamat Ummah , sudah pasti mempertahankan kemenangan Selangor suatu agenda utama dalam gerakerja muslimat demi kelangsungan perjuangan parti untuk memartabatkan Islam yang mulia ini .Semoga Allah terus memelihara kemenangan ini demi 'izzah kemuliaan Islam yang tercinta. Amin...

Antara sebahagian peserta yang hadir

Sedang menyampaikan slot kepada peserta dalam program Munaqashah Ucaptama Ketua DMPP peringkat Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor sempena Muktamar Dewan Muslimat PAS kali ke 50 yang lalu.

Menanti soalan dan mendengar respon para peserta dalam sesi soal jawab

Sebahagian daripada soalan daripada muslimat Negeri Selangor yang cukup bersemangat .

Menjawab soalan peserta dalam sesi sidang pleno & talk show

Ucapan Pn. Hajjah Wan Hasrina Bt. Wan Hassan, Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Selangor yang menyuntik semangat perjuangan kepada muslimat Negeri Selangor

Menghayati majlis perasmian penutup munaqashah peringkat DMPN Selangor

Bersama bakal srikandi pejuang yang akan meneruskan kelangsungan perjuangan jamaah yang disayangi

Mengabadikan kenangan sebelum beransur pulang bersama adik - adik Nisa' dan Pn. Hajjah Wan Hasrina Bt. Wan Hassan, Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Selangor.Moga semarak perjuangan terus membara! Takbir!!










Read more...

PEMBENTANG MUNAQASHAH UCAPTAMA KETUA DMPP KEPADA DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI SELANGOR

Alhamdulillah..Penginapan disediakan untuk bermalam di Sun Inns Kuala Selangora .Jutaan terima kasih kepada DMPN Selangor menguruskan penginapan.Mereka kata, tempat penginapan ini lebih dekat dengan tempat program . Sebenarnya, saya diminta untuk menggantikan YB Dr. Maria Mahmud ,AJK DMPP yang kebetulan tidak dapat hadir untuk menjadi pembentang.Sebenarnya, Dewan Muslimat Pas Pusat telah menetapkan giliran kepada semua AJK DMPP untuk menjadi pembentang bagi setiap negeri. Insya- Allah, selaku AJK DMPP merangkap Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas Pusat ,saya tidak keberatan menjadi pembentang demi menjayakan program yang telah diselaraskan oleh Dewan Muslimat Pas Pusat. Insya- Allah, saya berazam untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik..Moga segala usaha yang sekelumit ini, ada nilaianNYA di sisi Allah swt..Amin..

Read more...

MESYUARAT LAJNAH PENDIDIKAN PAS PUSAT

Tamat sahaja seminar di MBSA Shah Alam, saya bergegas ke Mesyuarat Lajnah Pendidikan PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Ustaz Abu Bakar Chik di MPP Zon 1, Jalan Durian 4/1, Syeksen 4.Saya ditemani oleh beberapa adik Nisa' untuk membincangkan beberapa program penting yang bakal berlangsung anjuran Lajnah Pendidikan Pas Pusat .Alhamdulillah, sekitar jam 7 .00 malam, mesyuarat berakhir dan saya dibawa ke tempat penginapan untuk membentangkan kertas kerja esok.

Read more...

SEMINAR PAS SEDIA GANTI UMNO DI AUDITORIUM MBSA SHAH ALAM

Sebanyak 2 kertas kerja yang cukup menarik telah dibentangkan dalam seminar ini..Sesi petang yang cukup menarik ialah pandangan daripada dua orang penganalisis politik yang menilai PAS dari sudut pandangan ke 2 untuk dihayati oleh para pejuang parti..Sesi soal jawab juga cukup menarik kerana disulami dengan pandangan demi kelangsungan parti yang disayangi... Kehadiran istimewa Tn Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Pasti Islam SeMalaysia PAS dan ucaptamanya cukup membuatkan hati peserta 'terkesan '.Pasti bangkit semangat pejuang parti dan terus subur walaupun berdepan dengan kekalahan PRK di Galas dan Batu Sapi baru - baru ini.

Salam ukhuwwah dan Salam Perjuangan..

Alhamdulillah..pada hari Sabtu,13 November 2010 bertempat di Auditorium MBSA Shah Alam Selangor telah berlangsung Seminar yang cukup penting anjuran Lajnah Penerangan Pas Pusat iaitu 'SEMINAR PAS SEDIA GANTI UMNO'.Syukur ke hadrat Illahi kerana saya diberi kelapangan masa dan dipermudahkan oleh Allah swt untuk hadir dalam seminar yang cukup penting itu.Selaku Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Johor, sudah tentu seminar seperti ini amat penting untuk dihayati agar momentum perjuangan dapat diterjemahkan melalui tindakan, perjuangan dan pengorbanan.

Bermula seawal jam 9 pagi sehingga ke jam 5 petang, sudah tentu terlalu banyak untuk dikongsi kepada pengunjung blog ini. Saya kira , selaku pendukung perjuangan parti..Semua resolusi, sesi percambahan idea dan teguran yang kritis dan membina telah dibawa pulang untuk ditealisasikan oleh para amilin di seluruh pelusuk tanah air..

Read more...

JAMUAN MAKAN MAKAN MALAM ANJURAN BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI JOHOR.

>> Thursday, October 21, 2010

Pada 17 Oktober yang lalu, bertempat di Sangkar Kristal, Johor Bahru..Telah diadakan jamuan makan malam bagi mengumpul dana pilihanraya anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Johor. Seawal jam 5 petang, saya dan suami serta wakil dari kawasan Labis telah bertolak Ke Johor Bahru kerana majlis akan bermula sekitar jam 8.00 malam...Alhamdulillah...,

Baner dan pentas utama yang dihias indah...


Alhamdulillah..saya berkelapangan hadir dalam majlis yang cukup meriah ini...

Setiap tetamu menerima ucapan penghargaan terima kasih daripada BPPNJ

Hem, sempat kami mengabadikan kenangan kerana merupakan tetamu yang awal juga sampai sementara menanti majlis bermula...
Sebahagian tetamu yang membanjiri dewan untuk memeriahkan suasana....
Ucapan Tuan Guru Nik Aziz Bin Nik Mat yang ditayangkan kerana beliau tidak dapat bersama pada malam itu , terpaksa balik ke Kelantan lebih awal ...
Ustaz Nasharuddin Md. Isa,Naib Presiden Parti Islam SeMalaysia PAS menyampaikan ucapan yang cukup menyemarakkan kebangkitan perjuangan...
Ucapan Dato' Mahfodz Bin Mohammad, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor

capan Tn.Hj. Aminol Huda, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor..

Ucapan Mazlan Bin Aliman, yang mempengerusikan majlis makan malam

Wow!sedapnya hidangan ni..


Juadah yang telah 'licin'di makan oleh kami...













Read more...

MUNAQASHAH UCAPTAMA KETUA DMPP & MAJLIS MERAIKAN BAKAL HAJI 2010

Salam ukhuwwah dan salam perjuangan...
Pada 10 Oktober 2010, Munaqasahah Ucaptama Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat telah berlangsung dengan jayanya di Pejabat Pas Kawasan Labis. Johor Darul Takzim telah menjadi tuan rumah dalam roadshow kali ini.Hampir 100 orang muslimat dari seluruh pelusuk negeri Johor telah menjalankan aktiviti dan program bermula 8.30 pagi hingga ke jam 6.00 petang...Slot pada waktu pagi hingga ke tengahari adalah slot pembentangan kertas kerja dan Munaqashah Ucaptama Ketua DMPP serta halatuju dalam memperkasakan organisasi parti..

Manakala selepas Solat Zuhor dan makan tengahari, Program Muslimat Turun Padang telah diadakan dengan memberi bantuan kepada fakir miskin dan meraikan bakal haji. Kami mengambil pendekatan berkunjung ke rumah untuk mengeratkan hubungan antara penduduk di Felda dengan Dewan Muslimat Kawasan Labis dan Dewan Muslimat Negeri Johor.
Majlis berjalan dengan lancar dan meninggalkan nostalgia manis dalam diari perjuangan muslimat sebagai sayap kiri parti..

Setinggi - tinggi penghargaan kepada Ustazah Hajjah Wan Hasrina Bt. Wan Hassan, AJK Dewan Muslimat Pas Pusat yang sudi berkunjung ke Johor mewakili kepimpinan DMPP. Juga tidak dilupakan kepada semua peserta program yang terlibat . Syukran...Atas segala pengorbanan yang diberi, hanya Allah s.w.t jua yang dapat membalasnya....

Banner Munaqashah yang di gantung sebagai persiapan program...

Sumbangan beras yang bakal diedar kepada fakir miskin dalam 'Program Muslimat Turun Padang'


Mengabadikan kenangan sebelum majlis bermula......



Pn. Norhayati Bt. Bidin , Setiausaha Muslimat Negeri Johor menyampaikan perkongsian ilmunya ...
Ustazah Hajjah Wan Hasrina Bt. Wan Hassan ,sedang menyampaikan slot ...

Peserta munaqashah mendengar dengan penuh minat mutiara ilmu yang disampaikan..

Sebahagian peserta menikmati jamuan tengahari dalam suasana yang santai beralaskan tikar yang dihampar terlebih awal....

Utazah Wan Hasrina dari DMPP dan Pn. Hajjah Atiah, Ketua DMPNJ menikmati makan tengahari bersama peserta munaqashah...

Mereka kelihatan gembira dikunjungi oleh rombongan muslimat yang hadir ...

Muslimin pula menziarahi bakal haji sambil menyerahkan sumbangan.....

Sumbangan kepada bakal hajah di kawasan Felda Tenang

Beg yang didatangkan khas dari Dewan Muslimat Pas Pusat

Beg untuk dihadiahkan kepada bakal haji dan hajjah...













Read more...

SEKILAS KENANGAN JAMUAN HARI RAYA PAS KAWASAN SEKIJANG

>> Wednesday, October 20, 2010

Bersama Ustaz Razali Jamil Al- Hafiz, YDP Pas Kawasan Sekijang ...merangkap AJK Dewan Ulamak Negeri Johor .. Sekilas kenangan dalam album perjuangan...

Banner yang dipasang untuk meraikan pengunjung yang hadir

Madrasah yang masih dalam proses pembinaan....


Sempat pula gambar ni diambil oleh Aiman...



3 orang cahayamata saya begitu gembira bergambar di situ..

Mengabadikan kenangan sebaik sampai sahaja di halaman madrasah..

Telah lama saya tunggu kelapangan untuk berkongsi cerita tentang Jamuan Hari Raya Pas Kawasan Sekijang ini...Ianya diadakan di bangunan Madrasah Tahfiz yang baru dibina dan hampir siap...

Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP