ADUN N05 DUN TENANG KEMBALI KE RAHMATULLAH

>> Thursday, December 16, 2010

Dari Allah kita datang, kepadaNYA jua kita kembali..Al- Fatihah buat Allahyarham Dato Sulaiman Hj. Taha, Ahli Dewan Undangan Negeri DUN N05 Tenang. Beliau meninggal dunia jam 1.10 pagi tadi.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..Moga keluarganya diberikan ketabahan.Saya mewakili Dewan Muslimat PAS Pusat, Dewan Muslimat Negeri Johor dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Labis merakamkan ucapan takziah.
Pemergian beliau sekaligus menandakan kemungkinan berlaku Pilihanraya Kecil N05 DUN Tenang..Kini Dun Tenang sudah tidak' tenang' dan 'bergelora'. Peribahasa Melayu ada mengatakan, air yang 'tenang' jangan disangka tak ada 'buaya'.'Tenang' nya mungkin mampu menyebabkan 'gelora'.Dun Tenang yang dah tak 'tenang', buat masa ini..
Johor bakal menyaksikan satu pilihanraya kecil yang menjadi tumpuan seluruh Malaysia dan juga dunia.Apakah Johor bakal melakar sejarah baru dalam landskap politik Malaysia?
Ya Allah, apa pun kami pasrah hanya padaMU...PAS Kawasan Labis bakal menjadi tumpuan umum dari seluruh pelusuk tanah air..
Bermulalah cabaran bagi Labis dan DUN Tenang.Selaku Ketua Muslimat Labis merangkap Penyelia Pusat Aduan Rakyat DUN Tenang,saya mengucapkan Ah Lan Wassah Lan Wamarhaban Bikum..ke Labis dan DUN Tenang..Selamat datang ke negeri Johor Darul Takzim..
Selamat berjuang dan Selamat berkorban untuk Islam!!Takbir!!

Read more...

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA PENYELIA PUSAT ADUAN RAKYAT


Salam ukhuwwah dan salam perjuangan...
Agak lama saya tidak dapat berkongsi cerita tentang pengalaman dalam perjuangan..
Kesibukan tugas membataskan segalanya..
Alhamdulillah..berkat penghulu segala hari iaitu Jumaat, 17 Disember 2010 saya berpeluang 'update' blog ini..Alhamdulillah..
Pada 27 Oktober yang lalu, Program Mesra Rakyat Bersama Penyelia Pusat Aduan Rakyat telah berlangsung dengan jayanya..Kaunter Pusat Aduan Rakyat telah dibuka khusus untuk menerima aduan,dan permasalahan berkaitan kebajikan masyarakat FELDA Chempelak.
Kami juga bersama muslimin dan muslimat PAS Kawasan Labis telah pergi ke rumah - rumah dalam lawatan ziarah untuk bertanya latar belakang dan masalah kumpulan sasaran..Penerimaan yang diberi cukup baik dan kedatangan kami disambut dengan senang hati..Banner yang 'mesra pengguna' (Cuma perlu ubah tarikh dan masa , bila laksanakan program ) dan banting di pasang di hadapan kaunter dalam lokasi yang strategik iaitu di lokasi kedai makan..
Saya berpeluang beramah mesra dan meninjau permasalahan mereka secara' face to face' apabila mencatat borang aduan rakyat yang dibawa..Isu Felda dan kebajikan mereka perlu dibela.Penghujung program, saya berpeluang menyampaikan ucapan kepada semua yang hadir pada petang tersebut..Saya melahirkan rasa gembira atas respon baik yang diberi dan berjanji akan datang lagi berkunjung di Felda Chempelak jika di izinkan Allah swt..Wajah mereka kelihatan ceria dan gembira menerima kunjungan kami..
Jutaan terima kasih kepada pihak AJK Pusat Aduan Rakyat,MTD Kawasan Labis dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.Hanya Allah swt jua yang dapat membalasnya...

Read more...

HIJRAH DEMI KETUANAN ISLAM

>> Tuesday, December 7, 2010



HIJRAH DEMI KETUANAN ISLAM.

Oleh Pemuda Dun Kota Putera pada pada 07hb Disember 2010 pukul 10.14 pagi.


Firman Allah SWT, maksudnya: “Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui. (Iaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal..”

(Surah an-Nahl 16: 41-42)
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumi-Nya ini. Kini kita menyambut tahun baru 1432 Hijrah maka setahun lagi usia kehidupan kita bertambah. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak.
Sesuai dengan kedatangan tahun baru Hijrah ini, maka ada baiknya kita memperingati Peristiwa Hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW dan ia selari dengan perintah al-Quran sendiri. Allah SWT berulang kali di dalam al-Quran memerintahkan supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh umat-umat yang terdahulu sebagai iktibar dan peringatan untuk semua.
Firman Allah SWT, maksudnya: “Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) ia bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.” (Surah Yusoff 12:111)
Justeru, memperingati Peristiwa Hijrah ertinya membelek semula lembaran sejarah untuk melihat dan mempelajari bagaimana pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan ketuanan Islam di muka bumi ini seperti mana di perintahkan oleh Allah SWT.
Hari ini, setelah 1432 tahun ia berlalu, kisah hijrah Rasulullah SAW masih kekal segar dan terpahat kukuh dalam ingatan kita. Persoalannya, adakah cukup sekadar ia diingati dan disebut tanpa dihayati semangatnya? Tentulah tidak. Justeru, saya mengajak diri saya dan semua pihak agar sama-sama melakukan gerak kerja berhijrah untuk menjadi manusia yang lebih baik pegangan dan perilakunya selepas ini.

Lakukanlah hijrah ke arah kebaikan dalam semua aspek. Di bidang ekonomi, berhijrahlah dari ekonomi riba kepada ekonomi yang diredhai oleh Allah SWT. Di dalam bidang pendidikan, berhijrahlah dari sistem pendidikan yang hanya mengutamakan merit dan sijil semata-mata kepada sistem pendidikan yang benar-benar berteraskan wahyu dan berorientasikan pembentukan minda dan akhlak yang baik. Di dalam bidang politik, tinggalkanlah politik sekular dan berhijrah kepada politik Islam sebenar yang mengambil kira soal dosa dan pahala. Seterusnya di dalam semua bidang di dalam kehidupan, selaraskanlah semua aktiviti hidup kita agar selari dengan tuntutan mencari keredhaan Allah SWT. Insya-Allah, jika semangat ini dapat dihayati dengan sebaik mungkin, maka kita tidak akan berdepan dengan pelbagai masalah untuk mengurus tadbir kehidupan ke arah masyarakat yang aman dan sejahtera.
Semoga kehadiran tahun 1432 Hijrah ini memperkukuhkan keimanan dan ketakwaan demi memartabatkan ketuanan Islam dalam kehidupan kita di dunia menuju akhirat.
Sekian.
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM
* KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN *
Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh: 1 Muharam 1432H / 7 Disember 2010M

Read more...

Hijrah: Tegak negara, daulat syariat

>> Monday, December 6, 2010

Hijrah: Tegak negara, daulat syariat

Read more...

SALAM MAAL HIJRAH 1432H



Salam Maal Hijrah 1432H kepada semua pengunjung blog yang dirahmati Allah swt...Semoga ketibaan lembaran Maal Hijrah pada kali ini membawa seribu erti dalam tujuan kita mengabdikan diri kepada Illahi..Semoga ketakwaan kita semakin tinggi disulami dengan nilai pengorbanan yang pastinya penuh dengan mehnah dan tribulasi..

Sesungguhnya peristiwa' Hijrahtur Rasul' ini penuh dengan iktibar yang cukup besar buat umat Islam..Bermula dengan baginda dikepung oleh musuh untuk dibunuh ketika hendak berhijrah sehinggalah Saidina Ali Karamallahu wajhah menggantikan tempat tidur baginda.Persembunyian di Gua Thur sebagai suatu strategi dalam berdakwah, kerjasama dengan golongan bukan Islam dalam proses penghijrahan dan akhirnya berjaya mendirikan sebuah negara Islam yang mengamalkan Perundangan Al- Quran dan Sunnah di Madinah Al- Munawwarah.

Semoga ianya dapat membangkitkan momentum perjuangan dalam diri muslimat khususnya agar teguh pendirian dan istiqamah dalam perjuangan.Hayatilah peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad saw untuk memantapkan daya juang dalam diri..Bagaimana peranan muslimat dalam membantu perjuangan untuk mendirikan sebuah negara Islam .Realisasikanlah semangat itu untuk diterjemahkan melalui tindakan dalam amal jamai'e....Merdekanlah minda dan jiwa kita demi izzah kemuliaan Islam..Semoga landskap politik Malaysia akan berubah suatu hari nanti .Amin Ya Allah..

Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP