ISU PELAKSANAAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN SEKS DI SEKOLAH

>> Sunday, November 21, 2010

PENGENALAN SUBJEK PENDIDIKAN SEKS DI SEKOLAH PERLU DIKAJI.

Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat tidak bersetuju subjek ‘Pendidikan Seks ‘ dijadikan mata pelajaran di sekolah rendah .Ini adalah kerana konotasi atau istilah ‘Pendidikan Seks’ itu sendiri boleh menimbulkan stigma dan persepsi negative di kalangan masyarakat Malaysia yang kaya dengan tatasusila dan budaya Timur yang cukup bersopan. Lebih – lebih lagi,sebagai individu Muslim ramai guru kebanyakannya berpendapat tidak perlu di namakan subjek ‘Pendidikan Seks’ kerana seolah- olah pelajar di sekolah rendah mahu diajar kaedah hubungan seks yang selamat agar tidak hamil atau melahirkan anak luar nikah.

Selain itu, isi kandungan mata pelajaran itu perlu dikaji dengan teliti serta perlu mendapat pandangan daripada ahli akademik dan tokoh pendidik serta guru yang merupakan ‘pelaksana dasar’ agar masa depan pelajar tidak ‘dikorbankan ‘sekali lagi sebagaimana langkah kerajaan memperkenalkan PPSMI tahun 2003 .
Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat lebih bersetuju subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan(PJK) yang telah sedia ada ‘dimurnikan’ dan beberapa buah sekolah dijadikan ‘sekolah rintis’sebagai permulaan untuk melihat keberkesanan kandungan mata pelajarannya.
Tegasnya,kalau sekadar untuk menjelaskan soal kitaran haid,bahaya pergaulan bebas,hubungan terlarang,asal usul kejadian embrio serta aspek perkembangan biologi jantina lelaki dan wanita,tidak perlu ia dijenamakan sebagai subjek ‘Pendidikan Seks’. Sebaliknya,unsur nilai murni atau kaedah pencegahan maksiat untuk mendidik masyarakat yang bermoral dan beretika boleh dilaksanakan dengan memasukkan kandungan matapelajaran tersebut dalam Subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) yang telah sedia ada di sekolah . Cukuplah mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan(PJK) sebagai wadah atau saluran untuk menyalurkan ilmu yang bermanfaat dalam mendidik pelajar.

Kita tidak mahu melihat sistem pendidikan yana sering berubah dan tidak konsisten yang akhirnya menyebabkan pelajar menjadi mangsa ‘eksperimen’ golongan ‘pembuat dasar’ yang lebih banyak duduk di kerusi empuk di pejabat tanpa meninjau suasana sistem persekolahan pelajar di peringkat ‘grassroot’ atau akar umbi khususnya di pendalaman dan luar Bandar.Kita juga perlu melihat senario dan suasana pelajar di bandar dan di luar bandar di samping mengkaji sejauhmana mereka boleh mengadaptasi cabaran pendidikan semasa.
Persoalannya, mengapakah matapelajaran Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral tidak dijadikan sebagai subjek dalam peperiksaan UPSR untuk menjadi benteng bagi menangani gejala sosial pada masa kini ?Yang menghairankan, matapelajaran yang baru pula hendak dilaksanakan tanpa dibuat kajian teliti terlebih dahulu.
Tuntasnya,Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat mendesak Kementerian Pelajaran Malaysia mengkaji sedalam- dalamya langkah dan cadangan untuk memperkenalkan Subjek Pendidikan Seks di sekolah rendah agar tidak mengundang implikasi negatif terhadap modal insan yang hendak dibina.

Daripada:
Pn. WardatulJannah As Soffea
Penerusi Lajnah Pendidikan
Dewan Muslimat PAS Pusat

Read more...

MUNAQASHAH UCAPTAMA KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT DI NEGERI SELANGOR

>> Tuesday, November 16, 2010

Pada hari Ahad,14 November 2010, bertempat di Kolej Inpens Selangor telah diadakan Munaqashah Ucaptama Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Selangor. Pada kali ini, saya dijemput sebagai pembentang bagi pihak Dewan Muslimat Pas Pusat. Selaku AJK DMPP merangkap Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat Pas Pusat, saya hadir bagi menjayakan program yang telah diatur rapi oleh Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor.Kehadiran para peserta sangat menggalakkan dan saya cukup teruja melihat kesungguhan para peserta mengikuti program ini. Bertemakan Muslimat Pengerak Kemenangan Penyelamat Ummah , sudah pasti mempertahankan kemenangan Selangor suatu agenda utama dalam gerakerja muslimat demi kelangsungan perjuangan parti untuk memartabatkan Islam yang mulia ini .Semoga Allah terus memelihara kemenangan ini demi 'izzah kemuliaan Islam yang tercinta. Amin...

Antara sebahagian peserta yang hadir

Sedang menyampaikan slot kepada peserta dalam program Munaqashah Ucaptama Ketua DMPP peringkat Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor sempena Muktamar Dewan Muslimat PAS kali ke 50 yang lalu.

Menanti soalan dan mendengar respon para peserta dalam sesi soal jawab

Sebahagian daripada soalan daripada muslimat Negeri Selangor yang cukup bersemangat .

Menjawab soalan peserta dalam sesi sidang pleno & talk show

Ucapan Pn. Hajjah Wan Hasrina Bt. Wan Hassan, Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Selangor yang menyuntik semangat perjuangan kepada muslimat Negeri Selangor

Menghayati majlis perasmian penutup munaqashah peringkat DMPN Selangor

Bersama bakal srikandi pejuang yang akan meneruskan kelangsungan perjuangan jamaah yang disayangi

Mengabadikan kenangan sebelum beransur pulang bersama adik - adik Nisa' dan Pn. Hajjah Wan Hasrina Bt. Wan Hassan, Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Selangor.Moga semarak perjuangan terus membara! Takbir!!










Read more...

PEMBENTANG MUNAQASHAH UCAPTAMA KETUA DMPP KEPADA DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI SELANGOR

Alhamdulillah..Penginapan disediakan untuk bermalam di Sun Inns Kuala Selangora .Jutaan terima kasih kepada DMPN Selangor menguruskan penginapan.Mereka kata, tempat penginapan ini lebih dekat dengan tempat program . Sebenarnya, saya diminta untuk menggantikan YB Dr. Maria Mahmud ,AJK DMPP yang kebetulan tidak dapat hadir untuk menjadi pembentang.Sebenarnya, Dewan Muslimat Pas Pusat telah menetapkan giliran kepada semua AJK DMPP untuk menjadi pembentang bagi setiap negeri. Insya- Allah, selaku AJK DMPP merangkap Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas Pusat ,saya tidak keberatan menjadi pembentang demi menjayakan program yang telah diselaraskan oleh Dewan Muslimat Pas Pusat. Insya- Allah, saya berazam untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik..Moga segala usaha yang sekelumit ini, ada nilaianNYA di sisi Allah swt..Amin..

Read more...

MESYUARAT LAJNAH PENDIDIKAN PAS PUSAT

Tamat sahaja seminar di MBSA Shah Alam, saya bergegas ke Mesyuarat Lajnah Pendidikan PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Ustaz Abu Bakar Chik di MPP Zon 1, Jalan Durian 4/1, Syeksen 4.Saya ditemani oleh beberapa adik Nisa' untuk membincangkan beberapa program penting yang bakal berlangsung anjuran Lajnah Pendidikan Pas Pusat .Alhamdulillah, sekitar jam 7 .00 malam, mesyuarat berakhir dan saya dibawa ke tempat penginapan untuk membentangkan kertas kerja esok.

Read more...

SEMINAR PAS SEDIA GANTI UMNO DI AUDITORIUM MBSA SHAH ALAM

Sebanyak 2 kertas kerja yang cukup menarik telah dibentangkan dalam seminar ini..Sesi petang yang cukup menarik ialah pandangan daripada dua orang penganalisis politik yang menilai PAS dari sudut pandangan ke 2 untuk dihayati oleh para pejuang parti..Sesi soal jawab juga cukup menarik kerana disulami dengan pandangan demi kelangsungan parti yang disayangi... Kehadiran istimewa Tn Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Pasti Islam SeMalaysia PAS dan ucaptamanya cukup membuatkan hati peserta 'terkesan '.Pasti bangkit semangat pejuang parti dan terus subur walaupun berdepan dengan kekalahan PRK di Galas dan Batu Sapi baru - baru ini.

Salam ukhuwwah dan Salam Perjuangan..

Alhamdulillah..pada hari Sabtu,13 November 2010 bertempat di Auditorium MBSA Shah Alam Selangor telah berlangsung Seminar yang cukup penting anjuran Lajnah Penerangan Pas Pusat iaitu 'SEMINAR PAS SEDIA GANTI UMNO'.Syukur ke hadrat Illahi kerana saya diberi kelapangan masa dan dipermudahkan oleh Allah swt untuk hadir dalam seminar yang cukup penting itu.Selaku Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Johor, sudah tentu seminar seperti ini amat penting untuk dihayati agar momentum perjuangan dapat diterjemahkan melalui tindakan, perjuangan dan pengorbanan.

Bermula seawal jam 9 pagi sehingga ke jam 5 petang, sudah tentu terlalu banyak untuk dikongsi kepada pengunjung blog ini. Saya kira , selaku pendukung perjuangan parti..Semua resolusi, sesi percambahan idea dan teguran yang kritis dan membina telah dibawa pulang untuk ditealisasikan oleh para amilin di seluruh pelusuk tanah air..

Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP