MAYAT BAYI DALAM KUMBAHAN NAJIS

>> Friday, August 13, 2010

Salam Ramadhan buat semua pengunjung blog yang dirahmati dan dan dikasihi Allah s.w.t


Hari ini, 3 Ramadhan 1431 Hijrah, rakyat Malaysia digemparkan lagi dengan paparan isu yang cukup menyentuh hati umat Islam seluruh Malaysia...Isu buang bayi!


Akhbar Utusan Malaysia, bertarikh 13 0gos 2010 ,halaman 3 menyiarkan satu lagi berita yang semakin membimbangkan saya..


Bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui dalam lubang kumbahan najis BELAKANG ASRAMA sebuah KOLEJ di Bandar Bukit Bunga .

Mayat bayi malang itu dijumpai oleh seorang murid berumur 8 tahun, Mohd. Arifff Bin Ibrahim ketika bermain berhampiran kawasan itu...

Apakah jenayah ini dilakukan oleh pelajar kolej ? Berkemungkinan juga, kerana pergaulan pelajar di kolej mutaakhir ini juga cukup membimbangkan..Tiada lagi peraturan ketat untuk menyoal siasat jika pelajar balik lewat malam ...


Kalau dahulu, zaman Nabi Musa a.s, hanya bayi lelaki ditanam hidup- hidup.Kini bayi dibuang merata - rata tidak kira bayi lelaki atau perempuan.Sezalim- zalim dahulu, bayi ditanam..Tetapi sekarang, bayi ditemui di lubang tandas, di tong sampah, di masjid, di gonggong anjing dan lain - lain...Apa sudah jadi kepada negaraku yang tercinta pada hari ini?


Hari ini, kononnya, kerajaan akan menjatuhkan hukuman mati mandatori kepada bayi yang dibunuh atau dibuang..Tetapi, selagi Negara Malaysia menolak perundangan dan perlembagaan Islam, selagi itulah masalah ini tidak akan selesai..Walaupun penjajah telah lama meninggalkan kita, tetapi mengapakah kita masih mengekalkan undang- undang Lord Reid ,ciptaan penjajah lebih daripada 52 tahun?..Lihatlah,KESAN nya apabila kita menolak hukum Allah yang diturunkan untuk menjadi panduan untuk kita.. Bukankah Allah s.w.t menjadikan kita sebagai hamba yang menumpang hidup di dunia ini, telah diturunkan bersekali dengan peraturan dan undang - undang yang termaktub dalam Al Quran? Mengapakah kita tidak yakin dengan Allah s.w.t dan menolak Islam yang syumul atas alasan Malaysia adalah masyarakat majmuk?Bukankah peristiwa penghijrahan Rasulullah s.w.t ke Madinah Al - Munawwarah telah membuktikan segalanya apabila perundangan Islam ditegakkan walaupun masyarakatnya berbilang kaum...


"Ya Allah, selamatkanlah negaraku daripada bala bencana disebabkan maksiat yang berlaku ini? Amin... "

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP