ISU PENDIDIKAN:PENUBUHAN SEKOLAH MURID MENGANDUNG?

>> Thursday, August 5, 2010

Gejala pembuangan bayi yang semakin menjadi- jadi mencetuskan idea Penubuhan Sekolah Murid Mengandung?

Adakah Penubuhan Sekolah Murid Mengandung bagi membendung gejala sosial merupakan penyelesaian terbaik?

Pandangan saya :

Isu penubuhan Sekolah Murid Mengandung idea Datuk Seri Mohd Ali Rustam ,Ketua Menteri Melaka Bandaraya Bersejarah mengemparkan dunia pendidikan negara disamping mengundang polemik yang bukan sedikit dalam persada politik tanahair. Alasan kononnya untuk mengurangkan gejala pembuangan bayi yang semakin menjadi- jadi dianggap tidak relevan sekaligus membuktikan pimpinan Barisan Nasional ketandusan idea untuk merangka sistem pendidikan negara yang lebih holistik dan terarah.
Idea yang dianggap cukup melucukan ini membuktikan kedangkalan pemikiran pimpinan yang diberi mandat oleh rakyat selama ini. Lihatlah, betapa mudahnya penyelesaian masalah dibuat sedangkan punca masalah tidak dicari diperingkat 'akar umbi' sebelum melakukan sesuatu dasar dalam pendidikan negara.Kedangkalan idea pemimpin Barisan Nasional yang disiarkan di akhbar arus perdana dan media massa pada 24 Julai 2010 yang lalu sedang 'dinilai' oleh rakyat dan golongan pengundi muda dengan penuh minat dan berhati- hati..Percayalah, rakyat akan menghukum wakil rakyat mereka yang menangani sebarang isu secara 'tidak serius' khususnya dalam bidang pendidikan anak bangsa.Apa yang paling melucukan percanggahan antara pimpinan UMNO Barisan Nasional di dada akhbar berkaitan isu ini sedang dilihat dan dinilai oleh rakyat dan golongan pembaca akhbar dengan penuh minat..Lihatlah kronologi isu ini dan catatan saya seterusnya....

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP