MAYAT BAYI DALAM KUMBAHAN NAJIS

>> Friday, August 13, 2010

Salam Ramadhan buat semua pengunjung blog yang dirahmati dan dan dikasihi Allah s.w.t


Hari ini, 3 Ramadhan 1431 Hijrah, rakyat Malaysia digemparkan lagi dengan paparan isu yang cukup menyentuh hati umat Islam seluruh Malaysia...Isu buang bayi!


Akhbar Utusan Malaysia, bertarikh 13 0gos 2010 ,halaman 3 menyiarkan satu lagi berita yang semakin membimbangkan saya..


Bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui dalam lubang kumbahan najis BELAKANG ASRAMA sebuah KOLEJ di Bandar Bukit Bunga .

Mayat bayi malang itu dijumpai oleh seorang murid berumur 8 tahun, Mohd. Arifff Bin Ibrahim ketika bermain berhampiran kawasan itu...

Apakah jenayah ini dilakukan oleh pelajar kolej ? Berkemungkinan juga, kerana pergaulan pelajar di kolej mutaakhir ini juga cukup membimbangkan..Tiada lagi peraturan ketat untuk menyoal siasat jika pelajar balik lewat malam ...


Kalau dahulu, zaman Nabi Musa a.s, hanya bayi lelaki ditanam hidup- hidup.Kini bayi dibuang merata - rata tidak kira bayi lelaki atau perempuan.Sezalim- zalim dahulu, bayi ditanam..Tetapi sekarang, bayi ditemui di lubang tandas, di tong sampah, di masjid, di gonggong anjing dan lain - lain...Apa sudah jadi kepada negaraku yang tercinta pada hari ini?


Hari ini, kononnya, kerajaan akan menjatuhkan hukuman mati mandatori kepada bayi yang dibunuh atau dibuang..Tetapi, selagi Negara Malaysia menolak perundangan dan perlembagaan Islam, selagi itulah masalah ini tidak akan selesai..Walaupun penjajah telah lama meninggalkan kita, tetapi mengapakah kita masih mengekalkan undang- undang Lord Reid ,ciptaan penjajah lebih daripada 52 tahun?..Lihatlah,KESAN nya apabila kita menolak hukum Allah yang diturunkan untuk menjadi panduan untuk kita.. Bukankah Allah s.w.t menjadikan kita sebagai hamba yang menumpang hidup di dunia ini, telah diturunkan bersekali dengan peraturan dan undang - undang yang termaktub dalam Al Quran? Mengapakah kita tidak yakin dengan Allah s.w.t dan menolak Islam yang syumul atas alasan Malaysia adalah masyarakat majmuk?Bukankah peristiwa penghijrahan Rasulullah s.w.t ke Madinah Al - Munawwarah telah membuktikan segalanya apabila perundangan Islam ditegakkan walaupun masyarakatnya berbilang kaum...


"Ya Allah, selamatkanlah negaraku daripada bala bencana disebabkan maksiat yang berlaku ini? Amin... "

Read more...

ISU PENGENALAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN SEKS DI SEKOLAH

>> Thursday, August 12, 2010

PENGENALAN SUBJEK PENDIDIKAN SEKS DI SEKOLAH PERLU DIKAJI.

Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat tidak bersetuju subjek ‘Pendidikan Seks ‘ dijadikan mata pelajaran di sekolah rendah .Ini adalah kerana konotasi atau istilah ‘Pendidikan Seks’ itu sendiri boleh menimbulkan stigma dan persepsi negative di kalangan masyarakat Malaysia yang kaya dengan tatasusila dan budaya Timur yang cukup bersopan. Lebih – lebih lagi,sebagai individu Muslim ramai guru kebanyakannya berpendapat tidak perlu di namakan subjek ‘Pendidikan Seks’ kerana seolah- olah pelajar di sekolah rendah mahu diajar kaedah hubungan seks yang selamat agar tidak hamil atau melahirkan anak luar nikah. Selain itu, isi kandungan mata pelajaran itu perlu dikaji dengan teliti serta perlu mendapat pandangan daripada ahli akademik dan tokoh pendidik serta guru yang merupakan ‘pelaksana dasar’ agar masa depan pelajar tidak ‘dikorbankan ‘sekali lagi sebagaimana langkah kerajaan memperkenalkan PPSMI tahun 2003 .
Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat lebih bersetuju subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan(PJK) yang telah sedia ada ‘dimurnikan’ dan beberapa buah sekolah dijadikan ‘sekolah rintis’sebagai permulaan untuk melihat keberkesanan kandungan mata pelajarannya.
Tegasnya,kalau sekadar untuk menjelaskan soal kitaran haid,bahaya pergaulan bebas,hubungan terlarang,asal usul kejadian embrio serta aspek perkembangan biologi jantina lelaki dan wanita,tidak perlu ia dijenamakan sebagai subjek ‘Pendidikan Seks’. Sebaliknya,unsur nilai murni atau kaedah pencegahan maksiat untuk mendidik masyarakat yang bermoral dan beretika boleh dilaksanakan dengan memasukkan kandungan matapelajaran tersebut dalam Subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) yang telah sedia ada di sekolah . Cukuplah mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan(PJK) sebagai wadah atau saluran untuk menyalurkan ilmu yang bermanfaat dalam mendidik pelajar.
Kita tidak mahu melihat sistem pendidikan yana sering berubah dan tidak konsisten yang akhirnya menyebabkan pelajar menjadi mangsa ‘eksperimen’ golongan ‘pembuat dasar’ yang lebih banyak duduk di kerusi empuk di pejabat tanpa meninjau suasana sistem persekolahan pelajar di peringkat ‘grassroot’ atau akar umbi khususnya di pendalaman dan luar Bandar.Kita juga perlu melihat senario dan suasana pelajar di Bandar di samping mengkaji sejauhmana mereka boleh mengadaptasi cabaran pendidikan semasa.
Tuntasnya,Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat mendesak Kementerian Pelajaran Malaysia mengkaji sedalam- dalamya langkah dan cadangan untuk memperkenalkan Subjek Pendidikan Seks di sekolah rendah agar tidak mengundang implikasi negatiif terhadap modal insan yang hendak dibina.

Read more...

KRONOLOGI ISU SEKOLAH MURID MENGANDUNG

Salam ukhuwwah dan Salam Ramadhan untuk pengunjung blog yang dirahmati Allah...Sebagaimana yang dijanjikan saya akan mengulas isu Penubuhan Sekolah Mengandung mengikut kronologi peristiwa..Mohon maaf atas kelewatan update blog ini yang mungkin membuatkan para pengunjung yang melayari blog ini menatapnya dengan penuh perasaan hampa..Sesungguhnya kesibukan rutin harian membataskan segalanya...Tetapi, berazimatkan azam yang tidak pernah luntur..Akhirnya dapat juga saya update blog ini pada 2 Ramadhan yang penuh beerti...Alhamdulillah...


Akhbar Sinar Harian pada hari Sabtu 24 Julai 2010 menggemparkan dunia pendidikan negara dengan kenyataan Datuk Seri Ali Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka yang mahu menubuhkan Sekolah Murid Mengandung. Yang melucukan katanya " Jika sudah tidak boleh tahan nafsu, mereka boleh kahwin awal dan Kerajaan Negeri akan beri RM500 untuk menaja pernikahan ringkas mereka.."

Ulasan Saya : Hujah ini cukup melucukan dan membuktikan bahawa beliau ketandusan idea...Golongan pendidik melihat idea ini sebagai retorik politik yang sekadar menjadi 'projek mee segera' kerana penubuhan sekolah ini dibuat dengan alasan yang cukup tidak relevan dan boleh dipertikaikan..

Akbar yang sama juga memetik kenyataan Datuk Dr. Mashitah Ibrahim , Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata "..dengan hanya menyediakan tempat untuk bayi dibuang,pihak yang bertanggungjawab tidak akan menyelesaikan masalah tersebut..Hujahnya lagi " seperti masalah gatal pada kulit, ia tidak cukup dengan menyapu minyak pada bahagian yang gatal...

Akhbar Sinar Harian hari Ahad bertarikh 25 Julai 2010 mengulas kenyataan Datuk Wee Ka Siong yang mengatakan " cadangan Mohd Ali tidak relevan .... Datuk Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran 11 pula berkata ,.." cadangan itu tidak praktikal seolah- olah menggalakkan pelajar perempuan mengandung pada usia muda " ...





Ulasan Saya : Lihatlah percanggahan pendapat antara pimpinan parti pemerintah yang menggubal dasar dan program mengikut logik akal mereka tanpa memikirkan implikasinya kepada wang rakyat yang bakal dikorbankan untuk membina sekolah seperti itu.. Mereka sedang dinilai oleh pengundi dengan penuh 'hati- hati'..Yakinilah...






Akhbar Sinar Harian bertarikh 26 Julai 2010 di muka hadapan mengeluarkan kenyataan yang cukup menyentap perasaan golongan pendidik di seluruh Malaysia..Kata Datuk Ali Rustam "Jika kahwin muda, mereka boleh lakukan hubungan halal dan jika tidak dibenarkan ke sekolah kerana hamil, mereka boleh masuk Sekolah Murid Mengandung yang kerajaan Melaka mahu tubuhkan.."

Ulasan saya : Persoalannya, kalau kahwin muda tetapi jahil dalam memimpin rumahtangga akibat berkawin muda dan menganggap perkahwinan hanya untuk berseronok sahaja apa gunanya?Akan tinggilah kadar perceraian akibat mempermainkan soal perkahwinan..






Akbar Sinar Harian bertarikh Khamis, 29 Julai 2010 telah melaporkan bahawa Datuk Mohd Ali Rustam tetap akan meneruskan penubuhan Sekolah Hamil walaupun mendapat bantahan Kementeria Pelajaran.Datuk Ab Rahaman Ab Karim ,ADUN Pantai Kundor bakal di lantik menjadi Pengerusi Sekolah Mengandung.Hujahnya " Peningkatan kes buang bayi amat membimbangkan"....sebab itu mahu menubuhkan Sekolah Murid Mengandung untuk membantu",katanya.."
Ulasan saya : Lihatlah betapa singkatnya kaedah penyelesaian dibuat.. Alasan mengapa mahu ditubuhkan cukup tidak relevan..Percanggahan pendapat antara Kementerian Pelajaran dan Kerajaan Melaka sedang 'dinilai' oleh masyarakat..Tunggulah kesannya..

Akhbar Sinar Harian pada Jumaat, 30 Julai 2010 melaporkan bahawa YB.Salahuddin Ayub ,Naib Presiden PAS mempersoalkan "Apakah Kerajaan Negeri Melaka boleh berbangga dengan bilangan yang ramai jika sekolah itu ditubuhkan kelak.?." Hujahnya lagi,"Apa yang lebih dibimbangkan ianya akan menjadi tempat ibu bapa dan masyarakat melepaskan tanggungjawab dengan menempatkan mereka di sekolah berkenaan.."
Ulasan saya : Kenyataan beliau adalah tepat dan saya sependapat dengannya.Bagi saya, cari punca penyelesaian di peringkat akar umbi..Melentur buluh biarlah dari rebungnya...Selaku Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat,saya berpendapat bahawa mulakanlah dengan mendidik masyarakat dengan kembali kepada agama Islam yang merupakan fitrah yang suci..Bukan menyediakan ruang untuk masyarakat berasa dalam keadaan 'zon yang selesa' ketika melakukan zina..





Akhbar Sinar Harian bertarikh 5 Ogos 2010 melaporkan sokongan Datuk Rosnah Abdul Rashid, Ketua Puteri UMNO yang menyatakan bahawa "konsep sekolah khas untuk pelajar hamil yang dicadangkan oleh Kerajaan Melaka harus dipertimbangkan di peringkat nasional.."
Ulasan saya : Di peringkat nasional? Banggakah Malaysia jika kadar penubuhan sekolah ini ditubuhkan seantero Malaysia...Adakah ini membuktikan Malaysia boleh..? Semuannya Boleh???

Akhbar Sinar bertarikh 9 Ogos 2010 menyiarkan liputan bahawa Sekolah ini akan diteruskan dan akan bermula pada 1 September.Kata Datu Seri Mohd. Ali Rustam.."penubuhan sekolah hamil ini sudah ada permintaan....Antara lain dia menyatakan.."Justeru saya merasakan penubuhan sekolah ini bertepatan dengan keperluan semasa..."

Ulasan saya : Itu pandangan pemimpin yang ketandusan idea...Cari punca penyelesaian..bukan menyediakan suatu ruang 'escapism' bagi masyarakat agar melarikan diri dari budaya zina yang telah berleluasa...








Read more...

ISU PENDIDIKAN:PENUBUHAN SEKOLAH MURID MENGANDUNG?

>> Thursday, August 5, 2010

Gejala pembuangan bayi yang semakin menjadi- jadi mencetuskan idea Penubuhan Sekolah Murid Mengandung?

Adakah Penubuhan Sekolah Murid Mengandung bagi membendung gejala sosial merupakan penyelesaian terbaik?

Pandangan saya :

Isu penubuhan Sekolah Murid Mengandung idea Datuk Seri Mohd Ali Rustam ,Ketua Menteri Melaka Bandaraya Bersejarah mengemparkan dunia pendidikan negara disamping mengundang polemik yang bukan sedikit dalam persada politik tanahair. Alasan kononnya untuk mengurangkan gejala pembuangan bayi yang semakin menjadi- jadi dianggap tidak relevan sekaligus membuktikan pimpinan Barisan Nasional ketandusan idea untuk merangka sistem pendidikan negara yang lebih holistik dan terarah.
Idea yang dianggap cukup melucukan ini membuktikan kedangkalan pemikiran pimpinan yang diberi mandat oleh rakyat selama ini. Lihatlah, betapa mudahnya penyelesaian masalah dibuat sedangkan punca masalah tidak dicari diperingkat 'akar umbi' sebelum melakukan sesuatu dasar dalam pendidikan negara.Kedangkalan idea pemimpin Barisan Nasional yang disiarkan di akhbar arus perdana dan media massa pada 24 Julai 2010 yang lalu sedang 'dinilai' oleh rakyat dan golongan pengundi muda dengan penuh minat dan berhati- hati..Percayalah, rakyat akan menghukum wakil rakyat mereka yang menangani sebarang isu secara 'tidak serius' khususnya dalam bidang pendidikan anak bangsa.Apa yang paling melucukan percanggahan antara pimpinan UMNO Barisan Nasional di dada akhbar berkaitan isu ini sedang dilihat dan dinilai oleh rakyat dan golongan pembaca akhbar dengan penuh minat..Lihatlah kronologi isu ini dan catatan saya seterusnya....

Read more...

KONVENSYEN WANITA KEADILAN NEGERI JOHOR (3)

Mengabadikan kenangan bersama YB Haniza Bt. Talha( ADUN Taman Medan Selangor),Dr.Zaliha Bt. Mustaffa ,Saudari Kumutha A/P Rahman(Bekas Calon DUN Tiram), YB Gan Pei Nei (ADUN Rawang Selangor) . Segalanya abadi dalam kenangan..Moga ukhuwwah berpanjangan.

Anugerah Wanita Berjasa yang diterima oleh Dr. Zaliha Bt. Mustaffa.


Read more...

KONVENSYEN WANITA KEADILAN NEGERI JOHOR (2)




Antara hadirin yang terlibat dalam sesi dialog dan Konvensyen Wanita Keadilan Wanita PKR pada 1 0g0s 2010.

Read more...

KONVENSYEN WANITA KEADILAN NEGERI JOHOR 2010

Kehadiran Dato Chua Jui Ming, YB Hjh Zuraida Bt. Kamaruddin(Ahli Parlimen Ampang,Selangor) merangkap Ketua Wanita Keadilan Malaysia dan YB. Haniza Bt. Talha Adun Taman Medan Selangor YB Gan Pei Nei ADUN Rawang, Selangor dalam Konvensyen Wanita Keadilan Negeri Johor 2010.






Salam ukhuwwah dan salam perjuangan..

Saya tinggalkan seketika untuk mengulas isu pendidikan tanah air..Insya- Allah, saya akan berkongsi pandangan berkaitan isu pendidikan selepas catatan ini..Saya sedar,isu- isu pendidikan mengundang spekulasi yang bukan kecil mutaakhir ini..Adakalanya, terkilan sungguh dengan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mengambil mudah soal pendidikan anak bangsa..


Kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang pengalaman menghadiri Konvensyen Wanita Keadilan Negeri Johor 2010 di Hotel Paragon ,Johor Bahru.Jemputan ini saya hadiri mewakili Dewan Muslimat Negeri Johor.Pertemuan ini, walaupun singkat..tetapi kemesraan terjalin jitu..Moga berkekalan selamanya..

Kehadiran Pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Dato Chua Jui Ming,Pengerusi Jawatankuasa Majlis Pimpinan PKR Negeri Johor dalam program ini khususnya dalam sesi dialog sangat membuatkan hadirin terkesan..


Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP