MENGHADIRI MUKTAMAR PAS PUSAT KALI KE 56

>> Tuesday, June 22, 2010

Pada 11- 13 Jun 2010, saya telah menghadiri Muktamar Pas Pusat Kali ke 56 di Putik Kelantan mewakili Dewan Muslimat Pas Pusat.Ribuan hadirin yang menjadi perwakilan dan pemerhati membanjiri dewan yang bersejarah ini.Bingkisan gula - gula dan kacang yang enak diberikan agar rasa mengantuk dapat dikurangkan sepanjang mengikuti muktamar. Syukran..

Saya lebih suka mencatat segala mutira ilmu dan pengalaman yang didiperolehi semasa muktamar agar dapat diterjemahkan melalui tindakan yang bersistematik dan berstrategi.

Menghadiri Muktamar Pas Pusat Kali ke 56 merupakan rutin tahunan saya demi kelangsungan jamaah yang saya sayangi.Kesannya, akan mengidupkan roh perjuangan dan membangkitkan semarak perjuangan dalam diri untuk direalisasikan di peringkat pusat, negeri,kawasan dan cawangan. Insya- Allah........

Persiapan AJK Dewan Muslimat PAS Pusat untuk menyiapkan draf ucapan menyokong ucaptama Presiden Sempena Muktamar PAS Kali ke 56.

Saya membantu menyemak draf ucapan wakil Dewan Muslimat PAS Pusat yang akan disampaikan sebentar lagi oleh Dr. Najihatussolehah Bt. Ahmad.


Bersama Dr Najihatussolehah Bt. Ahmad..dan bersebelahan dengan YB Mumtaz Bt. Md. Nawi.


Saya memang suka duduk di barisan hadapan untuk mendengar amanat dan mutira pengalaman daripada pimpinan agar boleh diaplikasikan untuk merealisasikan perjuangan.








0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP