KEMBARA MUJAHIDAH KE MUKTAMAR 2010 DI KELANTAN

>> Sunday, June 20, 2010


Salam ukhuwwah..dan salam perjuangan!

Selamat berkorban untuk Islam! Gemakan takbir,!Semarakkan obor jihad untuk berjuang demi kemuliaan Islam!Apa khabar semua srikandi pejuang dan muslimat yang menjadi penggerak organisasi di seantero tanahair tercinta...

Pada kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang kembara ke negeri yang digelar' Serambi Mekah' iaitu Kelantan Darul Naim sempena muktamar yang baru berlangsung baru- baru ini.

Saya dan 3 orang perwakilan muslimat telah mengikuti rombongan bas dari Melaka. Dewan Muslimat Negeri Melaka telah menyediakan sebuah bas untuk perwakilan dan pemerhati muslimat sempena muktamar yang akan di adakan.Alhamdulillah..saya berpeluang bersama mereka . Bas bertolak pada 8 Jun 2010 dan sampai di Masjid Rusila Terengganu Darul Iman pada 9Jun waktu Subuh hari.Kami berhenti menunaikan solat Subuh.Yang paling kami syukuri ialah..Kebetulan, Tn. Guru Hj. Abdul Hadi Awang, Presiden PAS menjadi imam pada Subuh hari tersebut.Alhamdulillah...

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP