MENGHADIRI MUKTAMAR PAS PUSAT KALI KE 56

>> Tuesday, June 22, 2010

Pada 11- 13 Jun 2010, saya telah menghadiri Muktamar Pas Pusat Kali ke 56 di Putik Kelantan mewakili Dewan Muslimat Pas Pusat.Ribuan hadirin yang menjadi perwakilan dan pemerhati membanjiri dewan yang bersejarah ini.Bingkisan gula - gula dan kacang yang enak diberikan agar rasa mengantuk dapat dikurangkan sepanjang mengikuti muktamar. Syukran..

Saya lebih suka mencatat segala mutira ilmu dan pengalaman yang didiperolehi semasa muktamar agar dapat diterjemahkan melalui tindakan yang bersistematik dan berstrategi.

Menghadiri Muktamar Pas Pusat Kali ke 56 merupakan rutin tahunan saya demi kelangsungan jamaah yang saya sayangi.Kesannya, akan mengidupkan roh perjuangan dan membangkitkan semarak perjuangan dalam diri untuk direalisasikan di peringkat pusat, negeri,kawasan dan cawangan. Insya- Allah........

Persiapan AJK Dewan Muslimat PAS Pusat untuk menyiapkan draf ucapan menyokong ucaptama Presiden Sempena Muktamar PAS Kali ke 56.

Saya membantu menyemak draf ucapan wakil Dewan Muslimat PAS Pusat yang akan disampaikan sebentar lagi oleh Dr. Najihatussolehah Bt. Ahmad.


Bersama Dr Najihatussolehah Bt. Ahmad..dan bersebelahan dengan YB Mumtaz Bt. Md. Nawi.


Saya memang suka duduk di barisan hadapan untuk mendengar amanat dan mutira pengalaman daripada pimpinan agar boleh diaplikasikan untuk merealisasikan perjuangan.








Read more...

SEKILAS KENANGAN MUKTAMAR DMPP KALI KE 50

Kesemua AJK DMPP bersedia dan berdiri untuk menyanyikan lagu Tema PAS sebelum majlis bermula.

Sesekali tergelak juga walaupun adakalanya 'serius' dalam membincangkan hal organisasi dan parti.

Kesemua AJK DMPP tenang dan berlapang dada mendengar perwakilan mengemukakan pandangan untuk sesi muhasabah bagi memperkasakan organisasi parti.


Tahun pertama menjadi AJK DMPP adalah proses penyesuaian.Saya lebih banyak memerhati kakak- kakak membincangkan isu - isu sensasi dan terkini sebelum memberikan pandangan dalam perbualan.



AJK Dewan Muslimat Pas Pusat berdiri memegang bendera Israel untuk dibawa dan dibakar di luar.




Read more...

MEMBAKAR BENDERA ISRAEL SEMPENA MUKTAMAR DMPP

Api menjadi semakin marak setelah bendera Israel dibakar dan diletak dengan kertas.

Aksi dramatik membakar bendera Israel oleh AJK DMPP diketuai oleh Ustazah Nuridah..

Ustazah Nuridah Bt. Mohd. Salleh, Ketua Muslimat DMPP tunduk membakar bendera Israel.


Bendera yang sebelum ini di pegang untuk dibakar oleh kami, AJK Dewan Muslimat Pas Pusat.



Read more...

BANTAHAN TERHADAP REJIM ISRAEL SEMPENA MUKTAMAR DMPP DI PERDANA RESORT (1)

>> Monday, June 21, 2010

Barisan AJK Dewan Muslimat PAS Pusat menzahirkan kemarahan dan kebencian kami dalam Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke 50 di Perdana Resort, Kelantan Darul Naim.

Kami berdiri di belakang Ustazah Nuridah ,Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat yang membakar bendera Israel tanda bantahan Muslimat Pas Pusat dan kemarahan rakyat Malaysia atas keganasan yang dilakukan.

Bersama Dr. Najihatussolehah Bt. Ahmad, Pengerusi Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat Pas Pusat.


Semangat mengecam keganasa Israel tidak pernah luntur di hati kami.Takbir!!!



Read more...

KEHADIRAN DIF JEMPUTAN SEMPENA MUKTAMAR DMPP KALI KE 50

Kehadiran Kumutha A/P Rahman yang mencuri tumpuan para perwakilan.

Ustaz Idris Ahmad,wakil pemerhati PAS Pusat.



Pemerhati daripada PAS Pusat.Ustaz Ghani Bin Abd. Rahman,Ustaz Idris Ahmad dan dif jemputan lain.


Read more...

SUMBANGSIH & CENDERAHATI SEMPENA MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT KALI KE 50.


Upacara memotong pulut hijau putih oleh AJK Dewan Harian DMPP sempena majlis yang cukup bersejarah.

Hadiah 'Kipas' sempena penubuhan Jubli Emas Dewan Muslimat Pas Pusat yang ke 50 tahun.

Kami diberikan pulut hijau kuning sebagai ole- ole untuk dijadikan kenangan.




Bingkisan gula- gula yang diikat dengan riben hijau.Para perwakilan muslimat juga mendapat payung hijau yang cantik.

Read more...

MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT KALI KE 50 DI PERDANA RESORT, KELANTAN

>> Sunday, June 20, 2010

Dewan Perdana Resort, Kelantan Darul Naim yang bakal melakar sejarah..Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke 50, yang buat kali pertamanya dihadiri oleh seluruh perwakilan kawasan dari seluruh Malaysia.

Hem..seronoknya berjumpa rakan sefikrah seperjuangan..Moga ukhuwwah berkekalan.

Sempat mengabadikan kenangan bersama Pn. Hajjah Atiah Bt. Ahmad, Ketua DMP Johor.





Perwakilan yang cukup bergaya dan bersemangat untuk menghadiri muktamar dengan busana barwarna hijau dan beg perwakilan yang cantik.



Wah! Ramainya....Kehadiran pemerhati di luar jangkaan dan sebanyak 146 kawasan telah menghantar perwakilan yang datang dari seluruh Malaysia.




Antara perwakilan dan pemerhati dari seluruh kawasan serta tetamu yang hadir ke muktamar Dewan Muslimat Pas Pusat kali ke 50.





Read more...

POTRET KENANGAN SEBELUM PERASMIAN 3 DEWAN DI PUTIK, KELANTAN

Bersama 3 lagi perwakilan muslimat di tempat saya yang hadir ke perasmian muktamar buat julung- julung kalinya....

Mengabadikan kenangan bersama suami sebelum majlis bermula di luar perkarangan bangunan PUTIK selepas menunaikan Solat Maghrib. Menanti majlis perasmian bermula.


Read more...

MAJLIS PERASMIAN 3 DEWAN YANG CUKUP MERIAH

Majlis perasmian akan disempurnakan Oleh Dato Bentara Setia, Tn. Guru Hj. Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Mursyidul Am Parti Islam Se Malaysia (PAS).Beliau juga akan menyampaikan beberapa anugerah sempena muktamar yang berlangsung.

Ustazah Jamilah Bt Ibrahim , Mantan Ketua Muslimat PAS Pusat telah menerima Anugerah Jubli Emas sempena genap 50 tahun penubuhan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Ramainya wartawan yang membuat liputan ketika majlis perasmian.


Antara wartawan yang membuat liputan.



Read more...

PERASMIAN 3 DEWAN SECARA SERENTAK DI PUTIK KELANTAN

Pentas perasmian tersergam indah bakal mencatatkan sejarah di mana perasmian Muktamar 3 Dewan iaitu, Dewan Ulamak,Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat buat julung- julung kalinya .Keesokannya, 10 Jun 2010 ...Muktamar 3 Dewan ini akan berlangsung...


Saya bersama sebahagian daripada barisan AJK Dewan Muslimat PAS Pusat berdiri menyambut ketibaan muslimat yang menjadi perwakilan dan pemerhati sambil bersalaman sebelum mereka melangkah ke dewan perasmian.

Sempat mengabadikan kenangan bersama muslimat seperjuangan sebelum majlis perasmian bermula.


Read more...

9 JUN YANG PENUH BERSEJARAH

Pn. Hashimah Deraman berbicara santai bersama Datin Sabariah dan mengemukakan beberapa soalan 'cepumas' untuk dikongsi bersama muslimat ke arah kebahagiaan rumahtangga agar di sayangi suami...



Sempat menghadiri Majlis Anugerah Ibu Terpilih 2010 anjuran Lajnah Kebajikan DMPP.Saya tidak berkesempatan menceritakan majlis ini secara detail kerana kebetulan gambar yang diambil tidak begitu cantik kerana bateri kamera tidak sempat dicas . Kehadiran istimewa isteri Dato ' Bentara Setia,Tn. Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat dalam program 'Talkshow' sungguh menghiburkan. Beliau berkongsi pengalaman kepada semua muslimat tentang tips menjaga rumahtangga agar disayangi suami.

Read more...

KEMBARA MUJAHIDAH KE MUKTAMAR 2010 DI KELANTAN


Salam ukhuwwah..dan salam perjuangan!

Selamat berkorban untuk Islam! Gemakan takbir,!Semarakkan obor jihad untuk berjuang demi kemuliaan Islam!Apa khabar semua srikandi pejuang dan muslimat yang menjadi penggerak organisasi di seantero tanahair tercinta...

Pada kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang kembara ke negeri yang digelar' Serambi Mekah' iaitu Kelantan Darul Naim sempena muktamar yang baru berlangsung baru- baru ini.

Saya dan 3 orang perwakilan muslimat telah mengikuti rombongan bas dari Melaka. Dewan Muslimat Negeri Melaka telah menyediakan sebuah bas untuk perwakilan dan pemerhati muslimat sempena muktamar yang akan di adakan.Alhamdulillah..saya berpeluang bersama mereka . Bas bertolak pada 8 Jun 2010 dan sampai di Masjid Rusila Terengganu Darul Iman pada 9Jun waktu Subuh hari.Kami berhenti menunaikan solat Subuh.Yang paling kami syukuri ialah..Kebetulan, Tn. Guru Hj. Abdul Hadi Awang, Presiden PAS menjadi imam pada Subuh hari tersebut.Alhamdulillah...

Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP