KONVENSYEN GURU- GURU WANITA ISLAM MALAYSIA 2

>> Monday, March 29, 2010

Alhamdulillah...Setinggi - tinggi kesyukuran dirafakkanke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA ,Konvensyen Guru- Guru Wanita Islam Malaysia buat julung- julung kalinya telah diadakan pada 28 Mac 2010 yang lalu bertempat di Perpustakaan Raja Tun Uda , Persiaran Bandaraya Shah Alam Selangor.Buat kali pertamanya,program ini telah diadakan anjuran Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat Pas Pusat dengan kerjasama Dewan Muslimat Pas Negeri Selangor.Hampir 200 peserta sebagaimana yang telah disasarkan telah hadir .Majlis perasmian pembukaan telah disempurnakan oleh YB Pn. Hjh. Siti Zailah Bt. Mohd. Yusuf , Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat .Negeri Sebanyak 4 pembentangan kertas kerja telah dibentangkan iaitu :
1. Sistem Pendidikan di Malaysia:Satu Analisa Kritis
2. Konsep Sistem Pendidikan Holistik : Satu lontaran Inovatif
3.Program Pembangunan Modal Insan SPIES
4.Penubuhan Sukarelawan Pendidikan Rakyat (Kawan Didik)
Yang paling sekali ialah Pelancaran Sukarelawan Pendidikan Rakyat (Kawan Didik) yang telah disempurnakan oleh Ustaz Abu Bakar Chik ,Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas Pusat .Beliau juga telah merasmikan majlis penutup Konvensyen Guru - Guru Wanita Islam Malaysia buat kali yang pertama dalam sejarah penubuhan Dewan Muslimat Pusat. Syukran dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang hadir danAJK Pelaksana Program yang terlibat dalam menjayakan program ini. Selaku pengarah Program merangkap Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat Pas Pusat, saya ingin memohon jutaan kemaafan seandainya sepanjang perjalanan program, tedapat sebarang kesilapan dan kekurangan.Sesungguhnya segala kesempurnaan adalah milik Allah s.w.t jua.

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP