Edaran Kad Tahun Baru Cina 5

>> Monday, March 22, 2010











Perkongsian pengalaman ini saya dedikasikan kepada semua muslimat di seluruh Malaysia. Sesungguhnya usaha kami ini hanyalah sekelumit cuma jika dibandingkan dengan pejuang kebenaran dan tokoh pimpinan PAS yang berada di persada perjuangan tanahair masa kini. Kami sentiasa berdoa agar usaha 'kecil' ini ada nilainya di sisi Allah s.w.t
Ujian dalam perjuangan pasti datang bagi hamba- hambaNYA yang ikhlas dalam berjuang. Justeru,usahlah mudah mengalah dengan tekanan dan cabaran.Pergantungan dengan Allah s.w.t adalah sebaik- baik senjata untuk menempuh tribulasi perjuangan.
Bertemu dengan masyarakat merupakan medan dakwah yang cukup ampuh dalam menangani persepsi negatif mereka selama ini.Kita cukup bertuah kerana gelombang sokongan non- muslim berpihak kepada kita.Janganlah kita hanya mengharap kemenangan di depan mata tanpa berusaha dan berjuang untuk meraih kemenangan. Semoga kita terus istiqamah dalam perjuangan.Selamat berjuang!

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP