KONVENSYEN GURU- GURU WANITA ISLAM 4

>> Tuesday, March 30, 2010











Semua peserta terhibur dengan pengisian slot SPIES yang telah disampaikan oleh Pn. Mastura Bt. Muhammad.Kebetulan kami membuka kaunter jualan dan mereka pun turut mengambil bahagian di belakang dengan aksi mereka sendiri.Saya juga cukup teruja apabila diminta melakukan aksi yang diminta oleh Pn. Mastura. Peserta cukup bertuah kerana dapat membawa pulang sedikit ole- ole tanda kenangan sempena Konvensyen Guru- Guru Wanita Islam Malaysia kali pertama pada 28 Mac 2010 yang lalu.

Read more...

KONVENSYEN GURU- GURU WANITA ISLAM MALAYSIA 3







Ini adalah antara potret kenangan yang sempat diabadikan sepanjang konvensyen berlangsung.Segalanya pasti abadi dalam kenangan.Ya Allah..Semoga kami dapat menggalas amanah yang diberi dengan penuh tanggungjawab.Segalanya adalah untuk mencari keredhaan MU.Sempat mengabadikan kenangan bersama Ustaz Abu Bakar Chik (Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Beliau telah hadir bersama isterinya Pn. Zaiton yang juga merupakan AJK dalam pimpinan muslimat Negeri Terengganu.

Read more...

KONVENSYEN GURU- GURU WANITA ISLAM MALAYSIA 2

>> Monday, March 29, 2010

Alhamdulillah...Setinggi - tinggi kesyukuran dirafakkanke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA ,Konvensyen Guru- Guru Wanita Islam Malaysia buat julung- julung kalinya telah diadakan pada 28 Mac 2010 yang lalu bertempat di Perpustakaan Raja Tun Uda , Persiaran Bandaraya Shah Alam Selangor.Buat kali pertamanya,program ini telah diadakan anjuran Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat Pas Pusat dengan kerjasama Dewan Muslimat Pas Negeri Selangor.Hampir 200 peserta sebagaimana yang telah disasarkan telah hadir .Majlis perasmian pembukaan telah disempurnakan oleh YB Pn. Hjh. Siti Zailah Bt. Mohd. Yusuf , Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat .Negeri Sebanyak 4 pembentangan kertas kerja telah dibentangkan iaitu :
1. Sistem Pendidikan di Malaysia:Satu Analisa Kritis
2. Konsep Sistem Pendidikan Holistik : Satu lontaran Inovatif
3.Program Pembangunan Modal Insan SPIES
4.Penubuhan Sukarelawan Pendidikan Rakyat (Kawan Didik)
Yang paling sekali ialah Pelancaran Sukarelawan Pendidikan Rakyat (Kawan Didik) yang telah disempurnakan oleh Ustaz Abu Bakar Chik ,Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas Pusat .Beliau juga telah merasmikan majlis penutup Konvensyen Guru - Guru Wanita Islam Malaysia buat kali yang pertama dalam sejarah penubuhan Dewan Muslimat Pusat. Syukran dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang hadir danAJK Pelaksana Program yang terlibat dalam menjayakan program ini. Selaku pengarah Program merangkap Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat Pas Pusat, saya ingin memohon jutaan kemaafan seandainya sepanjang perjalanan program, tedapat sebarang kesilapan dan kekurangan.Sesungguhnya segala kesempurnaan adalah milik Allah s.w.t jua.

Read more...

KONVENSYEN GURU- GURU WANITA ISLAM MALAYSIA 1

>> Saturday, March 27, 2010

Antara objektif Konvensyen ini ialah :
1.Menghimpunkan tenaga pendidik Guru- Guru Wanita Islam.
2.Menyediakan platform untuk menyuarakan pandangan terhadap misi dan visi serta halatuju pendidikan negara secara holistik.
3.Menigkatkan kesedaran terhadap peranan dan tanggungjawab terhadap peranan dan tanggungjawab sebagai penjana modal insan gemilang.
4.Menjalinkan ukhuwwah, kesefahaman dan kerjasama antara golongan pendidik di seluruh Malaysia.
Program bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.Semua pendidik tidak kira yang bertugas di bawah kelolaaan Kementerian Pelajaran Malaysia,PASTI, Sekolah Agama Rakyat, NGO ABIM, JIM dan lain- lain dipersilakan hadir.Syukran..

Read more...

KONVENSYEN GURU- GURU WANITA ISLAM MALAYSIA 2010


Pada hari ini, akan berlangsung suatu program yang cukup bersejarah iaitu Konvensyen Guru- Guru Wanita Islam Malaysia anjuran Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat Pas Pusat dengan kerjasama Dewan Muslimat Pas Negeri Selangor.Berikut maklumat lanjut mengenai program yang bakal diadakan:
Tarikh: 28 Mac 2010
Hari : Ahad
Tempat: Perpustakaan Raja Tun Uda, Persiaran Bandaraya Shah Alam Selangor.
Tema :Pendidik Pencetus Transformasi Modal Insan

Read more...

Program Score A

Read more...

Edaran Kad Tahun Baru Cina 10

>> Friday, March 26, 2010




Saya tamatkan perkongsian cerita berkaitan kad edaran Tahun Baru Cina ini yang telah lama saya ingin ceritakan kepada pengunjung blog ini.Aktiviti ini sangat baik untuk kita mendekati masyarakat dan sebagai suatu latihan agar uslub dakwah sampai kepada masyarakat .Biar pun mungkin dirasakan agak terlewat berkongsi cerita, tapi bagi saya di dalam perjuangan..tiada yangb terlewat. Yang penting kemahuan untuk berusaha menggalas amanah yang dipertanggungjawabkan dan mencoretkan sesuatu untuk tatapan generasi muslimat akan datang dan srikandi perjuangan.Kepada semua petugas, hanya Allah s.w.t jua yang dapat membalas segala pengorbanan masa dan tenaga kalian. Moga berbahagia di dunia dan akhirat.Amin...Syukran..

Read more...

Edaran Kad Tahun Baru Cina 9

>> Monday, March 22, 2010




Saya cukup terkesan dengan kesungguhan aktivis lama yang istiqamah berjuang dalam perjuangan.Mereka cukup konsisten dan tidak ada perasaan jemu untuk berjuang.Kami sempat mengabadikan kenangan bersama 'Pak Ya'..yang merupakan orang lama dalam perjuangan.Khabarnya,beliau merupakan bapa saudara Tn. Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang(Presiden Parti Islam SeMalaysia PAS).

Read more...

Edaran kad Tahun Baru Cina 8




Antara potret perjuangan yang diabadikan untuk tatapan pengunjung blog ini.

Read more...

Edaran Kad Tahun Baru Cina 7




Saya abadikan potret perjuangan ini untuk tatapan pengunjung blog yang cintakan kebenaran dan ingin menegakkan keadilan.Semoga membangkitkan momentum perjuangan dan suntikan motivasi yang berterusan demi menegakkan daulah Islamiyyah di muka bumi ini.


Sesungguhnya perjuangan ini menjadi indah andainya tanggungjawab dalam perjuangan dapat digalas bersama.Pasti kemanisan berjamaah dapat dirasai dan terasa mengalir di hati.Takbir!!

Read more...

Edaran Kad Tahun Baru Cina 6

Edaran Kad Tahun Baru Cina diteruskan lagi pada hari yang lain di suatu perkampungan pinggir bandar. Mereka juga menunjukkan respon yang sungguh positif. Ketika kami berbusana merah mengedar kad di premis kedai,suasana sungguh harmoni dan terasa semangat muhibbah bersemarak di hati.Kini,mengedar kad dari rumah ke rumah dan di kedai runcit juga kedai membaiki motosikal,kami menerima respon yang cukup baik sekali.
Meskipun hanya sekeping edaran kad dan dua buah limau Mandarin, bagi mereka itu bukanlah menjadi persoalan. Yang penting rupanya bagi mereka ialah 'nilai penghargaan' dan 'tanda ingatan' masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Alhamdulillah..petugas muslimat dan muslimin bersemangat sekali ketika menjalankan aktiviti ini.

Read more...

Edaran Kad Tahun Baru Cina 5











Perkongsian pengalaman ini saya dedikasikan kepada semua muslimat di seluruh Malaysia. Sesungguhnya usaha kami ini hanyalah sekelumit cuma jika dibandingkan dengan pejuang kebenaran dan tokoh pimpinan PAS yang berada di persada perjuangan tanahair masa kini. Kami sentiasa berdoa agar usaha 'kecil' ini ada nilainya di sisi Allah s.w.t
Ujian dalam perjuangan pasti datang bagi hamba- hambaNYA yang ikhlas dalam berjuang. Justeru,usahlah mudah mengalah dengan tekanan dan cabaran.Pergantungan dengan Allah s.w.t adalah sebaik- baik senjata untuk menempuh tribulasi perjuangan.
Bertemu dengan masyarakat merupakan medan dakwah yang cukup ampuh dalam menangani persepsi negatif mereka selama ini.Kita cukup bertuah kerana gelombang sokongan non- muslim berpihak kepada kita.Janganlah kita hanya mengharap kemenangan di depan mata tanpa berusaha dan berjuang untuk meraih kemenangan. Semoga kita terus istiqamah dalam perjuangan.Selamat berjuang!

Read more...

Edaran Kad Tahun Baru Cina 4




Salam ukhuwwah dan salam perjuangan kepada semua pegunjung blog ini.Apa khabar? Semoga sentiasa di dalam rahmat dan lindungan kasih sayang Illahi. Agak lama rasanya saya tidak 'update 'blog ini.Kerinduan untuk mencoretkan pengalaman dalam berjuang sememangnya sentiasa membara di hati. Tetapi,kesibukan dalam menjalani rutin seharian sering membataskan segalanya.


Ingin saya menyambung semula coretan pengalaman ketika 'Edaran kad Tahun Baru Cina' bersama petugas muslimin dan muslimat. Walaupun telah agak terlewat untuk berkongsi dan menyambung cerita tetapi biarlah kenangan ini terpahat dalam lipatan sejarah perjuangan seorang srikandi untuk dihayati oleh semua pengunjung blog ini.


Apa pun,segalanya masih segar dalam ingatan. Moga menjadi panduan dan gambaran awal kepada muslimat yang baru dalam gelanggang masyarakat dan medan perjuangan.

Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP