Edaran Kad Tahun Baru Cina

>> Thursday, February 25, 2010



Ingin saya kongsikan sedikit pengalaman ketika bersama sahabat seperjuangan yang lain ketika bertemu pengundi dan mengedarkan kad Tahun Baru Cina baru- baru ini. Selaku ketua muslimat kawasan dan Penyelia Dun.., sudah pasti inilah saat yang paling dinanti untuk menyerlahkan hubungan muhibbah kepada masyarakat Non-Muslim.

Pada hari itu, segelintir daripada kami memakai baju dan tudung berwarna merah. Bagi mereka,..Bukan besar atau kecilnya , nilai sumbangan tetapi yang penting adalah keikhlasan kita dan keterbukaan PAS menerima mereka . Rupanya barulah mereka ketahui..betapa cantik dan indahnya Islam.. Itulah pandangan dan respon jujur daripada mereka sepanjang edaran kad dan dua biji buah limau Mandarin diterima oleh mereka..Suasana cukup harmoni ketika mengedarkan kad dari rumah ke rumah dan bertemu mereka di premis kedai..

Sesekali ,gurauan memecah keheningan petang sejurus selepas solat Asar kami berprogram.

Antara ungkapan mereka ialah :

1."Wah..PAS banyak bagus..!UMNO pun tak beri macam ni.."

2. "Mari saya belanja minum..."

3."Kami mesti sokong PAS..UMNO tak guna..."

Dan yang paling melucukan ialah ....

4. " Rupa you ada sikit macam anak Dato' Seri Anwar Ibrahim....Itu, YB Nurul Izzah.."

Hem...,biar apa pun pandangan mereka terpulanglah..Janji mereka bahagia, betul tak?

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP