Edaran Kad Tahun Baru Cina 2

>> Thursday, February 25, 2010

Saya telah dibantu oleh AJK Pusat Aduan Rakyat di tempat saya. Suasana program cukup meriah dan harmoni.Diamanahkan menjadi Naib Ketua Muslimat Negeri dan AJK DMPP cukup menginsafkan saya agar terus berjuang dan berkorban demi perjuangan Islam yang suci.Walaupun terasa , betapa kerdilnya diri ini untuk menggalas amanah Illahi..tetapi inilah yang ditakdirkan oleh Allah swt kepada saya.....

Sesekali terfikir juga,dalam perjuangan ini..kita tidak banyak boleh membuat pilihan..Apa yang ditakdirkan dan diamanahkan, itulah yang wajib ditunaikan meskipun ada waktunya ingin kita lari jauh darinya...

"Ya Allah, aku bersyukur kepadaMU kerana telah memilih diri ini untuk terus istiqamah dalam perjuanganmu..Bimbinglah diri ini agar tidak tergelincir dari landasan perjuangan Islam yang suci..Bantulah hambaMU yang lemah ini..Ikhlaskanlah diri ini untuk mengbadi dan pasrah atas apa jua ketentuanMU..Amin...

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP