Edaran Kad Tahun Baru Cina 3

>> Thursday, February 25, 2010


Inillah antara petugas yang membantu. Program dijalankan selama 3 hari mengikut tempat yang telah dirancang.Alangkah indahnya perjuangan jika semua tanggungjawab digalas secara bersama dan disirami ukhuwah fillah..

Read more...

Edaran Kad Tahun Baru Cina 2

Saya telah dibantu oleh AJK Pusat Aduan Rakyat di tempat saya. Suasana program cukup meriah dan harmoni.Diamanahkan menjadi Naib Ketua Muslimat Negeri dan AJK DMPP cukup menginsafkan saya agar terus berjuang dan berkorban demi perjuangan Islam yang suci.Walaupun terasa , betapa kerdilnya diri ini untuk menggalas amanah Illahi..tetapi inilah yang ditakdirkan oleh Allah swt kepada saya.....

Sesekali terfikir juga,dalam perjuangan ini..kita tidak banyak boleh membuat pilihan..Apa yang ditakdirkan dan diamanahkan, itulah yang wajib ditunaikan meskipun ada waktunya ingin kita lari jauh darinya...

"Ya Allah, aku bersyukur kepadaMU kerana telah memilih diri ini untuk terus istiqamah dalam perjuanganmu..Bimbinglah diri ini agar tidak tergelincir dari landasan perjuangan Islam yang suci..Bantulah hambaMU yang lemah ini..Ikhlaskanlah diri ini untuk mengbadi dan pasrah atas apa jua ketentuanMU..Amin...

Read more...

Edaran Kad Tahun Baru Cina



Ingin saya kongsikan sedikit pengalaman ketika bersama sahabat seperjuangan yang lain ketika bertemu pengundi dan mengedarkan kad Tahun Baru Cina baru- baru ini. Selaku ketua muslimat kawasan dan Penyelia Dun.., sudah pasti inilah saat yang paling dinanti untuk menyerlahkan hubungan muhibbah kepada masyarakat Non-Muslim.

Pada hari itu, segelintir daripada kami memakai baju dan tudung berwarna merah. Bagi mereka,..Bukan besar atau kecilnya , nilai sumbangan tetapi yang penting adalah keikhlasan kita dan keterbukaan PAS menerima mereka . Rupanya barulah mereka ketahui..betapa cantik dan indahnya Islam.. Itulah pandangan dan respon jujur daripada mereka sepanjang edaran kad dan dua biji buah limau Mandarin diterima oleh mereka..Suasana cukup harmoni ketika mengedarkan kad dari rumah ke rumah dan bertemu mereka di premis kedai..

Sesekali ,gurauan memecah keheningan petang sejurus selepas solat Asar kami berprogram.

Antara ungkapan mereka ialah :

1."Wah..PAS banyak bagus..!UMNO pun tak beri macam ni.."

2. "Mari saya belanja minum..."

3."Kami mesti sokong PAS..UMNO tak guna..."

Dan yang paling melucukan ialah ....

4. " Rupa you ada sikit macam anak Dato' Seri Anwar Ibrahim....Itu, YB Nurul Izzah.."

Hem...,biar apa pun pandangan mereka terpulanglah..Janji mereka bahagia, betul tak?

Read more...

Salam Taaruf..Mukadimmah Mutiara Perjuangan

Salam Taaruf dan Maulidur Rasul..

Selamat berkorban untuk Islam!Gemakan Takbir!Semarakkan obor jihad untuk berjuang demi kemuliaan Islam!

Berkat kemuliaan 12 Rabiulawwal, bersamaan 26 Februari 2010..Ingin saya lakarkan sebuah nostalgia indah dalam episod perjuangan dengan membuka laman blog ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua dalam mempersada perjuangan Islam yang suci khususnya kepada srikandi mujahidah yang cintakan kebenaran.

Semoga mencintai Allah swt dan Rasulullah saw dapat meningkatkan rasa ketakwaan dan iman di hati.Syukran..

Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP